Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.su.lud.din]/[u.su.lud.din] | اصولالدين

Definisi : Ar suatu ilmu yg membicarakan akidah agama Islam yg berhubung dgn ke-tuhanan, kenabian, dan perkara-perkara yg ghaib (spt qadak dan qadar, hari akhirat, syurga, neraka, dsb), ilmu tauhid. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata usuluddin


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
USULUDDINIlmu yang membicarakan tentang akidah agama Islam yang berhubung dengan ketuhanan, kenabian dan perkara-perkara ghaib seperti hari kiamat, syurga, neraka, serta qada' dan qadar.AGAMADisiplin Ilmu
AQIDAT AL-NAJIN

Kitab usuluddin.  Naskhah aslinya yang berjudul Umm al_Barahin dikarang oleh Muhammad Yusof al-Sanusi (1490).  Aqidat al-Najin bermakna Akidah Orang-orang yang Berjaya.  Naskhah ini merupakan naskhah asli usuluddin yang amat popular.  Kitab ini menjadi panduan akidah penting terutama bagi pengikut aliran Asy’ari dan kerap dibicarakan sama ada dalam bahasa Arab mahupun bahasa Melayu.

SASTERAKitab
ZURQANIY, ‘ABD AL-BAQIB AL-

Zurqaniy, ‘Abd al-Baqib al- (1055–1122 H/ 1645–1710 M),

tokoh Mazhab Maliki dan pakar dalam bidang Usuluddin.

Nama sebenarnya ialah

Abu Abdullah Muhammad ibn ‘Abd Baqi ibn

Yusuf ibn Ahmad ibn Ilwan al-Zurqaniy.

UMUM 
SYEIKH DAUD ABDULLAH AL-FATANI

Syeikh Daud Abdullah al-Fatani ( ?–1847),

ulama dan pengarang kitab. Nama sebenarnya

ialah Syeikh Wan Daud bin Syeikh Wan Abdullah

bin Wan Idris al-Pattani. Dia ialah tokoh ulama

dalam bidang fiqh, usuluddin dan tasawuf. Dia

adalah ulama yang terkemuka di Nusantara.

UMUM 
AMIDI, ABU AL-HASAN AL-

Amidi, Abu al-Hassan al- (551–631 H.), ahli ilmu

usul. Nama penuhnya ialah Abu al-Hasan Sayd al-

Din ‘Ali ibn Abi ‘Ali ibn Muhammad ibn Salim al-

Tha‘labi. Dia bermazhab Hambali, kemudian

berubah kepada mazhab Syafi‘i. Dia pergi ke

Baghdad untuk belajar ilmu al-Qira’at, mahir

dalam perkara-perkara khilaf (berlainan pendapat)

dan mendalami ilmu Usuluddin, Usul Fiqh dan

Falsafah. Dia juga pergi ke Mesir dan terkenal

dalam pengajian ilmu Fiqh Syafi‘i. Ramai yang

menjadi anak muridnya. Kemudian dia berpindah

pula ke Syam dan meninggal dunia di sana. Antara

karya al-Amidi ialah Al-Ihkam fi Usul al-Ahkam,

Abkar al-Afkar berkaitan ilmu kalam dan Lubab

al-Albab .

UMUM 
NASAFIY, ABU AL-BARAKAT –AL

Nasafiy, Abu al-Barakat -al (meninggal dunia

pada 710 H/1310 M), ahli fiqh Mazhab Hanafi, dan

ahli tafsir. Nama sebenarnya ialah ‘Abdullah ibn

Ahmad ibn Mahmud Hafiz al-Din Abu al-Barakat.

Namanya dinisbahkan kepada nama tempat asalnya

iaitu daerah Nasaf di Sind. Buku-buku bibliografi

tokoh tidak menyebut tarikh kelahirannya. Al-

Nasafiy belajar dari beberapa orang ulama pada

zamannya, antaranya ialah Shams al-Din al-Kurdy

dan Ahmad al-‘Itabiy. Al-Nasafiy ialah salah seorang

ulama mutakhir yang zuhud dan beramal dengan

ilmunya. Dia mempunyai banyak karya dalam

bidang ilmu Fiqh, Usuluddin dan juga Tafsir.

Antara karyanya yang terkenal ialah kitab tafsirnya

Madarik al-Tanzil wa Haqa’iq al-Ta’wil iaitu sebuah

kitab tafsir yang sederhana bentuknya yang

diringkaskan daripada kitab tafsir al-Kashaf dan

tafsir al-Baydawiy. Al-Nasafiy meninggal dunia di

negeri Izaj berdekatan Asbahan.

UMUM 
SAYYAF, ‘ABD RABB AL-RASUL

Sayyaf, ‘Abd Rabb al-Rasul (1365 H.– ?/1945

M. – ?) ialah pejuang Islam dan pengasas jemaah

Islam pertama di Afghanistan. Dia lahir di

Afghanistan dan mendapat pendidikan awal pada

peringkat rendah di Madrasah Buqman. Kemudian

dia melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah

di Madrasah Ibn Sina. Seterusnya, dia

menyambung pelajaran di Madrasah Abu Hanifah

al-Thanawiyyah di Kabul dan menamatkan

pengajiannya pada tahun 1962. Dia berjaya

memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang

syariah daripada Universiti Kabul pada tahun 1967.

Selepas itu, dia mendapat Ijazah Sarjana dalam

bidang ilmu hadith daripada Fakulti Usuluddin,

Universiti al-Azhar dengan menulis sebuah tesis

bertajuk ‘al-Wad’u fi al-Sunnah wa Juhud al-Ulama’

fi Muqawamatihi’ . Dia dilantik sebagai pensyarah

ilmu hadith, ilmu pembahagian harta pusaka dan

ilmu bahasa di Fakulti Syariah, Universiti Kabul. Di

samping itu, dia juga pensyarah mata pelajaran

hadith dan agama di Fakulti Pentadbiran di

universiti yang sama.

UMUM 

Kembali ke atas