Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[van] | ۏن

Definisi : sj kenderaan bermotor (biasanya bertutup) utk mengangkut barang dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[van] | ۏن

Definisi : kenderaan bertutup utk mengangkut barang-barang dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata van


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Masuk ke dalam van. Naik ke dalam van. Ayat yang manakah betul?Ayat yang betul ialah "Masuk ke dalam van."  Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, halaman 256 untuk mendapatkan keterangan lanjut.Tatabahasa31.01.2024
Salam, apakah pecahan suku kata bagi perkataan 'vandalisme'? Adakah van / da / lis / me atau van / da / lisme? Sekian, terima kasih.Pecahan suku kata perkataan vandalisme ialah van/da/lis/me.Tatabahasa08.07.2013
Saya mengambil dan menghantar murid-murid ke dan dari sekolah dengan van saya. Ayat ini betul ke?Ayat yang betul ialah:

1. Saya mengambil murid-murid dari sekolah dengan van saya.


2. Saya menghantar murid-murid ke sekolah dengan van saya.


Apabila digabungkan:


3. Saya mengambil dan menghantar murid-murid dari dan ke sekolah dengan van saya.
Lain-lain05.12.2022
9) Van yang membawa pekerja kilang itu tersengguk-sengguk kerana hampir kehabisan minyak. 10) Ayah telah membeli beberapa tangkai tasbih semasa mengerjakan umrah di Mekah.1. Perkataan tersengguk-senguk tidak sesuai kerana perkataan tersebut bermaksud terangguk-angguk(orang mengantuk).2. Perkataan tangkai tidak sesuai kerana perkataan ini bermaksud i.gagang pada buah ii. penjodoh bilangan untuk bunga.Tatabahasa22.07.2008
saya Bun Van sedang belajar bahasa malayu dasar di university fatoni ingin bertanya apakah maksud Orang Asing ? terima Kasih.Mengikut Kamus Pelajar Edisi Kedua "orang asing" merujuk kepada orang yang berasal dari negara lain.Makna03.11.2015
saya Bun Van sedang belajar bahasa malayu dasar university fatoniSila bekalkan soalan untuk Khidmat Nasihat DBP.Lain-lain03.11.2015
Pemandu van itu ( ) sebuah kereta ketika membuat pusingan di selekoh kanan Jalan Medan. Ada 4pilihan A terhantuk B terhempas C terlanggar D tertendang Jawapan ialah apaJawapan yang betul ialah C. terlanggar

Pemandu van itu terlanggar sebuah kereta ketika membuat pusingan di selekoh kanan Jalan Medan. 
Lain-lain16.10.2021
Apakah istilah paling sesuai untuk campervan atau camper van dalam bahasa Melayu? Campervan berbeza daripada caravan yang tidak bermotor dan ditarik sebagai treler. Sebaliknya campervan didefinisikan sebagai kenderaan berjentera yang berfungsi sebagai pengangkutan dan juga tempat tidur. Contohnya seperti sebuah van yang diubah suai menjadi campervan bagi orang yang hidup nomad. Lain-lain istilah bagi campervan termasuk motor caravan dan caravanette. Harap pihak anda dapat membantu. Terima kasih.

Untuk makluman tuan/puan, belum ada padanan kata campervan dalam bahasa Melayu. walau bagaimanapun bahasa Melayu telah menerima padanan  istilah  karavan daripada caravan dalam bahasa Inggeris. Berdasarkan maklumat yang tuan/puan diberikan, campervan  membawa definisi  yang hampir sama dengan caravan iaitu   kenderaan yg dilengkapi tempat tidur, dapur dsb utk dijadikan sbg tempat tinggal semasa percutian.  Pihak kami mencadankan padanan campervan dalam bahasa Melayu ialah van perkemahan.

 

Istilah16.11.2019
salam, Teori Sumber dan Pengagihan oleh Van Dick, Teori Sumber dan Pengagihan perlu guna huruf besar ke?Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada suatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Contoh kata nama khas ialah seperti Amelia, Raja Zakuan, Jibrail, Kancil, Melayu, Singapura, Piala Thomas, Dewan Bahasa dan Pustaka, Honda, dan lain-lain. Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara, atau konsep yang umum sifatnya. Ia boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu hidup atau tak hidup, manusia atau bukan manusia, institusi atau bukan institusi, konkrit atau abstrak, berbilang atau tak berbilang, dan seumpamanya. Contoh kata nama am ialah seperti pegawai, penyanyi, bayi, bidadari, semut, rumput, pejabat, sawah, dunia, laut, senyuman, rancangan, keburukan, roh, hawa, ajaran, dan lain-lain.

"Teori Sumber dan Pengagihan oleh Van Dick" bukan kata nama khas dan perlu ditulis dengan huruf kecil, kecuali di pangkal ayat, kata nama am ini ditulis dalam huruf besar. 
Lain-lain01.09.2023
Semakan untuk iklan papan tanda perniagaan Nama Perniagaan : MOSKI ENTERPRISE Bidang perniagaan : Menyediakan Perkhidmatan Sewaan Kenderaan, Van, Bas & Bot Persiaran

Untuk hal berkenaan pengesahan iklan, sila layari http://dbpsahbahasa.my/

Terima kasih.

Lain-lain13.08.2019
12

Kembali ke atas