Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[us.taz] | استاذ

Definisi : Ar 1. tuan; 2. guru agama (lelaki). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[us.taz] | استاذ

Definisi : 1 guru agama (lelaki). 2 tuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ustaz


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa sapaan bagi Dr Polan Bin Polan, dan Ustaz Polan Bin Polan dalam penulisan laporan/minit? Terima kasih.Sapaan bagi Dr. dan Ustaz dalam penulisan minit mesyuarat ialah Dr diikuti dengan nama contohnya, Dr. Abdul Rahman bin Napiah dan Ustaz pula, contohnya Ustaz Abdullah bin Khairi atau Encik Abdullah bin Khairi.Lain-lain14.12.2017
Pada suatu hari, ketika saya hendak mengambil air panas di kafe saya terserempak dengan seseorang yang saya amat berharap untuk berjumpa sebelum ini iaitu Ustaz Salahuddin. Saya agak terkejut kerana tidak menyangka akan berjumpa dengan beliau. Sempat saya menyapa beliau. Alhamdulillah ustaz masih ingat kepada saya. merujuk ayat-ayat di atas, adakah ustaz dieja sebagai huruf kecil atau besar? sebab ia merujuk kepada ustaz yang dinamakan dalam ayat di atas. Mohon penjelasan.Ustaz Salehuddin ialah kata nama khas dan ustaz ialah kata nama. Apabila dalam satu wacana hanya perkataan ustaz digunakan untuk merujuk Ustaz Salehuddin, hendaklah dieja dengan huruf kecil. Ejaan05.07.2022
Bolehkah saya menggunakan gelaran ini? /Tuan Haji Ustaz... /Gelaran yang sesuai ialah "tuan haji" atau "ustaz" contohnya "Tuan Haji" Usman atau "Ustaz" Usman.Lain-lain19.02.2022
Boleh kah saya letak YBhg kepada seseorang yang ada gelaran Tuan Haji dan Ustaz. Contohnya YBhg. Tuan Haji dan YBhg. Ustaz. Kalau bukan YBhg apakah perkataan yang sesuai. Terima kasih."YBhg. Tuan Haji" dan "YBhg. Ustaz" boleh digunakan sebagai gelaran. Lain-lain26.10.2020
bolehkah penggunaan perkataan ngaji atau perkataan mengaji lebih betul penggunaan bahasanya.contohnya ngaji bersama ustaz Ali atau mengaji bersama ustaz AliKedua-dua perkataan itu boleh digunakan tetapi dalam konteks yang berlainan. "Ngaji" digunakan dalam dialog seperti dalam cerpen atau novel.  Contoh:  "Dah lama saya tak ngaji dengan Ustaz Ali".  Dalam penulisan rasmi atau penulisan ilmiah, atau penulisan ayat biasa, perkataan yang lebih tepat ialah "mengaji".  Contoh:  Pelajar itu sedang mengaji al-Quran dengan dengan Ustaz Ali.Lain-lain06.06.2016
Selamat sejahtera, Saya pernah mengajukan soalan berkenaan penggunaan tanda baca huruf besar dan huruf kecil kepada PRPM. Namun, tiada jawapan yang kukuh untuk saya fahami alasan munasabah di sebalik jawapan tersebut. Bagaimanakah tanda baca yang betul bagi perkataan berikut: nabi Muhammad atau Nabi Muhammad ustaz Zaim atau Ustaz Zaim malaikat Jibril atau Malaikat Jibril syurga Adnin atau Syurga Adnin neraka Jahanam atau Neraka Jahanam hari Kemerdekaan atau Hari Kemerdekaan surah al-Baqarah atau Surah al-Baqarah dan seumpamanya? Memang benar, perkataan nabi, ustaz, malaikat, syurga, neraka, surah dan hari tersebut merupakan kata nama am yang perlu ditulis huruf kecil. Namun, apabila sudah digabungkan dengan kata nama khas selepasnya, bukankah ia membentuk 1 frasa yang perlu dieja dengan huruf besar juga? Harap kali ini saya pihak PRPM dapat memberikan alasan bagi jawapan yang diberikan itu untuk saya dan kumpulan editor yang lain memahami penggunaan tanda baca tersebut. Sekian, terima kasih.Frasa nama ialah perkataan utamanya terdiri daripada kata nama, kata nama terbitan atau kata ganti nama. Frasa nama merupakan satu daripada konstituen utama dalam binaan ayat.

