Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[vék.tor] | ۏيکتور

Definisi : (véktor) 1. (Bio) haiwan (mis serangga) yg mengandungi parasit berbahaya yg me­mindahkan parasit tersebut kpd organisma lain (manusia dsb) sehingga mengakibatkan jangkitan (penyakit) kpd organisma lain itu; 2. (Bio) serangga, unggas, angin, dll yg mem­bawa debunga dr stamen ke stigma bunga; 3. (Mat) kuantiti yg dapat berubah (mis daya) yg mempunyai magnitud dan arah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[vék.tor] | ۏيکتور

Definisi : /véktor/ ist kuantiti yg dpt berubah, mempunyai magnitud dan arah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata vektor


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
VEKTORAkan dikemaskiniMATEMATIKKonsep
ALIRAN SEARUSAliran seragam yang segaris dengan garis arus.  Untuk mendapatkan gambaran yang jelas tentang aliran searus, sebaik-baiknya fungsi halaju medan aliran ditulis seperti yang berikut:  < Gambarajah >     Garis arus ialah garisan yang menghubungkan londar semua titik dalam medan aliran dengan vektor halaju V, bertangen dengannya, iaitu V x ds = 0.     Medan aliran bendalir biasanya boleh juga dicirikan oleh bentuk susuk halalu.  Susuk halaju ialah bentuk fungsi yang menggambarkan perubahan halaju terhadap perubahan koordinat ruang, x, y, dan z.  Medan aliran dikatakan berdimensi tiga jika susuk halaju itu merupakan fungsi yang pengungkapannya memerlukan ketiga-tiga paksi ruang x, y, dan z.     Contoh medan aliran berdimensi tiga ialah medan aliran yang terjadi di dalam sebuah saluran yang berkeratan rentas segi empat.  Panjang, lebar, dan tinggi saluran haruslah terhingga.  Saluran yang panjang akan menyebabkan komponen halaju dalam arah paksi saluran menjadi tetap, iaitu .......Rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANKonsep
FLUKS MAGNET

Fluks magnet ialah ukuran kuantiti kemagnetan, iaitu berapa banyak medan magnet dari medan vektor B yang menembusi litar.

FIZIKSifat/Keadaan

Kembali ke atas