Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[va.kum] | ۏاکوم

Definisi : 1. ruang yg tidak mengandungi jirim (terutamanya ruang yg udaranya telah dike­luarkan), hampa gas; 2. ruang yg gasnya wujud pd tekanan yg rendah; 3. ki kekosongan (bkn perasaan dsb); 4. = pembersih ~ alat elektrik yg digunakan utk membersihkan lantai (permaidani, perabot, dsb) dgn cara sedutan, pembersih hampa gas; 5. bkn (mengan-dungi, menghasilkan, dijalankan dgn, dsb) tekanan gas yg rendah: pengering ~; pam ~; memvakum membersihkan lantai (permai­dani, perabot, dsb) dgn menggunakan pem­bersih vakum (hampa gas): ibu sedang ~ bilik tidurnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[va.kum] | ۏاکوم

Definisi : ruang yg tidak mempunyai sebarang jirim; hampa gas. pembersih ~ perkakas elektrik yg digunakan utk menyedut debu, kotoran dsb di lantai, pd permaidani dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata vakum


Ujian

PERKATAANPADANANBIDANGHURAIAN
rare-gas nanocluster  Kelompok zarah halus pelbagai saiz antara 1 nm - 10 nm yang dihasilkan daripada gas nadir seperti kripton, xenon, argon, atau helium, menerusi pengembangan adiabatik yang mengalir keluar dari tiub rerambut kecil melalui jet supersonik ke dalam vakum. Nanogugusan gas nadir dihasilkan bagi tujuan kajian asas menggunakan spektrometer jisim. Nanogugusan gas argon atau helium disuap masuk ke dalam sistem vakum untuk menghasilkan filem tipis nanogugusan menggunakan percikan magnetron.

Kembali ke atas