Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
utama (adjektif)
1. Bersinonim dengan penting sekali: terpenting, kanan, mustahak, amat perlu,

2. Bersinonim dengan yang paling baik: amat baik, terbaik,

Kata Terbitan : mengutamakan, terutama, keutamaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah definisi harta intelek?Untuk makluman puan, kami hanya dapat membantu puan memberikan maksud setiap perkataan sahaja, contohnya:

Harta membawa maksud barang-barang berharga (spt rumah, tanah, barang-barang kemas, dsb) yang dipunyai oleh seseorang (syarikat, pertubuhan, dll).

Intelek pula bermaksud kemampuan (daya) berfikir dan memahami (menganalisis dan sebagainya), akal budi.

Namun begitu, sekiranya pihak puan memerlukan jawapan yang lebih lengkap, pihak puan bolehlah menghubungi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (PHIM), Unit 1-7, Aras Bawah, Tower B, Menara UOA Bangsar, No. 5, Jalan Bangsar Utama 1, 59000 Kuala Lumpur.

Sekian. Terima kasih.
Makna18.05.2017
Yang Mana satu betul:- 1. Lantikan Sebagai Jurulatih Utama dan Urus Setia Program. atau 2. Lantikkan Sebagai Jurulatih Utama dan Urus Setia Program. - Mohon beri panduan berkaitan ejaan perkataan "Lantikan' atau "Lantikkan" Terima kasih.

Lantikan bermaksud tindakan melantik, iaitu mengangkat seseorang untuk memegang sesuatu jawatan dan tidak ada kata lantikkan kecuali apabila kita menggunakannya dalam ayat perintah. Satu lagi kata terbitan ialah pelantikan yang merujuk perihal melantik. Oleh itu, penggunaan yang paling tepat ialah "Pelantikan sebagai Jurulatih Utama dan Urus Setia Program".

Tatabahasa17.07.2011
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "prime team"? 1) pasukan utama 2) pasukan perdana 3) lain-lain Teks ini akan digunakan untuk laman web berkenaan bola. Terima kasih.Istilah yang sesuai ialah pasukan utama.Istilah03.10.2013
Merujuk kepada e-mail saya pada 14 Mei 2011, saya tidak memerlukan khidmat penterjemahan tetapi saya ingin bertanya manakah antara berikut adalah ayat yang betul? 1. Perangkaan utama mengikut kumpulan saiz harta 2. Perangkaan utama mengikut saiz kumpulan harta berikut merupakan analogi kumpulan di mana menggambarkan saiz harta kurang dari RM5000 RM5000-RM10000 RM10000 dan ke atas Soalan- manakah antara dua ayat di atas adalah benar sama ada KUMPULAN SAIZ HARTA atau SAIZ KUMPULAN HARTA bagi menggambarkan selang kelas di atas? untuk makluman, soalan ini telah diajukan sebanyak dua kali dan DBP memberikan jawapan yang berbeza untuk dua soalan tersebut. sekian, terima kasihBerdasarkan maklumat dalam ayat kedua, penggunaan frasa yang betul ialah 'saiz kumpulan harta'. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. Tatabahasa14.05.2011
1. dolak-dalik atau dolak-dalih ? 2. mertua atau mentua ? 3. ucaptama atau ucap utama ? 4. agama atau ugama ? 5. taekwando atau tae kwan do ?Ejaan yang betul ialah dolak-dalik, mentua, agama dan tae kwan do. Bagi perkataan ucaptama dan ucap utama kedua-duanya betul kerana ucaptama ialah akronim, iaitu hasil gabungan dua perkataan (ucap tama) dan diujarkan sebagai satu perkataan. Walau bagaimanapun, masyarakat diberi pilihan untuk menggunakan rangkai kata ucap utama dan hendaklah ditulis dua perkataan.Lain-lain31.01.2010
Apakah maksud "kumpulan primer" dan "kumpulan sekunder"?Perkataan “primer” bermaksud paling asas atau paling utama. Manakala perkataan “sekunder” pula bersifat bukan asas atau utama. 1">Makna15.12.2021
As salam tuan/puan di talian, Bolehkah saya menggunakan perkataan kemudahsampaian dalam konteks ayat di bawah. 1. Antara faktor utama kunjungan pelancong ke Pulau Pinang ialah kemudahsampaian pelancong dengan menggunakan pelbagai kemudahan pengangkutan. Semoga pertanyaan saya ini akan mendapat perhatian daripada tuan/ puan. Terima kasih.Dalam data rujukan kami, tiada istilah kemudahcapaian dalam bahasa Melayu. Ayat puan boleh dipinda seperti yang berikut:

Antara faktor utama pelancong mengunjungi Pulau Pinang ialah kepelbagaian kemudahan pengangkutan yang memudahkan perjalanan ke sesuatu destinasi.
Tatabahasa24.02.2015
Apakah perbezaan antara ucap utama dengan ucaptama. Bilakah kedua-dua perkataan boleh digunakan? Apakah perbezaan perkataan antara dengan di antara?

1. Ejaan yang betul ialah ucap utama.

2. Frasa sendi nama di antara digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau tempat. Contohnya: i. Anak kecil itu duduk diam di antara ibu dengan bapanya. ii. Rumahnya terletak di antara dua bangunan tinggi itu.

3. (i) Kata antara yang berfungsi sebagai kata sendi nama boleh mendahului ayat yang menunjukkan perbandingan. Contohnya: Antara Fatimah dengan Rahmah banyak perbezaannya. (ii) Kata sendi nama antara biasanya diikuti oleh kata nama am yang tidak perlu diulang. Contohnya: Antara lagu persembahannya ialah ...  (iii) Kata sendi nama antara  hanya dapat diikuti kata nama am jamak yang mengalami penggandaan separa seperti adik-beradik, yang membawa makna kumpulan orang dan sebagainya yang tertentu. Contohnya: Mereka berbincang antara adik-beradik. (iv) Kata sendi nama antara boleh juga diikuti bilangan tentu seperti dua, tiga, sepuluh dan sebagainya, kata bilangan tidak tentu seperti beberapa, semua dan sebagainya, kata bilangan himpunan seperti kedua-dua, beratus-ratus dan sebagainya. Contohnya: Antara dua bangunan itu, jauh perbezaannya. (v) Kata sendi nama antara juga boleh diikuti oleh kata ganti nama seperti mereka, kita dan -nya. Contohnya: Antara kita, jauh berbeza.

 

Ejaan14.09.2011
1.perkataan luar biasa harus dieja rapat atau jauh? 2.adakah ayat- ayat di bawah betiul dari segi ejaan, imbuhan? -sambut baik nyanyi Negaraku di pawagam - Karim dinasihat berdialog dengan bekas pemimpin dahulu. - PM seru pegang 4 asas utama perpaduan1. Ejaan yang betul ialah luar biasa. 
2. Frasa yang betul ialah "...menyambut baik nyanyian Negaraku di pawagam" dan "Karim dinasihatkan oleh ... berdialog dengan bekas pemimpin dahulu" dan "PM menyeru rakyat memegang 4 asas utama perpaduan".
Tatabahasa24.04.2014
Salam sejahtera, 1. Cikgu Hong dan Cikgu Rosnah sedang mengawasi keselamatan murid / murid-murid di pintu utama sekolah. (kita patut guna murid atau murid-murid?) Terima kasih.
Menurut data kami, ayat yang sesuai ialah cikgu Hong dan cikgu Rosnah sedang mengawasi keselamatan murid-murid di pintu utama sekolah
Lain-lain25.07.2018
12345678910...

Kembali ke atas