Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[vak.sin] | ۏکسين

Definisi : sediaan bakteria, virus, dll yg sudah mati atau dilemahkan utk disuntik atau ditanam ke dlm badan supaya menghasilkan daya tahan terhadap penyakit tertentu; memvaksin menyuntik vaksin ke dlm tubuh seseorang atau haiwan utk melindunginya drpd sesuatu penyakit: baru-baru ini, Kementerian Kesihatan telah melakukan kempen ~ penduduk di kampung itu; pemvaksinan proses (tindakan atau perbuatan) memvaksin, vaksinasi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[vak.sin] | ۏکسين

Definisi : benih cacar yg dilemahkan dan disuntikkan ke dlm badan utk menjauhkan seseorang drpd dijangkiti penyakit cacar. memvaksin menyuntikkan vaksin ke dlm tubuh seseorang atau haiwan utk melindunginya drpd dijangkiti sesuatu penyakit: Kementerian Kesihatan mengadakan kempen ~ penduduk utk mengelakkan jangkitan penyakit tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata vaksin


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
autogenous vaccinevaksin autogenusFarmasiFarmakologi1. Vaksin yangdihasilkan daripada bakteria yang diperoleh daripada badan pesakit. 2. Vaksin terapeutik yang setiap satunya dihasilkan bersesuaian dengan pesakit tertentu.Vaksin inidihasilkan daripada kultur mikroorganisma patogenik yang diasingkan ataudiperolehdaripada suatu lesiataukawasan jangkitan seperti bisul, abses atau air kencing pesakit itu sendiri dan dinyahaktifkan dengan menggunakan haba. Oleh sebab penghasilannya mengambil masa yang lama sehingga empat minggu, vaksin autogenus hanya berkesan dalam kes-kes penyakit kronik atau penyakit berulang dan bukannya untuk rawatan penyakit akut. Keunikan vaksininiadalah untukdigunakan oleh pesakit tertentu kerana ia diperoleh daripada pesakit itu sendiri dan hal ini merupakan ciri utama vaksin autogenus. Vaksin ini dalam keadaan tertentu mempunyai tindak balas terapeutik dan menjadi profilaksis (pencegahan penyakit) pada sesuatu masa tertentu untuk melawan serangan penyakit yang berulang.
vaccinevaksinBioteknologiTiadaSediaan antigen yang diberi untuk merangsang mekanisme pertahanan yang khusus terhadap patogen atau agen toksik. Vaksin terbahagi kepada empat kategori utama, iaitu vaksin nyah aktif (vaksin kepialu dan kolera), patogen hidup, toksoid, dan ekstrak antigen.
attenuated vaccinevaksin teratenuatPerubatanTiadaVaksin mengandungi organisma menginfek yang hidup tetapi telah dilemahkan, contohnya vaksin BCG untuk batuk kering.
Salk vaccinevaksin SalkBioteknologiTiadaVaksin polio yang disediakan daripada virus yang telah dinyahaktifkan dengan menggunakan formaldehid. Vaksin ini diberi secara suntikan.
vaccine hesitancykeraguan vaksinKesihatan AwamTiadaPerbuatan melewatkan atau menangguhkan untuk menerima atau menolak suntikan vaksin walaupun perkhidmatan vaksinasi telah tersedia kerana berasa ragu dengan keberkesanan vaksin.
vaccine-hesitant groupkumpulan ragu vaksinKesihatan AwamTiadaKumpulan yang melewatkan atau menangguhkan untuk menerima atau menolak suntikan vaksin walaupun perkhidmatan vaksinasi telah tersedia kerana berasa ragu dengan keberkesanan vaksin.
Bacille Calmette-GuerinBacille Calmette GuerinBiologiMikrobiologiVaksin yang digunakan untuk mencegah penyakit tuberkulosis pada manusia. Vaksin ini disediakan daripada basilus tuberkel manusia yang telah mengalami pengatenuatan. Istilah ini juga dikenali sebagai vaksin BCG.
B.C.G (Bacille Calmette-Guerin)B.C.G.PerubatanTiadaVaksin yang mengandungi basilus tuberkulosis yang hidup tetapi teratenuasi; suntikan vaksin ini menghasilkan pengimunan aktif terhadap tuberkulosis. Vaksin ini ditemui oleh dua orang ahli sains Perancis yang bernama Calmette dan Guerin.
subunit vaccinevaksin subunitAIDSTiadaVaksin yang mengandungi beberapa komponene imunologik organisma atau virus tertentu.
life vaccinevaksin hidupBiologiMikrobiologiVaksin yang mengandungi mikroorganisma seperti bakteria, virus dan riketsia hidup, dan telah diatenuat.
123456789

Kembali ke atas