Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : simbol kimia bagi vanadium. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : huruf ke-22 abjad Rumi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : huruf ke-22 abjad Rumi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata v


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ingin kepastian contoh: 240V atau 240 V simbol V dijarak atau rapat dengan 240.Salam.Terima kasih kerana bertanyakan soalan.Jawapannya 240 v dijarakkan.Sekian.Lain-lain17.12.2009
Saya ingin tahu adakah perkataan 'abang' terdiri daripada gabungan suku kata 'V+KVKK' atau 'V+KVK dengan digraf'? K dan V merujuk kepada konsonan dan vokal masing-masing. Sekian, terima kasih.Untuk makluman, perkataan abang terdiri daripada gabungan suku kata VKVKK dan boleh menjadi sebahagian daripada digraf kerana  digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny dan sy. Digraf juga disebut dwihuruf, dwi­lambang atau huruf rangkap. Digraf boleh hadir di depan suku kata atau belakang sekiraya mewakili satu bunyi.Tatabahasa13.12.2015
Apakah cara penggunaan yang betul bagi perkataan yang berikut: a. seorang v seseorang b. suatu v sesuatu1. Seorang merujuk kepada seorang atau sendiri, manakala seseorang merujuk kepada mana-mana orang. Begitu juga suatu merujuk kepada hanya satu, manakala sesuatu merujuk kepada apa-apa yang belum tentu. 



Lain-lain27.08.2019
Apakah padanan bahasa Melayu untuk bentuk kolar baju: 'O-neck', 'V-neck', 'scoop neck', 'turtle neck', 'boat neck' dan 'crew neck'?Kami mencadangkan padanan istilah seperti berikut:

1. "O-neck" - Leher bulat
2. "V-neck" - Leher V
3. "scoop neck" - Leher skup
4. "turtle neck" - Leher polo
5. "boat neck" - Leher sampan
6. "crew neck" - Leher kelasi

Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.
Istilah10.04.2022
tolong terangkan tentang vokal berganding. Adakah halia,biola,buaya dipenggal ha-li-a,bi-o-la,bu-a-ya(mengikut suku kata) atau ha-lia,bio-la,bua-ya(mengikut suku kata yang ada vokal berganding sama seperti penggal ikut sebutan walaupun mahu penggal ikut suku kata)? yang manakah betul dan diguna pakai dalam pemenggalan suku kata?Sebutan bagi kata dasar berpedomankan kaedah pemenggalan suku kata ejaan (kecuali apabila terdapat urutan bunyi dua vokal yang tidak sama, iaitu pola V-V yang menerbitkan V-VK,KV-V dan KV-VK). Oleh itu, sebutan yang mengikut pemenggalan yang betul ialah ha-lia, bio-la dan bua-ya.Tatabahasa15.08.2007
apakah maksud yang tepat bagi singkatan perkataan K.I.V. bagi bahasa Melayu dan Inggeris

Saudara,

K.I.V bermaksud "keep in view" dalam bahasa Inggeris dan dalam bahasa Melayu bermaksud "simpan dalam perhatian".

Makna22.10.2010
Mohon cadangan tatabahasa yang betul : i. dipersetujui ii. diperkenankan iii. diperlekehkan iv. memperkenalkan v. mempersembahkanJawapan yang betul berdasarkan cadangan padanan tatabahasa tersebut ialah:

i. Dipersetujui
ii. Diperkenanakan
iii. Diperlekeh
iv. Memperkenalkan
v. Mempersembahkan 
Lain-lain22.02.2023
"Apakah terdapat istilah khusus untuk i. Breakfast ii. Tea Break iii. Lunch iv. High Tea v. Dinner vi. Supper "Berikut padanan dalam bahasa Melayu yang diperlukan: i. Breakfast - sarapan/ makan pagi ii. tea-break - waktu rehat iii. Lunch - merarau/ makan tengah hari iv. High tea - minum lewat petang v. Dinner - makan malam vi. Supper - makan lewat malamIstilah27.05.2013
Tuan yang budiman, apakah maksud i) Context clues ii) Structural analysis = analisis strukturan? iii) prefixes. iv)Suffixes, v)root words = kata dasar? vi) compound word vii) syllables = suku kata? Terima kasih :)Terjemahan perkataan yang tersebut ialah: i) Context clues - petunjuk konteks;  ii) Structural analysis = analisis struktur; iii) prefixes - awalan; iv) Suffixes - akhiran v) root words - kata dasar; vi) compound word - kata majmuk; dan vii) syllables - suku kata. Istilah12.10.2011
Salam, Mohon diperbaiki maklumat diri Munysi Dewan V seperti berikut : Norliza binti Abu Bakar IPG KAmpus Kampus Perempuan Melayu Jalan Maktab, 75990 Durian Daun, Melaka No Tel: 0126161399 (h/p) 06-2824827 (P) No Faks: 06-2847710 Terima kasih.

Puan,

Maklum, terima kasih.

Lain-lain31.10.2010
12345678910...

Kembali ke atas