Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.tus] | اوتوس

Definisi : sl suruhan, wakil: adik Bendahara Paduka Raja, dititahkan Sultan Mansur Shah ~ ke benua China; berutus berkirim surat (berita, khabar): lama kita tidak ~; berutus-utusan saling berkirim surat, (berita, khabar, dll): sentiasalah ~ antara satu sama lain; mengutus 1. menyuruh orang pergi (sbg ganti atau wakil diri), menghantar wakil (orang suruhan dll): dlm tahun 1925, dia diutus Muhammadiah ke Sumatera Barat; 2. mengirim (surat dll), menghantar: mereka tidak pernah ~ surat; setinggi terima kasih kpd tuan kerana ~ kawat kpd saya; utusan orang (kumpulan orang) yg diutus, suruhan, wakil: keempat-empat negeri itu ada menyuruh ~ ke negeri Siam; perutusan 1. kumpulan wakil (kerajaan dll), beberapa orang yg diutus, delegasi; 2. berita (khabar dll) yg diutus: Perdana Menteri hari ini telah mengirim ~ kpd Tuan Harold Wilson; 3. sesuatu yg (hendak) disampaikan atau dilahirkan: sebenarnya tarian dan lain-lain itu adalah sistem lambang yg terkandung dalamnya bukan sahaja ~ idea bahkan nilai-nilai etos yg penting; 4. ucapan orang besar pd hari-hari penting, pesan, amanat: perkara ini telah disentuh oleh PM dlm ~ tahun baru-nya; pengutusan perihal (perbuatan dsb) mengutus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.tus] | اوتوس

Definisi : sl 1. mahir (dlm pekerjaan tangan), pan­dai; 2. = orang ~ = utusan orang yg pan­dai bertukang, tukang: maka dikirim oleh Sul­tan Rom drpd jenis ~ dan pandai yg tahu me­­nuang bedil; yg pekerjaan ~, bukan pe­kerja­an kera prb orang yg suka mempeduli­kan pekerjaan orang lain itu biasanya akan di­­timpa bencana kerana perangainya yg tidak baik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.tus] | اوتوس

Definisi : ; berutus berkirim surat, berita dll. mengutus 1 mengirim (surat, berita dll): Sudah lama saya tidak ~ surat kpd ibu di kampung. 2 menyuruh orang lain pergi sbg wakil diri: Perdana Menteri telah ~ Menteri Pelajaran ke persidangan UNESCO. utusan orang atau kumpulan orang yg diutus; wakil. perutusan 1 kumpulan wakil; orang-orang yg diutus; delegasi. 2 berita dll yg diutus. 3 ucapan orang-orang besar pd hari-hari yg penting; pesanan. pengutusan perbuatan atau hal mengutus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
utus
Kata Terbitan : berutus, mengutus, utusan, perutusan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
(Minta maaf tuan. WordPad untuk soal yang bertajuk "Ayat Tidak Waras - Dihidupkan Benda Ayat Tidak Hidup!" saya utus sekali lagi kerana kesalahan pengangkaan ayat. Ini rupa kedua soal saya.) Salam pemerjuangan bahasa Melayu, tuan. Adakah ayat seperti: (1) Makalah ini menghuraikan kepentingan bahasa Melayu di Kepulauan Melayu, waras pada akal? Benda ayat "makalah" bukan manusia, bagaimanakah makalah dapat berlaku seperti manusia yang menghuraikan sesuatu hal dengan mengarang? Yang dimaksudkan sebenarnya: (1) (a) Dalam makalah ini, dihuraikan kepentingan bahasa Melayu di Kepulauan Melayu. Penulis makalah tidak disebut dalam ayat. Untuk pemahaman lanjut, sila dalami isi WordPad yang telah saya karang. Minta tuan tahkikkan (sahkan) ayat-ayat teladan yang beserta ulasan. Jikalau ada kesilapan, mohon dianjurkan dan ditegur serta dibetulkan.Lampiran yang disertakan tidak dapat dibuka. Sebelum tuan mengemukakan semula lampiran tersebut, mohon dipastikan tujuan penyemakan makalah. Kami bersedia menyemak bahagian makalah yang menimbulkan kekeliruan dari aspek bahasanya, tetapi tidak menyemak keseluruhan isi makalah termasuklah kandungannya.Tatabahasa09.12.2016

Kembali ke atas