Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[va.kum] | ۏاکوم

Definisi : 1. ruang yg tidak mengandungi jirim (terutamanya ruang yg udaranya telah dike­luarkan), hampa gas; 2. ruang yg gasnya wujud pd tekanan yg rendah; 3. ki kekosongan (bkn perasaan dsb); 4. = pembersih ~ alat elektrik yg digunakan utk membersihkan lantai (permaidani, perabot, dsb) dgn cara sedutan, pembersih hampa gas; 5. bkn (mengan-dungi, menghasilkan, dijalankan dgn, dsb) tekanan gas yg rendah: pengering ~; pam ~; memvakum membersihkan lantai (permai­dani, perabot, dsb) dgn menggunakan pem­bersih vakum (hampa gas): ibu sedang ~ bilik tidurnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[va.kum] | ۏاکوم

Definisi : ruang yg tidak mempunyai sebarang jirim; hampa gas. pembersih ~ perkakas elektrik yg digunakan utk menyedut debu, kotoran dsb di lantai, pd permaidani dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata vakum


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
vacuumvakumKimiaTiadaRuang yang tidak mengandungi jirim. Bagaimanapun, vakum sempurna tidak wujud. Bagi tujuan amali, vakum rendah lazimnya ditakrifkan sebagai ruang yang bertekanan 10-2 pascal; vakum tinggi bertekanan lebih rendah daripada 10-2 pascal; dan ultravakum bertekanan lebih rendah daripada 10-7 pascal.
vacuum periodtempoh vakumPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanJangka masa di antara pencapaian takat minimum vakum sehingga keadaan vakum diberhentikkan. Jangka masa ini berbeza-beza bergantung pada jenis pengawetan.
vacuum advancelajakan vakumKejuruteraan AutomotifEnjinMekanisme yang melajakkan atau merencatkan pemasaan pen- cucuhan melalui tindakan vakum yang dijana oleh pancarongga pengambilan enjin. Keadaan vakum ini dipengaruhi bukaan pendikit dan beban enjin. Apabila injap pendikit terbuka separuh, keadaan vakum dalam pancarongga pengambilan menarik diafragma dalam pengagih menyebabkan plat pemutus berputar beberapa darjah dan melajakkan masa pencucuhan. Lajakan vakum tidak berlaku dalam kes pendikit tertutup atau pendikit terbuka sepenuhnya.
vacuum treatmentpengawetan vakumPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanProses mengawet kayu dengan memasukkan larutan pegawet ke dalam silinder tertutup dalam keadaan vakum dan separa vakum.
full cell processproses sel penuhPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanProses mengawet kayu menggunakan tekanan dan vakum. Pada peringkat awal vakum dikenakan pada kayu untuk mengeluarkan sebahagian besar udara dari dalamnya, dan seterusnya memasukkan larutan pengawet dan diikuti dengan penggunaan tekanan untuk jangka masa tertentu. Proses ini diakhiri dengan pengunaan vakum akhir untuk mengelakkan penokalan keluar pengawet. Cara ini memberikan penembusan dan rentasi bersih pengawet yang maksimum kepada bahagian kayu yang dirawat. Sin: proses Bethell.
vacuum tubetiub vakumTeknikElektrikTiub elektronik yang mengandungi beberapa elektrod dalam keadaan vakum untuk digunakan dalam litar-litar elektronik masa lampau, seperti diod, triod, dan tetrod. Pada hari ini, tiub vakum telah digantikan dengan komponen separuh pengalir.
vacuum prosessproses vakumPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanProses mengawet kayu dengan memasukkan pengawet ke dalam silinder rawatan dalam keadaan vakum. Rawatan ini diakhiri dengan melepaskan sistem vakum. Cara inbi hanya sesuai untuk kayu yang telap dan larutan pengawet yang rendah kelikatannya.
vacuum shelf drierpengering vakum rakMakanan dan PemakananTeknologi MakananPengering ini menggunakan rak berongga dalam kebuk vakum. Lapisan nipis makanan diletakan di atas dulang logam yang rata yang dibuat khas untuk memastikan sentuhan haba yang berkesan. Vakum 1-70 Torr digunakan dalam kebuk, dan stim atau air panas dialirkan pada rak untuk mengeringkan makanan. Alat ini sesuai untuk digunakan bagi makanan yang sangat sensitif pada haba seperti pekatan jus buah-buahan.
vacuum gaugetolok vakumKejuruteraanKejuruteraan MekanikPeranti yang digunakan untuk mengukur tekanan gas mutlak dalam sistem vakum. Alat ini mengukur tekanan gas yang lebih rendah daripada tekanan atmosfera di dalam bekas. Salah satu contoh penggunaan alat ini adalah untuk menguji keadaan vakum dalam pancarongga masukan enjin semasa beroperasi.
vacuum crystallizerpenghablur vakumKejuruteraanKejuruteraan KimiaPenghablur terkini yang menggunakan penyejuk jenis penyejat adiabatik untuk menghasilkan ketepuan lampau. Alat ini terdiri daripada satu tangki bertutup dengan sistem vakum yang ditetapkan oleh pemeluwap dan bantuan pam vakum di antara penghablur dan pemeluwap. Larutan tepu panas pada tekanan penghablur disuapkan ke dalam tangki dan disejukkan secara spontan kepada suhu keseimbangan. Ketepuan lampau yang dihasilkan oleh kedua-dua proses penyejukan dan penyejatan adalah disebabkan oleh proses penukleusan dan pembesaran hablur.
12345678910...

Kembali ke atas