Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.ta.ra] | اوتارا

Definisi : arah hadapan kalau kita berdiri dgn kiri ke barat (kanan ke timur), mata angin yg bertentangan dgn selatan; angin ~ angin yg bertiup dr sebelah utara; bintang ~ bintang kutub utara; musim ~ musim tengkujuh yg dibawa angin dr timur laut; ~ barat laut mata angin antara utara dgn barat laut; ~ semata timur = ~ timur laut mata angin antara utara dgn timur laut; ~ tepat utara betul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.ta.ra] | اوتارا

Definisi : ; mengutarakan 1. melahirkan apa yg tersemat di hati (pendapat, fikiran, dll), mengatakan, menyatakan: banyak sekali yg dapat dibicarakan dan diutarakan mengenai novel ini; 2. mengemukakan (cadangan dll), membentangkan, mencadangkan: dia ~ supaya Amerika memimpin dunia bebas selepas perang; 3. menunjukkan (bkn jarum jam); pengutaraan perihal mengutarakan, huraian, keterangan, penjelasan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.ta.ra] | اوتارا

Definisi : arah mata angin yg bertentangan dgn selatan: ~ barat laut arah mata angin di antara utara dgn barat laut; ~ timur laut arah mata angin di antara utara dgn timur laut; angin ~ angin yg bertiup dr sebelah utara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[u.ta.ra] | اوتارا

Definisi : ; mengutarakan 1 menge­mukakan sesuatu pendapat (usul dsb); mencadangkan: Beliau ~ usul supaya orang ramai menyertai syarikat kerjasama itu. 2 melahirkan apa-apa yg terpendam di hati; menyatakan; mengatakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
utara
Kata Terbitan : mengutarakan,

Puisi
 

Dari utara terus ke selatan,
     Betik menjadi buah papaya;
Satu mutiara satu intan,
     Yang mana baik pilihan saya.


Lihat selanjutnya...(20)

Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
true northarah utara sebenarnyautara sebenarutara sebenarPertanian
north pointtitik utaratitik utaratitik utaraPertanian
north hemispherebelahan bumi utarahemisfera utarahemisfera utaraPerikanan
magnetic northarah utara magnetikarah utara magnetikarah utara magnetikPertanian
meridian northarah utara meridianarah utara meridianarah utara meridianPertanian
North-South relationshubungan Utara-Selatanhubungan Utara-Selatanhubungan Utara-SelatanSains Politik
north equatorial gyrepusaran utara katulistiwapusaran utara katulistiwapusaran utara katulistiwaPerikanan
north-facing aspectaspek pandang utaraaspek pandang utaraaspek pandang utaraPertanian
geographical northutara geografiTiadautara geografianMatematik
North Atlantic Treaty Organization (NATO)Organisasi Perjanjian Atlantik Utara; NATOPertubuhan Perjanjian Atlantik UtaraPertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO)Sains Politik
12

Kembali ke atas