Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.ta.ra] | اوتارا

Definisi : arah hadapan kalau kita berdiri dgn kiri ke barat (kanan ke timur), mata angin yg bertentangan dgn selatan; angin ~ angin yg bertiup dr sebelah utara; bintang ~ bintang kutub utara; musim ~ musim tengkujuh yg dibawa angin dr timur laut; ~ barat laut mata angin antara utara dgn barat laut; ~ semata timur = ~ timur laut mata angin antara utara dgn timur laut; ~ tepat utara betul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.ta.ra] | اوتارا

Definisi : ; mengutarakan 1. melahirkan apa yg tersemat di hati (pendapat, fikiran, dll), mengatakan, menyatakan: banyak sekali yg dapat dibicarakan dan diutarakan mengenai novel ini; 2. mengemukakan (cadangan dll), membentangkan, mencadangkan: dia ~ supaya Amerika memimpin dunia bebas selepas perang; 3. menunjukkan (bkn jarum jam); pengutaraan perihal mengutarakan, huraian, keterangan, penjelasan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.ta.ra] | اوتارا

Definisi : arah mata angin yg bertentangan dgn selatan: ~ barat laut arah mata angin di antara utara dgn barat laut; ~ timur laut arah mata angin di antara utara dgn timur laut; angin ~ angin yg bertiup dr sebelah utara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[u.ta.ra] | اوتارا

Definisi : ; mengutarakan 1 menge­mukakan sesuatu pendapat (usul dsb); mencadangkan: Beliau ~ usul supaya orang ramai menyertai syarikat kerjasama itu. 2 melahirkan apa-apa yg terpendam di hati; menyatakan; mengatakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
utara
Kata Terbitan : mengutarakan,

Puisi
 

Dari utara terus ke selatan,
     Betik menjadi buah papaya;
Satu mutiara satu intan,
     Yang mana baik pilihan saya.


Lihat selanjutnya...(20)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera. Pertama, saya minta tanya kalau Global South / Global North sesuai dipadankan dengan yang mana satu? Dunia Selatan/Utara, Selatan/Utara Dunia, Selatan/Utara Global, Selatan/Utara Sejagat? Kedua, patutkah Phoenicia dieja dalam bahasa Melayu menjadi Fenisia, Foenisia, Phoenisia atau lain kalau mengikut pedoman ejaan? Ketiga, apa maksud belacan kukup?i) Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah global south ialah dunia selatan dan global north ialah dunia utara. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. 

ii) Pembentukan ejaan Phoenicia mengikut Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu ialah Fonisia. 

iii) Belacan kukup ialah belacan yang berasal dari Kukup, yang terletak di daerah Pontian, Johor. 
Istilah27.01.2024
Slm, 1) kutub utara dan kutub selatan dalam huruf besar@kecil? 2)Lingkaran Kutub Utara (betul ke huruf besar)? tqSalam Sejahtera. 1. Perkataan kutub utara dan kutub selatan, dieja dengan huruf kecil. 2. Perkataan "Lingkaran kutub utara" - jika permulaan ayat, L huruf besar. Begitulah sebaliknya.Tatabahasa02.11.2015
Salam sejahtera, nak tanya tentang ayat-ayat berikut adakah betul. 1. Jangan bimbang, tidak akan ada apa-apa. (atau Jangan bimbang, semua akan baik-baik belaka.) 2. Petang masih terdapat sebuah pertandingan. (penjodoh bilangan untuk pertandingan) 3. Bapa saya ialah orang Utara. (Adakah Utara kata nama khas, perlu huruf besar?) 4. Dia datang dari Utara. Terima kasih jawapan anda!Ayat yang betul:

1. Jangan bimbang, tidak akan ada apa-apa.
2. Pada waktu petang masih terdapat pertandingan congkak. (Masukkan nama pertandingan)
3. Bapa saya ialah orang utara
4. Dia datang dari utara
Tatabahasa24.06.2019
bagaimanakah kaedah untuk mengeja perkataan dalam loghat utara yang mengandungi huruf 'r' dalam sukukatanya ? contoh : UTARA .. adakah 'utagha' atau 'utaqa' ?Untuk makluman, DBP hanya mempunyai kaedah mengeja dalam bahasa Melayu yang standard sahaja. Tidak ada kaedah untuk mengeja perkataan dalam loghat utara atau daerah dan negeri yang lain.
Tatabahasa23.07.2020
Yang mana satukah betul setelah diterjemah? West Luzon -> Luzon Barat/ Barat Luzon Northern Sumatra-Andaman-> Utara Sumatra-Andaman / Sumatra-Andaman UtaraSalam sejahtera,
Tuan,

West Luzon diterjemahkan sebagai Luzon Barat

Northen Sumatra-Andaman diterjemahkan sebagai Sumatra-Andaman Utara

Sekian, terima kasih.
Penyemakan dan penterjemahan28.08.2017
Boleh jelaskan secara terperinci penggunaan "di" dan "pada" bagi ayat berikut? di bahagian utara negara itu ATAU pada bahagian utara negara itu? di sebelah timur dan selatan mereka ATAU pada sebelah timur dan selatan mereka? Sekian, terima kasih.Kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat contohnya  "di rumah", "di sekolah" dan lain-lain. Manakala "pada" pula ialah  kata sendi nama digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat. Contohnya "pada peringkat", "pada hari raya" dan lain-lain. Jika prasa di atas merujuk kepada tempat, kata sendi nama yang betul ialah "di bahagian utara negara itu"  dan "di sebelah timur dan selatan mereka".   Tatabahasa11.06.2021
Assalamualaikum, saya ingin bertanya tentang penggunaan huruf besar dan kecil dalam nama khas. Contoh: a)lautan Pasifik atau Lautan Pasifik b)pantai Sendai atau Pantai Sendai c)loji kuasa nuklear Higashidori atau Loji Kuasa Nuklear Higashidori d)pantai utara Jepun atau Pantai Utara Jepun Sekian, terima kasih.Ejaan yang betul ialah: a) Lautan Pasifik   b) Pantai Sendai   c) loji kuasa nuklear Higashidori   d) pantai utara Jepun.Tatabahasa06.12.2011
Adakah perkataan 'majlis' perlu dicatatkan dalam sesuatu program? Contohnya: 'Majlis Penutupan Dialog Utara'. Ataupun memadai dengan 'Penutupan Dialog Utara'?Ungkapan yang digunakan ialah Majlis Penutupan. Majlis Perasmian bermakna sesuatu majlis dibuka dengan rasmi dan Majlis Penutupan bermakna pengakhiran sesuatu majlis.Lain-lain28.08.2017
mahu tahu aktiviti dpb wilayah utara sepanjang tahun ini atau sekurang-kurangnya 3 bulan pertama tahun iniSaya cadangkan sdr. menghubungi terus Pegawai di Pejabat DBP Wilayah Utara di talian 04-5377241/04-5377242 dan 04-5377243 atau emel arshad@dbp.gov.my/ kriyah@dbp.gov.my.Lain-lain18.01.2009
Bagi ayat di bawah, perkataan "utara" dan "selatan", huruf pangkalnya ditulis dengan huruf besar atau huruf kecil? Alat ini dimainkan dalam ensembel Mek Mulung di Kedah dan ensembel Menora di utara Malaysia dan selatan Thailand.

Huruf pangkal perkataan “utara” dan “selatan” ditulis dengan huruf kecil kerana bukan merupakan kata nama khas.

Ejaan09.05.2024
12345678910...

Kembali ke atas