Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.sul]/[u.sul] | اصول

Definisi : 1. mula, asal mula, asal; bangsawan ~ bangsawan yg diwarisi (drpd nenek moyang); 2. yg semula (sejati), yg asli: ditanggalkan-nya baju panjang yg dipakainya itu, maka nampaklah ~ tubuhnya; 3. ki sifat yg semula, kelakuan, perangai, tabiat; ~ asal = asal ~ asal keturunan, salasilah; ~ bangsawan (budiman) yg bersifat bangsawan (budiman); ~ fikiran pokok (isi, asas) fikiran; ~ menunjukkan asal prb perangai menunjuk-kan bangsa (darjat); ~ ~, asal asal, asal jangan ditinggalkan prb dlm mengerjakan sesuatu patutlah diperhatikan benar-benar sejak pekerjaan itu dimulakan; berusul bermula (dr), berasal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.sul]/[u.sul] | اصول

Definisi : pendapat dll yg dikemukakan utk dibincangkan (disetujui, diterima), anjuran, cadangan, saran: mereka menerima segala ~ yg dikemukakan; ~ balasan cadangan sbg ganti cadangan yg telah lebih dahulu dikemuka-kan, cadangan balas; mengusulkan mengemukakan pendapat (supaya diterima atau disetujui), menganjur-kan, mencadangkan, menyarankan: aku ~ agar semua anggota memakai pakaian seragam; pengusul orang yg mengemukakan sesuatu usul, pencadang, penyaran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.sul]/[u.sul] | اصول

Definisi : ; ~ periksa penyelidikan yg cermat, soalan utk mengetahui (menyelidiki) sesuatu: dgn tidak ~ periksa, ia mempercayainya; mengusul, mengusuli memeriksai (dgn cermat), mengusut, menyelidiki; pengusulan perihal mengusul (dgn hati-hati), pemeriksaan, penyelidikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.sul]/[u.sul] | اصول

Definisi : 1 asal mula; asal. 2 yg asli atau yg sejati. ~ asal, = asal ~ asal keturunan. ~ fikiran pokok atau asas fikiran. berusul bermula dr; berasal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[u.sul]/[u.sul] | اصول

Definisi : fikiran atau pendapat yg di­kemukakan utk dipertimbangkan dll; cadangan; anjuran. mengusulkan mengemukakan sesuatu pendapat utk disetujui dll; menganjurkan; mencadangkan. pengusul orang yg mengemukakan sesuatu usul; pencadang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[u.sul]/[u.sul] | اصول

Definisi : ; ~ periksa pemeriksaan yg teliti atau cermat: Tanpa ~ periksa lagi, ia menuduh orang itu mencuri duitnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Sakit barah sakitnya bisul,
     Sakit mari menghujung jari;
Kami bertanya kepada usul,
     Untuk siapa cincin di jari?


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Jenguk pandang tindai-tindai;
     usul-usul,
asal-asal,
     jangan ditinggalkan.

Bermaksud :

Sebelum melakukan sesuatu pekerjaan lebih baik diperiksa dan diselidiki dulu, supaya selamat dan sempurna pekerjaan itu. tindai-tindai = lihat dengan perhatian yang saksama kalau-kalau ada yang salah.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
untuk memerangkap pengguna hasad. Kaedah ini biasanya menggunakan sistem yang tidak dilengkapi sebarang mekanisma keselamatan untuk memudahkan pengguna hasad masuk. Melalui cara ini, maklumat tentang pengguna hasad seperti motif, asal usul dan taktiknya dapat dikenal pasti. Lihat juga umpan madu. pemeriksa profil selamat (SPI) (Ig. Secure Profile Inspector (SPI); Br. pemeriksa profil selamat (SPI); Id. inspektur profil aman (SPI)) Perisian pemantauan

Kembali ke atas