Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
usik
Kata Terbitan : usikan, mengusik,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
usik1. perbuatan mengganggu (mengacau) orang lain, gangguan: jangan peduli sangat ~ orang itu; 2. ark tidak tenang, bergerak-gerak, lasak; berusik dilakukan sesuatu padanya, diganggu, disentuh (dipegang, dijamah, dsb), dialihkan: hutan di Pantai Timur hampir tidak ~; mengusik 1. = mengusik-usik mengganggu (secara bermain-main), menggoda (tidak dgn sungguh-sungguh): ia ~ dgn gurau jenaka; 2. = mengusik-usik menjamah (mengenai) sedikit, menyentuh, menyinggung: jangan bagi orang ~ barang ini; 3. mengganggu (dgn maksud jahat), mengacau: tidak tahu isteri orang yg diusik; 4. menyebut-nyebut sesuatu perkara, membangkit-bangkit, mengungkit-ungkit: dlm kempen pilihan raya baru-baru ini, mereka telah ~ hak-hak orang Melayu; 5. mengkritik, mengecam; usik-mengusik saling mengusik antara satu sama lain: kami memang suka bergurau dan ~ apabila bertemu; terusik 1. telah diusik (diganggu, dicemari dsb): di kawasan pedalaman itu masih terdapat banyak lubuk ikan yg belum ~; 2. ki tersentuh (terharu dsb) perasaan: perasaan-nya mudah ~ apabila mendengar lagu itu; usikan 1. gangguan, ejekan, gurau senda: ia tidak peduli akan ~ dan gurau senda kawan-kawannya; 2. celaan, kritikan; pengusik orang yg (suka) mengusik, peng-ganggu.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengusik1. = mengusik-usik mengganggu (secara bermain-main), menggoda (tidak dgn sungguh-sungguh): ia ~ dgn gurau jenaka; 2. = mengusik-usik menjamah (mengenai) sedikit, menyentuh, menyinggung: jangan bagi orang ~ barang ini; 3. mengganggu (dgn maksud jahat), mengacau: tidak tahu isteri orang yg diusik; 4. menyebut-nyebut sesuatu perkara, membangkit-bangkit, mengungkit-ungkit: dlm kempen pilihan raya baru-baru ini, mereka telah ~ hak-hak orang Melayu; 5. mengkritik, mengecam;Kamus Dewan Edisi Keempat
usik1 gangguan utk mengusik; ejekan; gurau senda.Kamus Pelajar
usik1 mengacau atau mengganggu seseorang; menggoda: Pemuda itu suka ~ anak dara orang.Kamus Pelajar
usik; mengusik 1 mengacau atau mengganggu seseorang; menggoda: Pemuda itu suka ~ anak dara orang. 2 mengganggu secara bermain-main: Pak Abu selalu ~ rakan-rakannya yg baru kahwin. 3 menyentuh sedikit; menjamah: Jangan biarkan kanak-kanak ~ lukisan yg dipamerkan itu. usikan 1 gangguan utk mengusik; ejekan; gurau senda. 2 sentuhan yg sedikit. pengusik orang yg suka mengusik.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengutik-ngutik1. menyentuh-nyentuh (menggerak-gerakkan, mengusik-usik) dgn jari dll; 2. menyebut-nyebut atau mengambil tahu (sesuatu perkara, hal orang, dll), suka mengkritik (kesalahan orang dll); gutik.Kamus Dewan Edisi Keempat
kutik; berkutik bergerak sedikit-sedikit: ia terbaring, tubuhnya kaku, tidak ~ sedikit pun; mengutik-ngutik 1. menyentuh-nyentuh (menggerak-gerakkan, mengusik-usik) dgn jari dll; 2. menyebut-nyebut atau mengambil tahu (sesuatu perkara, hal orang, dll), suka mengkritik (kesalahan orang dll); gutik.Kamus Dewan Edisi Keempat
geli1 perasaan yg dialami spt ketika seseorang digeletek dan biasanya mentertawakan: Jangan usik ketiakku, ~. 2 berasa jijik serta seram kerana melihat sesuatu spt lintah, cacing: Jangan bawa lintah itu ke sini, saya ~ melihatnya. 3 = ~ hati berasa hendak ketawa kerana lucu dll: ~ aku mendengar jenakanya. 4 berasa ngeri atau ngilu kerana mendengar bunyi orang mengikir dll. ~ geman (geleman) berasa sangat geli (jijik dan seram). menggelikan 1 menyebabkan berasa geli spt digeletek, melihat sesuatu spt lintah, cacing. 2 = ~ hati menyebabkan tertawa. penggeli orang yg mudah berasa geli; orang yg tidak tahan melihat atau mendengar sesuatu yg menggelikan. ~ hati sesuatu spt jenaka yg menggelikan hati.Kamus Pelajar Edisi Kedua
geli1. perasaan yg dialami spt ketika seseorang digeletek dan biasanya mentertawakan: Jangan usik ketiakku, ~. 2. berasa jijik serta seram kerana melihat sesuatu spt lintah, cacing dll: Jangan bawa lintah itu ke sini, saya ~ melihatnya. 3. = ~ hati berasa hendak ketawa kerana lucu dll: ~ aku mendengar jenakanya. 4. berasa ngeri atau ngilu kerana mendengar bunyi orang mengikir dll. ~ geman (geleman) berasa sangat geli (jijik dan seram). menggelikan 1. menyebabkan berasa geli spt digeletek, melihat sesuatu spt lintah, cacing dll. 2. = ~ hati menyebabkan tertawa. penggeli orang yg mudah berasa geli; orang yg tidak tahan melihat atau mendengar sesuatu yg menggelikan. ~ hati sesuatu spt jenaka dll yg menggelikan hati.Kamus Pelajar
gatal1. (be)rasa tidak enak pd kulit hingga menimbulkan keinginan utk menggaru (disebabkan oleh gigitan semut, nyamuk, dsb atau kudis, luka, dsb): jariku ~ benar, barangkali akan mendapat wang; 2. menyebabkan rasa gatal (kerana terkena ulat bulu dll); daun ~ jelatang; sakit ~ menderita penyakit kudis; semut ~ semut yg menimbulkan rasa gatal; 3. suka bergaul secara bebas dgn bernafsu (lelaki, perempuan), galak; 4. = gatal-gatal tidak dapat menahan keinginan utk membuat sesuatu, suka sekali hendak membuat sesuatu: kakiku sudah ~ hendak berjoget; ~ mulut suka menceritakan keburukan orang; ~ tangan sangat ingin hendak mengerjakan yg tidak-tidak; diturutkan, ~ tiba ke tulang prb sesiapa yg menurutkan nafsu akhirnya akan menyesal juga; kini ~ besok digaruk prb pertolongan yg terlambat; lain ~ lain digaruk prb lain yg disoal, lain yg dijawab; siapa ~ dialah menggaru prb siapa yg berkehendak, berusahalah sendiri; menggatal berkelakuan suka usik-mengusik antara lelaki dgn perempuan dgn tujuan utk menggoda, memikat, dsb: dah tua begini pun masih nak ~ lagi; lelaki ini makin tua makin ~;menggatalkan menjadikan gatal: getahnya kalau kena akan ~ badan; kegatalan perihal gatal, rasa gatal.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas