Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.tama] | اوتام

Definisi : 1. penting sekali, terpenting: beliau sering diberi peranan ~ dlm cerita-cerita sandiwara; ~ jiwa sl jiwa, sukma; air ~ jiwa sl air yg boleh menghidupkan orang-orang yg mati; syarat ~ syarat yg terpenting; 2. paling baik, amat baik, terbaik: kebenaran dan kejujuran itulah menjadi hakim ~; mengutamakan 1. menganggap lebih penting drpd yg lain, menganggap utama, mementing-kan: sistem ekonomi telah mula berubah drpd memiliki tanah kpd ~ wang; 2. menganggap penting hanya, menumpukan perhatian dll kpd: seseorang itu mesti ~ diri sendiri dahulu baru orang lain; terutama 1. utama sekali, terpenting: Hamzah menulis karangan-karangannya ~ utk orang yg tidak mengetahui bahasa Arab dan Parsi; 2. pertama sekali, asas (pokok): tujuan kita yg ~ sekali ialah memajukan orang Melayu dlm bidang perniagaan; 3. lebih-lebih lagi, apa lagi, teristimewa pula: mustahaklah kita mengetahui sedikit sebanyak mengenai cabang-cabang sains yg lain ~ kajihayat, kimia, dan fizik; 4. lebih baik... (drpd), biarlah, remak: maka ~ mati dgn nama yg baik drpd hidup dgn nama yg jahat; keutamaan 1. kelebihan drpd yg lain-lain tempat yg utama: masalah menjaga ke-amanan negeri hendaklah diberi ~ dlm per-sidangan itu; 2. perihal utama, keistimewaan, keunggulan: kalau manusia itu tidak mem-punyai fikiran, hilanglah ~nya sbg makhluk yg tinggi; 3. kebaikan budi pekerti; pengutamaan perihal mengutamakan: ~ Bahasa Kebangsaan mestilah diterima oleh segala golongan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.tama] | اوتام

Definisi : 1 (yg) penting sekali; (yg) pertama sekali: Makanan ~ bagi orang-orang Malaysia ialah nasi. 2 paling baik; terbaik. mengutamakan 1 menganggap lebih penting drpd yg lain; mementingkan: Kita hendaklah ~ pelajaran drpd segala-gala yg lain. 2 menumpukan perhatian dll kpd. terutama 1 yg terpenting; yg mustahak sekali. 2 yg pertama sekali. 3 lebih-lebih lagi. keutamaan kelebihan drpd yg lain; keistimewaan; keunggulan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
utama (adjektif)
1. Bersinonim dengan penting sekali: terpenting, kanan, mustahak, amat perlu,

2. Bersinonim dengan yang paling baik: amat baik, terbaik,

Kata Terbitan : mengutamakan, terutama, keutamaan,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Temui pemuisi terkenal pada 27 Ogos 1994 di Pasar Budaya, K.LTinta UtamaBuletin Utama04.09.1994
Utama bahasa kebangsaan sebagai bahasa perpaduanJohn TambananUtusan Borneo25.10.2008
Utama istilah dalam perbendaharaan MelayuTiadaHarian Metro28.11.2007
Utama bahasaAbie AbdullahMetro Ahad26.11.2006
Malam Puisi Utama 111 di Alor StarFazli OsmanBuletin Utama17.07.1994
Ketrampilan yang jitu di Malam Puisi Utama IIITiadaBuletin Utama28.08.1994
Aswara utama kualiti, bukan kuantiti pelajarZainuri MisfarBerita Harian08.01.2007
Persediaan utama kepada calon: membanyakkan latihan bertulisWan Shamsudin Mohd. YusofBerita Harian05.07.1986
Tema utama 'Tulang-tulang Berserakan'S.Aminah HY.Berita Minggu22.09.1974
Faktor utama buku-buku Dewan Bahasa tak digunakanJamelah BakarUtusan Malaysia14.12.1972
12345678910...

Kembali ke atas