Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[va] | ۏا

Definisi : huruf ke-31 abjad Jawi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata va


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
VAVATeknikElektrikSingkatan bagi volt ampere, iaitu unit kuasa ketara.
elastic potential energytenaga upaya anjalMekanikGunaanTenaga upaya yang disebabkan oleh ubah bentuk pegas anjal. Bagi pegas linear, tenaga upaya anjal Va diberikan oleh ungkapan, Va = kx2 dengan k sebagai kekakuan pegas dan x ialah ubah bentuk pegas itu apabila diukur nisbi terhadap bentuknya yang tak terubah bentuk. Tenaga upaya anjal merupakan kerja yang akan dilakukan untuk mengembalikan pegas itu ke kedudukan keseimbangannya. Nilai Va sentiasa positif.
Coriolis accelerationpecutan CoriolisMekanikGunaanKomponen pecutan yang wujud apabila pecutan sesuatu titik diukur secara nisbi terhadap pecutan suatu titik lain, dengan ukurannya dibuat dari paksi yang berputar. Jika pecutan titik A diukur dari titik P yang berada pada paksi yang berputar dengan halaju sudut w, maka pecutan Coriolis diberikan oleh ungkapan, 2w x vA/P dengan vA/P ialah halaju nisbi A diukur dari P. Pecutan Coriolis merupakan perbezaan di antara pecutan nisbi titik A yang diukur dari paksi tak berputar di P terhadap pecutan nisbi titik A yang diukur dari paksi yang berputar di P. Perhatikan bahawa magnitud pecutan Coriolis ialah 2wnA/P dan hala vektornya ditentukan berdasarkan peraturan tangan kanan bagi pendaraban vektor, iaitu bagi gerakan satah dengan vektor w yangnormal terhadap satah gerakan yang mengandungi vA/P dan 2w x vA/P, maka pecutan Coriolis serenjang dengan vA/P dan halanya mengikut putaran w dengan ekor vektor vA/P diambil sebagai pusat putaran yang berkenaan, seperti yang digambarkan dalam Rajah P2. SILA RUJUK RAJAH DI M/S 135 RAJAH P2
potential energy functionrangkap tenaga upayaMekanikGunaanUngkapan bagi tenaga upaya jasad. Pada umumnya, jasad yang ditindak oleh daya graviti dan daya anjal mempunyai rangkap tenaga upaya V yang diberikan oleh sebutan V = Vg + Va dengan Vg sebagai sebutan tenaga upaya graviti dan Va ialah sebutan tenaga upaya anjal. Lihat juga tenaga upaya anjal, tenaga upaya graviti.
antimonyantimoniKimiaTiadaUnsur logam dalam kumpulan VA (atau 15) jadual berkala, simbol Sb, nombor atom 15, berat atom 121.75, nombor pengoksidaan +3, +4, dan +5, takat lebur 630.5oC, takat didih 1635oC, berbentuk pepejal putih, mudah trbakar dan terdapat dua isitop yang stabil, iaitu Sb-121 dan Sb-123. Sumber semula jadi antimoni ialah bijih stibnit, kermasit dan tetrahedrit. Unsur ini digunakan dalam pembuatan aloi dan semikonduktor. Sin. stibium.
bismuthbismutKimiaTiadaUnsur logam dalam kumpulan VA (atau 15) jadual berkala, simbol Bi, nombor atom 83, berat atom 208.98, nombor pengoksidaan +3 dan +5, takat lebur 271oC, takat didih 1560oC, berbentuk pepejal rapuh, berhablur, terdapat empat isotop radioaktif, larut di dalam asid nitrik dan asid hidroklorik. Unsur ini diekstrak daripada jongkong plumbum secara penghabluran berperingkat. Bismut digunakan untuk membuat bahan kosmetik, ubat-ubatan, aloi, bahan termoelektrik, magnet kekal, semikonduktor dan sebagai mangkin.
nitrogennitrogenGeologiTiadaUnsur bukan logam dalam kumpulan VA jadual berkala, simbol N, nombor atom 7, berat atom 14.0, takat beku -210øC, takat didih -195.5øC, berbentuk gas dwiatom, tidak berwarna, tidak berbau, tidak reaktif, tidak terbakar, dan tidak membantu pembakaran.
arseniumarseniumKimiaTiadaUnsur bukan logam dalam kumpulan VA jadual berkala, nombor atom 33, berat atom 75, takat lebur 814øC, takat didih 615øC, dan sangat beracun.
arsenicarsenikKimiaTiadaUnsur bukan logam dalam kumpulan VA 9 atau 15) jadual berkala, simbol As, nombor atom 33, berat atom 74.92, nombor pengoksidaan +2, +3 dan +5, takat lebur 814oC pada tekanan 36 atm, takat didih 615oC, berbentuk pepejal berhablur, berwarna kelabu, bersifat karsonogen dan sangat beracun. Sumber semulajadi arsenik ialah arsenik oksida dan arsenik sulfida. Unsur ini diekstrak daripada arsenik sulfida secara pemanggangan di dalam udara dan diikuti penurunan oleh karbon. Arsenik digunakan untuk membuat racun perosak, ubat sapu dan perantai elektronik.
phosphorusfosforusKimiaTiadaUnsur bukan logam dalam kumpulan VA (atau 150 jadual berkala, simbol P, nombor atom 15, berat atom 30.974, nombor engoksidaan –3, +3 dan +5, takat lebur 44oC, takat didih 280oC (bagi fosforus putih), berbentuk pepejal berhablur yang lut sinar atau serbuk amorfus merah atau pepejal hitam. Fosforus putih larut di dalam karbon disulfida, sangat beracun dan mudah terbakar. Fosforus terdapat dalam enam bentuk isotop radioaktif. Sumber semula jadi fosforus diperoleh dengan meleburkan batu fosfat, pasir dan kok di dalam relau elektrik. Fosforus merah diperoleh daripada pemanasan fosforus putih dengan mangkin pada suhu 240oC dan fosforus hitam diperoleh daripada pemanasan fosforus putih yang dikenakan tekanan. osforus digunakan untuk membuat racun tikus, baja, mancis api dan sebatian fosforus.
12

Kembali ke atas