Frasa nama khas ditulis menggunakan huruf besar seperti Ustaz Zaim, Malaikat Jibril, Syurga Adan, Neraka Jahanam, Hari Kemerdekaan, kecuali surah al-Baqarah yang bermakna bab dalam al-Quran.

Para pengguna, editor dan sebagainya disarankan merujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP: 2008, 363-383) untuk memperoleh maklumat dan contoh yang lebih jelas. Kamus Dewan Perdana (DBP: 2020) juga merakamkan kebanyakan kata dan frasa tersebut untuk membantu pengguna.
Lain-lain10.06.2021
Salam sejahtera. saya ingin tahu bagaimana menulis singkatan bagi perkataan berikut ; 1.ustaz 2.ustazah 3.cikgu Sekian terima kasihSingkatan ejaan bagi ustaz dan ustazah ialah us .dan utzh., manakala cikgu lazimnya ditulis penuh.Ejaan07.08.2015
Assalamualaikum, Adakah istilah ini boleh digunakan? : protaz (profesional-ustaz)Tiada istilah bagi perkataan "protaz" dalam bahasa Melayu. Oleh itu, ia tidak sesuai digunakan dalam penulisan. Terima kasih. Tatabahasa09.03.2022
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera buat seluruh warga DBP. Saya Nik Mohd Syamim Iylia Bin Mat Yusoff, pelajar tahun akhir di salah satu universiti di Jordan. Pada hari ini saya ada pergi ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk mendaftarkan syarikat dan nama syarikat yang kami cuba daftarkan adalah Ustaz Kreatif. Namun SSM menyatakan pihak DBP mengatakan terdapat kesalahn tatabahasa dan yang lebih tepat ialah Kreatif Ustaz. Saya rasa seperti jawapan yang diberi tidak tepat kerana kreatif itu sifat dan adjektif dan kami menangguh pendaftaran syarikat kami untuk mendapatkan pengasahan dari DBP. Bukankah kata adjektif ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif. dia Menerangkan sifat atau keadaan sesuatu nama. Unsur keterangan lain seperti kata bantu atau kata penguat. Bagaimana dengan perkataan Doktor Cinta dengan Cinta Doktor, bukankah keduanya membawa maksud berbeza? Jadi saya ingin mendapat pengesahan dan kebenaran dari DBP untuk kami mendaftarkan nama perniagaan kami dengan nama Ustaz Kreatif dalam bentuk surat rasmi dengan kadar segera ke email ibn.yusuf@yahoo.com.Untuk makluman, perkataan "Ustaz Kreatif" adalah betul dari segi tatabahasa bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, kami berpendapat nama tersebut tidak sesuai digunakan sebagai nama syarikat. Oleh itu, kami berharap pihak tuan dapat memberikan penerangan tentang perniagaan yang dijalankan supaya kami dapat memberikan cadangan nama yang sesuai. Sekiranya pihak tuan memerlukan surat rasmi, sila hantar surat kepada pihak kami di alamat yang berikut: Ketua Bahagian Penguatkuasaan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Tatabahasa03.09.2015
Salam, saya sedang membuat buku kerja BM Tahun 4 yang terbaharu. Apakah contoh kata nama khas gelaran dan panggilan yang boleh disenaraikan?Adakah gelaran dan panggilan seperti putera, puteri, ustaz, ustazah, haji, hajah, sultan/raja, permaisuri/ratu, saudara, saudari sesuai digunakan? Terima kasih.Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar.

Untuk makluman puan, putera, puteru, ustaz, ustazah dan sebagainya yang dinyatakan bukan terdiri daripada kata nama khas tetapi nama gelaran dan panggilan.

Untuk maklumat lanjut, puan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan halaman 97.
Tatabahasa21.11.2013
12

Kembali ke atas