Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.ta.ra] | اوتارا

Definisi : arah hadapan kalau kita berdiri dgn kiri ke barat (kanan ke timur), mata angin yg bertentangan dgn selatan; angin ~ angin yg bertiup dr sebelah utara; bintang ~ bintang kutub utara; musim ~ musim tengkujuh yg dibawa angin dr timur laut; ~ barat laut mata angin antara utara dgn barat laut; ~ semata timur = ~ timur laut mata angin antara utara dgn timur laut; ~ tepat utara betul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.ta.ra] | اوتارا

Definisi : ; mengutarakan 1. melahirkan apa yg tersemat di hati (pendapat, fikiran, dll), mengatakan, menyatakan: banyak sekali yg dapat dibicarakan dan diutarakan mengenai novel ini; 2. mengemukakan (cadangan dll), membentangkan, mencadangkan: dia ~ supaya Amerika memimpin dunia bebas selepas perang; 3. menunjukkan (bkn jarum jam); pengutaraan perihal mengutarakan, huraian, keterangan, penjelasan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.ta.ra] | اوتارا

Definisi : arah mata angin yg bertentangan dgn selatan: ~ barat laut arah mata angin di antara utara dgn barat laut; ~ timur laut arah mata angin di antara utara dgn timur laut; angin ~ angin yg bertiup dr sebelah utara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[u.ta.ra] | اوتارا

Definisi : ; mengutarakan 1 menge­mukakan sesuatu pendapat (usul dsb); mencadangkan: Beliau ~ usul supaya orang ramai menyertai syarikat kerjasama itu. 2 melahirkan apa-apa yg terpendam di hati; menyatakan; mengatakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
utara
Kata Terbitan : mengutarakan,

Puisi
 

Dari utara terus ke selatan,
     Betik menjadi buah papaya;
Satu mutiara satu intan,
     Yang mana baik pilihan saya.


Lihat selanjutnya...(20)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KUTUB UTARA

Kutub Utara ialah istilah yang digunakan untuk

titik permukaan tidak kelihatan yang terletak di

rantau Artik. Istilah yang paling terkenal ialah kutub

utara geografi. Walau bagaimanapun, Kutub Utara

lain yang penting termasuk kutub utara seketika,

kutub utara imbangan, kutub utara magnet, dan

kutub utara geomagnet.

UMUM 
TUNDRATumbuhan yang tumbuh di kawasan luas di bahagian utara hemisfera utara.GEOGRAFI DAN GEOLOGIFlora dan Fauna
PROVINSI UTARA

Provinsi Utara ialah provinsi yang paling utara

di Afrika Selatan. Ia berkongsi sempadan negeri

dengan Botswana, Zimbabwe, dan Mozambique,

dan sempadan provinsi dengan North West,

Gauteng, dan Mpumalanga. Provinsi ini diasaskan

pada 27 April 1994 sebagai Transvaal Utara. Pada

tahun 1995, namanya bertukar menjadi Provinsi

Utara. Bandar dan pekan utama ialah Pietersburg,

Seshego, Namakgale, dan Mahwelereng.

UMUM 
TEH LABRADOR

Teh Labrador ialah nama bagi enam spesies

tumbuhan malar hijau yang kecil dalam famili

heather . Ia tumbuh di kawasan bencah di Eropah

Utara, di utara dan subartik Amerika Utara, dan

Greenland. Daunnya mempunyai bahan narkotik

yang tidak kuat dan digunakan sebagai teh dan

sebagai ganti hop untuk membuat bir. Tanin, yang

digunakan untuk menyamak kulit haiwan, juga

datangnya daripada daun ini.

Pengelasan saintifik. Teh Labrador adalah anggota

famili heath, Ericaceae. Ia tergolong dalam genus Ledum.

Lihat juga Bunga (gambar: Bunga di hutan jarang

dan hutan).

UMUM 
TELUK ISLANDS

Teluk Islands , terletak di pantai timur bahagian

hujung sebelah utara Pulau Utara di New Zealand.

Terdapat 149 pulau kecil di dalam teluk ini. Malah

pulau yang terbesar antara pulau-pulau ini luasnya

hanyalah 223 hektar. Kebanyakan pulau di sini

merupakan milik persendirian. Yang lain

merupakan kawasan simpanan Maori. Empat

bandar utama ialah pelabuhan Opua, bandar lama

Russell, bandar Paihia, dan pusat tanaman buah-buahan

di Kerikeri.

UMUM 
AMERIKA UTARA

Amerika Utara, benua ketiga terbesar di dunia

selepas benua Asia dan Afrika. Ia menganjur dari

Lautan Artik di utara ke Amerika Selatan di selatan.

Amerika Utara mempunyai bilangan penduduk

yang keempat teramai di dunia selepas Asia,

Afrika, dan Eropah.

UMUM 
PTARMIGAN

Ptarmigan ialah nama sekumpulan burung yang

menyerupa i grouse. Ptarmigan terdapat di

bahagian utara Hemisfera Utara, seperti Alaska,

Greenland , Iceland, Scotland, Scandinavia , dan

Siberia . Ptarmigan juga terdapat di pergunungan di

Eropah, di kawasan tinggi di Alps dan Pyrenees.

Burung ini boleh dikenali daripada bulunya yang

pendek pada kakinya. Bulu ini membantunya

berjalan di atas salji tanpa terbenam. Pada musim

sejuk, bulu ptarmigan berwarna putih dan burung

ini bersembunyi dalam hanyutan salji untuk

perlindungan. Pada musim luruh, ptarmigan

berwarna kelabu di bahagian atasnya dan putih di

bahagian bawahnya. Pada musim panas, bulunya

berwarna perang kemerahan dan hitam.

UMUM 
STOAT

Stoat ialah haiwan kecil yang hidup di kawasan

utara di Hemisfera Utara. Ia juga telah diperkenalkan

ke New Zealand. Stoat adalah anggota famili wesel.

Bulunya yang putih pada musim sejuk dikenali

sebagai ermin. Nama ini juga diberikan kepada

banyak haiwan ini di Amerika Utara.

UMUM 
DAKOTA UTARA

Dakota Utara (pend. 641 364) ialah negeri di

wilayah barat-tengah Amerika Syarikat. Ia terletak

di bahagian tengah benua Amerika Utara.

UMUM 
MUSIM SEJUK

Musim sejuk ialah musim yang paling sejuk.

Hemisfera Utara, di bahagian utara bumi,

mengalami musim sejuk pada bulan Disember,

Januari, Februari, dan awal bulan Mac. Di Hemisfera

Selatan, musim sejuk bermula pada lewat bulan Jun

hingga awal bulan September. Untuk mengetahui

tarikh hari pertama musim sejuk dan maklumat

tentang kedudukan bumi dan matahari semasa

musim sejuk, lihat Musim.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas