Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
utuh (adjektif)
1. Bersinonim dengan tidak rosak: kukuh, sempurna, kuat, teguh, tegap, kejap, padu, padat, kejat,
Berantonim dengan rapuh

2. Bersinonim dengan tidak pecah-pecah: bulat, lengkap, cukup, genap,
Berantonim dengan kurang

Kata Terbitan : keutuhan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
utuh1. tidak rosak (kemik, retak, sompek, dll), sempurna: meja yg masih ~; 2. tidak ber-pecah-pecah, bulat, lengkap: negara masih tetap ~, ekonomi kita berkembang terus; seutuh lengkap dan tidak kurang sedikit pun (tidak berpecah-pecah); keseutuhan kesatuan; mengutuhkan menjadikan utuh (lengkap, sempurna); keutuhan perihal (sifat, keadaan) utuh, ke-bulatan, kesempurnaan: menjaga ~ negara Malaysia; ~ bahasa Melayu sbg bahasa pengantar pendidikan memang jelas ke-lihatan pd hari ini.Kamus Dewan Edisi Keempat
integrasigabungan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian dll) menjadi satu kesatuan (yg utuh): Usaha dilakukan utk mewujudkan ~ kaum ke arah satu masyarakat beridentiti Malaysia. berintegrasi 1 bergabung supaya menjadi kesatuan (yg utuh); berpadu: Penulis membuat andaian bahawa masyarakat tsb suka menyendiri dan tidak suka bantu-membantu dan ~. 2 digabungkan dan menjadi kesatuan (yg utuh): Sistem ini berasaskan konsep pelanggan/pelayan dgn rangkaian ~ di semua pejabat cawangan. mengintegrasikan menggabungkan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian dll) menjadi satu kesatuan (yg utuh): Semua suku kaum harus ~ diri menjadi satu keluarga besar dlm sesuatu bangsa. Peranan pemasaran hendaklah diperluas dan diintegrasikan dlm organisasi. terintegrasi digabungkan atau dipadukan: bangsa yg ~ kelompok suku kaumnya. pengintegrasian proses mengintegrasikan sesuatu (masyarakat, bahagian dll): ~ nilai murni dan nilai agama dlm pendidikan memungkinkan lahirnya model terbaik bakal membentuk generasi yg akan datang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berintegrasi1 bergabung supaya menjadi kesatuan (yg utuh); berpadu: Penulis membuat andaian bahawa masyarakat tsb suka menyendiri dan tidak suka bantu-membantu dan ~. 2 digabungkan dan menjadi kesatuan (yg utuh): Sistem ini berasaskan konsep pelanggan/pelayan dgn rangkaian ~ di semua pejabat cawangan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
integriti(intégriti) 1. kejujuran: mencemarkan nama baik dan ~ jabatan; 2. keadaan sempurna dan utuh, keutuhan; berintegriti mempunyai integriti (kejujuran, ketulusan dsb): pengarah yg ~ pasti akan mempertahankan nama baik mereka drpd sebarang bentuk penyelewengan.Kamus Dewan Edisi Keempat
padu1. mampat, padat, pejal, tumpat: ~ spt batu dan besi; roti mudah dihancurkan di dlm tubuh kerana ia tidak ~; 2. telah bergaul (bercampur, bergabung) dan menjadi satu benar, sebati: anak sekolah, guru, buruh dan saudagar ~ dlm satu perarakan; bersatu ~ bersatu benar-benar; 3. ki kukuh (teguh, utuh) dan kuat: kesatuan yg ~; sepadu sebati, terserap, berjalin: ada lebih kurang 800 kata Sanskrit yg kekal ~ dgn kata-kata Melayu sekarang; pembangunan material dan spiritual hendaklah ~; bersepadu berkaitan erat (tidak terpisah-­pisah) berjalin, bertahan erat (antara pelbagai unsurnya dsb): pembangunan secara ~ ini diharap dapat mewujudkan kesatuan sosial; mempunyai asas sumber asli yg ~ dgn struktur perindustrian; menyepadukan menjadikan sepadu atau ber­sepadu: kesemuanya telah dicampuradukkan dan disepadukan sehingga wujud satu keseimbangan atau tahap persamaan yg utuh dan berfungsi; tersepadu telah bersepadu: ini bermakna kaum bumiputera akan ~ dlm perkembangan ekonomi negara menjelang tahun 2020; kesepaduan keadaan bersepadu, perihal ber­sepadu menjadi kesatuan yg utuh: malahan ~ komuniti itu diasaskan pd pertalian kekeluargaan; persepaduan perihal bersepadu (bangsa, masyarakat, dsb); penyepaduan proses menyepadukan, penyebatian; penyepadu orang, unsur, pihak dsb yg menyepadukan: syarikat itu merupakan syarikat ~ sistem yg terkemuka di negara ini; berpadu 1. bercampur menjadi satu, menjadi sebati: ketiga-tiga buah kesatuan itu telah ~ menjadi satu; zat besi mudah ~ dgn oksigen; 2. bercampur, bergaul: senyum dan tangis ~ menyambut kepulangannya; 3. menjadi beku dan keras (darah dll); 4. teguh (kukuh, utuh) dan kuat kerana sudah bersatu; ~ padan a) bergaul (bergabung, bercampur) dan menjadi satu benar; b) bermuafakat, ber­mesyuarat, berunding, memadankan (menye­suaikan) fikiran; ~ suara a) berduet; b) ki menjadi satu, berbaur: angin laut dan desir ombak ~ suara; memadu 1. melebur (emas); 2. melebur dan mencampurkan supaya bersatu (berbagai-bagai jenis logam); 3. mengikat (janji dll), menguatkan, mengukuhkan: ~ janji; kata sudah dipadu; negara-negara yg tidak memihak ~ tenaga utk memperkuat pengaruh mereka; 4. membanding­kan, menyesuaikan, mencocokkan, memadan­kan; ~ pendapat mencocokkan pendapat; ~ hati menyatukan hati (kasih dll); ~ satu = menyatu­padukan menjadikan bersatu padu, menyatukan sungguh-sungguh; memadukan menjadikan padu, menggabungkan supaya menjadi satu, mencampur­kan, menyatukan: ~ fahaman semua manusia; memperpadukan menjadikan berpaduan: manusia berjaya ~ bahan-bahan asas ini menjadi satu bahan baru; terpadu sudah dipadu (digabungkan, disatukan, dll), tergabung; paduan 1. yg telah dipadu, sesuatu yg telah disatukan (digabungkan dll): ~ suara; 2. per­sesuaian, kecocokan; kepaduan kesatuan (pendapat, cita-cita, dll), kemuafakatan; perpaduan 1. penggabungan, peleburan; 2. persesuaian, kecocokan; 3. perihal berpadu (bergabung menjadi satu, sepakat, dll), persatuan: bahasa dan sastera adalah alat utk ~ kebangsaan; bahasa Melayu sbg bahasa yg boleh menjadi penggerak ke arah mencapai ~ nasional; pemaduan 1. perbuatan memadu(kan), penggabungan (peleburan dll) menjadi satu: air boleh dibuat melalui ~ hidrogen dan oksigen; 2. persesuaian, kecocokan; pemadu sesuatu yg memadukan: kuasa ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
wacana1. keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan; 2. perbincangan atau pertukaran idea secara lisan: mereka mengadakan ~ ilmu; 3. kesatu­an fikiran yg utuh, sama ada dlm bentuk lisan (spt pidato, khutbah) atau tulisan (spt surat, artikel, novel, cerpen): kita merindui dunia subur kritikan sastera yg dibajai oleh pengetahuan tentang teori dan ~ sastera yg mendalam dan pembacaan karya sastera yg banyak; mewacanakan menjadikan sesuatu sbg wacana: para ilmuan cuba berbincang dan membuat analisis terhadap tajuk-tajuk yg dipilih utk diwacanakan secara objektif.Kamus Dewan Edisi Keempat
tegap I1. kukuh dan kuat (tubuh badan), gagah serta kuat (sikap badan), berisi lagi kuat (tubuh badan): badannya masih ~, pandangannya masih baik; 2. kuat, kukuh, teguh, utuh: gunakan meja yg ~ dan cukup tingginya supaya tidak membongkok apabila bekerja; 3. kuat atau erat (ikatan dll), kukuh (letak sesuatu dll); 4. ki kukuh (keadaan ekonomi atau politik dll); ~ hati teguh hati; ~ sasa = ~ tegun sl tegap serta kuat; menegapkan menjadikan tegap, meneguh­kan, menguatkan, mengukuhkan: akar ~ ber­diri­nya pokok; piutang atau pertaruhan wang di luar negeri itu membantu ~ kedudukan kewangan negeri; ketegapan perihal tegap, kegagahan (badan), keteguhan, kekuatan, kekukuhan (tali dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
berpadu1. bercampur menjadi satu, menjadi sebati: ketiga-tiga buah kesatuan itu telah ~ menjadi satu; zat besi mudah ~ dgn oksigen; 2. bercampur, bergaul: senyum dan tangis ~ menyambut kepulangannya; 3. menjadi beku dan keras (darah dll); 4. teguh (kukuh, utuh) dan kuat kerana sudah bersatu; ~ padan a) bergaul (bergabung, bercampur) dan menjadi satu benar; b) bermuafakat, ber­mesyuarat, berunding, memadankan (menye­suaikan) fikiran; ~ suara a) berduet; b) ki menjadi satu, berbaur: angin laut dan desir ombak ~ suara;Kamus Dewan Edisi Keempat
rosak1. tidak sempurna lagi, sudah tidak baik, sudah bercerai-cerai (tidak tersusun, pecah-pecah, dll): banyak rumah yg ~ dipukul ribut; 2. ki bercalar-calar, kemik (tin dll), luka-luka; banyak pemain kita yg ~ banyak yg luka-luka; 3. ki buruk, busuk (buah-buahan, daging, dll), hancur: buah-buahan itu banyak yg ~; mayat yg sudah ~ sudah busuk dll; 4. ki tidak dapat berjalan lagi (motokar, enjin, dll): kereta saya ~ lagi pagi ini; 5. ki tidak ber­aturan lagi (bahasa, adat, dll): bahasa (adat, perangai, dll) yg sudah ~; 6. ki tidak utuh lagi (perkahwinan), terganggu (ingatan dll): perkahwinannya sudah ~ sejak lama dulu; seorang panglima yg telah ~ ingat­annya; 7. ki kacau-bilau, kucar-kacir (negeri dll): jika sungguh laki-laki, janganlah berperang di dlm negeri, ~ isi negeri; 8. ki tidak baik, jahat (nama); ~ binasa rosak sama sekali; ~ hatinya a) amat menderita sedih; b) buruk perangainya; ~ moralnya buruk tingkah lakunya; ~ namanya mendapat nama buruk; ~ perkahwinannya perkahwinannya gagal; ~ badan kerana penyakit, ~ bangsa kerana laku prb kelakuan yg jahat itu memburukkan bangsa yg mulia spt penyakit menghilangkan rupa yg elok; berosak; ~ diri bersusah-susah (beria-ia) memikirkan sesuatu, menyeksa diri; ~ hati a) menanggung sedih, bersusah hati; b) buruk perangainya (akhlaknya, kelakuannya); merosak mempunyai sifat dll yg meng­aki­bat­kan rosak: pengaruh yg ~; kecaman yg ~; merosaki selalu menjadikan rosak: binatang pe­­liharaan yg suka ~ tanamannya; merosakkan menyebabkan rosak: ~ badan; ~ hati; ~ jiwa; ~ nama; ~ bahasa Melayu; So­­crates dihukum mati kerana dituduh ~ fikiran pemuda; kerosakan 1. perihal rosak: semua ~ ini boleh dibaiki dgn senang; angin membawa ~ yg banyak; 2. menderita rosak (kecelakaan, kemusnahan, dll): tanaman banyak yg ~ akibat hujan lebat; perosakan perihal merosakkan; perosak ark 1. alat utk merosakkan; 2. orang dll yg merosakkan; binatang (haiwan) ~ binatang yg merosakkan tanaman dll; kapal ~ kapal perang kecil yg dapat bergerak cepat; ~ keamanan orang yg mengganggu ke­aman­an, pengacau.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas