Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.tuh] | اوتوه

Definisi : 1. tidak rosak (kemik, retak, sompek, dll), sempurna: meja yg masih ~; 2. tidak ber-pecah-pecah, bulat, lengkap: negara masih tetap ~, ekonomi kita berkembang terus; seutuh lengkap dan tidak kurang sedikit pun (tidak berpecah-pecah); keseutuhan kesatuan; mengutuhkan menjadikan utuh (lengkap, sempurna); keutuhan perihal (sifat, keadaan) utuh, ke-bulatan, kesempurnaan: menjaga ~ negara Malaysia; ~ bahasa Melayu sbg bahasa pengantar pendidikan memang jelas ke-lihatan pd hari ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.tuh] | اوتوه

Definisi : dlm keadaan sempurna (tidak rosak, tidak pecah dsb): Kereta itu tetap ~ walaupun telah lama digunakan. mengutuhkan menjadikan utuh. keutuhan keadaan (hal dsb) utuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
utuh (adjektif)
1. Bersinonim dengan tidak rosak: kukuh, sempurna, kuat, teguh, tegap, kejap, padu, padat, kejat,
Berantonim dengan rapuh

2. Bersinonim dengan tidak pecah-pecah: bulat, lengkap, cukup, genap,
Berantonim dengan kurang

Kata Terbitan : keutuhan,

Peribahasa

Tak lapuk di hujan,
     tak lekang di panas.

Bermaksud :

Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pengunaan perkataan teguh: Teguh ingatan - betul atau salah penggunaannya

Mengikut Kamus Dewan teguh bermaksud tidak mudah terbongkar atau roboh, kukuh (buatannya), kuat, erat (ikatannya dan lain-lain). Sinonim bagi teguh ialah kukuh: kuat, utuh">utuh, dan stabil. Teguh berantonim dengan lemah. Maka istilah teguh ingatan tidak digunakan, sebaliknya istilah yang digunakan ialah kuat ingatan dan kukuh ingatan.

Istilah11.03.2014
apa itu keutuhan wacana?Keutuhan bermaksud perihal (sifat, keadaan) utuh, kebulatan, kesempurnaan dan wacana bermaksud keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan; perbincangan atau pertukaran idea secara lisan. Keutuhan wacana boleh dikatakan sebagai kesempurnaan keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan, perbincangan atau pertukaran idea secara lisan.Makna27.02.2007
Saya nak buat satu moto surau, adakah betul "JEMAAH TEGUH, SAHSIAH UTUH"moto yang hendak digunakan adalah betul.Makna07.02.2019
maksud perkataan 'intregriti'Integriti ialah kejujuran, keadaan sempurna dan  utuh.Makna11.06.2008
maksud integriti.Integriti bermaksud : i.kejujuran atau ketulusan, ii. keadaan sempurna dan utuh atau keutuhan.Makna08.01.2008
Selamat sejahtera. Adakah ayat berikut betul? Dadanya sangat tegap. Terima kasih.Tegap bermaksud teguh, kuat dan utuh dan tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa14.08.2012
maksuk integriti institusi kehakimanIntegriti institusi kehakiman bermaksud institusi kehakiman yang lengkap, kejujuran, keadaan sempurna dan utuh.  Makna27.09.2009
Salam. boleh tolong jelaskan maksud 'integriti', 'luwes','delegasi', 'provokasi', 'premis'? Terimakasih.Integriti ialah kejujuran, keadaan yang sempurna atau utuh; luwes ialah tidak terlalu ketat, mudah disesuaikan, dapat diubah suai; delegasi ialah rombongan yang mewakili sesebuah negara dalam perundingan atau tindakan mengamanahkan atau menurunkan hak kepada seseorang lain; provokasi ialah perbuatan membangkitkan kemarahan, minat dan sebagainya; premis ialah sesuatu pernyataan dan sebagainya yang diandaikan sebagai sesuatu yang benar untuk tujuan membuat huraian yang membawa kepada sesuatu kesimpulan kelak; atau bangunan / kawasan tempat diuruskan perniagaan.Makna23.02.2008
apakah yang dimaksudkan dengan integriti?Integriti mempunyai dua makna iaitu makna pertama - kejujuran; dan makna kedua - keadaan sempurna dan utuh. Untuk maklumat lanjut tuan boleh merujukhttp://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=integritiMakna09.01.2013
APAKAH MAKSUD INTERGERITI , KOMITED , SIASAH MENGIKUT KAMUS DEWAN1. ejaan sebenar ialah integriti - kejujuran: mencemarkan nama baik - keadaan sempurna dan utuh. 2.komited - mempunyai atau menunjukkan komitmen (terhadap sesuatu) 3. siasah - pengetahuan yang bersangkutan dengan hal-hal kenegaraan atau pemerintahanMakna01.08.2007
123456

Kembali ke atas