Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[vak.sin] | ۏکسين

Definisi : sediaan bakteria, virus, dll yg sudah mati atau dilemahkan utk disuntik atau ditanam ke dlm badan supaya menghasilkan daya tahan terhadap penyakit tertentu; memvaksin menyuntik vaksin ke dlm tubuh seseorang atau haiwan utk melindunginya drpd sesuatu penyakit: baru-baru ini, Kementerian Kesihatan telah melakukan kempen ~ penduduk di kampung itu; pemvaksinan proses (tindakan atau perbuatan) memvaksin, vaksinasi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[vak.sin] | ۏکسين

Definisi : benih cacar yg dilemahkan dan disuntikkan ke dlm badan utk menjauhkan seseorang drpd dijangkiti penyakit cacar. memvaksin menyuntikkan vaksin ke dlm tubuh seseorang atau haiwan utk melindunginya drpd dijangkiti sesuatu penyakit: Kementerian Kesihatan mengadakan kempen ~ penduduk utk mengelakkan jangkitan penyakit tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata vaksin


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
pemvaksinanvaccinationPenyuntikan sesuatu vaksin untuk menghasilkan keimunan bagi melawan sesuatu penyakit. Contohnya, inokulasi virus penyakit cacar yang lemah untuk mewujudkan keimunan terhadap penyakit tersebut.Menengah Atas
pengimunanimmunisationProses mendapatkan perlindungan daripada penyakit melalui suntikan vaksin atau antiserum.Menengah Rendah
pengimunanimmunizationProses menjadikan seseorang imun secara buatan sama ada melalui suntikan antiserum atau penggunaan vaksin.Menengah Atas

Kembali ke atas