Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[vék.tor] | ۏيکتور

Definisi : (véktor) 1. (Bio) haiwan (mis serangga) yg mengandungi parasit berbahaya yg me­mindahkan parasit tersebut kpd organisma lain (manusia dsb) sehingga mengakibatkan jangkitan (penyakit) kpd organisma lain itu; 2. (Bio) serangga, unggas, angin, dll yg mem­bawa debunga dr stamen ke stigma bunga; 3. (Mat) kuantiti yg dapat berubah (mis daya) yg mempunyai magnitud dan arah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[vék.tor] | ۏيکتور

Definisi : /véktor/ ist kuantiti yg dpt berubah, mempunyai magnitud dan arah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata vektor


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
vektorvector1. Haiwan yang membawa patogen dan secara tidak langsung menyebarkan penyakit tersebut. Contohnya, nyamuk Anopheles betina merupakan vektor bagi plasmodium yang menyebabkan demam malaria. 2. Kuantiti fizik yang mempunyai arah dan juga magnitud.Menengah Atas
kuantiti vektorvector quantityKuantiti yang mempunyai magnitud dan arah.Menengah Atas
daya paduanresultant forceDaya tunggal yang dihasilkan oleh hasil tambah secara vektor dua atau lebih daya yang bertindak ke atas sesuatu objek.Menengah Atas
sesarandisplacement1. Jarak antara dua titik pada arah tertentu. 2. Perubahan kedudukan objek secara vektor.Menengah Atas
interferens membinaconstructive interferenceFenomena yang berlaku apabila dua puncak gelombang atau dua lembangan gelombang koheren bertindih secara serentak, menghasilkan amplitud bersamaan gabungan vektor kedua-dua amplitud gelombang asal.Menengah Atas
medan magnetmagnetic fieldKawasan di sekitar magnet yang mengenakan daya tarikan ke atas besi atau bahan magnet yang lain. Medan magnet merupakan kuantiti vektor.Menengah Rendah
prinsip superposisiprinciple of superpositionPrinsip yang berlaku apabila dua gelombang merambat melalui suatu titik tertentu pada ketika yang sama. Sesaran paduan pada titik itu adalah sama dengan jumlah sesaran vektor bagi sesaran setiap gelombang individu.Menengah Atas

Kembali ke atas