Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[vék.tor] | ۏيکتور

Definisi : (véktor) 1. (Bio) haiwan (mis serangga) yg mengandungi parasit berbahaya yg me­mindahkan parasit tersebut kpd organisma lain (manusia dsb) sehingga mengakibatkan jangkitan (penyakit) kpd organisma lain itu; 2. (Bio) serangga, unggas, angin, dll yg mem­bawa debunga dr stamen ke stigma bunga; 3. (Mat) kuantiti yg dapat berubah (mis daya) yg mempunyai magnitud dan arah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[vék.tor] | ۏيکتور

Definisi : /véktor/ ist kuantiti yg dpt berubah, mempunyai magnitud dan arah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata vektor


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
force polygonpoligon dayaMekanikGunaanPoligon yang dibentuk dengan menyambungkan vektor-vektor daya secara kepala ke ekor, dan kemudiannya menyambungkan pula ekor vektor pertama pada kepala vektor yang terakhir. Vektor terakhir yang melengkapkan poligon tersebut merupakan daya paduan bagi sistem daya yang berkenaan.
unit vektorvektor unitFizikMekanikVektor bermagnitud satu unit, yang digunakan untuk menunjukkan arah sesuatu kuantiti vektor. Sebagai contoh, vektor a ditulis sebagai ak. (k = vektor unit, a = magnitud vektor).
resolution of vectorspeleraian vektorMekanikGunaanProses menggantikan vektor dengan dua atau tiga vektor lain yang mempunyai kesan tindakan yang sama seperti vektor asal. Vektor leraian itu dinamai ‘komponen’ bagi vektor asal. Vektor asal tadi pula dinamai ‘paduan’ bagi komponen yang berkenaan. Komponen-komponen vektor mempunyai magnitud dan hala yang berlainan daripada magnitud dan hala vektor paduan yang berpadanan. Peleraian vektor dicapai melalui hukum segi empat selari, konsinus arah ataupun hasil darab titik. Lihat juga hukum segi empat selari, kosinus arah, hasil darab bintik.
addition of velocitiespenjumlahan halajuFizikMekanikPenjumlahan vektor-vektor halaju dalam suatu sistem gerakan relatif di antara rangka rujukan yang bergerak dan rangka rujukan yang diam. secara matematik ditulis sebagai; (= halaju zarah relatif pada rangka rujukan diam, = halaju zarah relatif pada rangka rujukan bergerak, = halaju rangka rujukan yang bergerak relatif pada rangka rujukan diam).
commutative lawhukum tukar tertibMekanikGunaanHukum penambahan dan pendaraban bintik bagi vektor yang menyatakan bahawa tertib vektor-vektor berkenaan boleh diubah tanpa mengubah hasil yang akan diperoleh, iaitu A + B = B +A dan A.B = B . A. Perhatikan bahawa hukum ini tidak boleh digunakan untuk pendaraban silang.
unit vectorvektor unitMekanikGunaanVektor bebas yang mempunyai magnitud 1. Vektor unit tidak mempunyai sebarang unit ukuran. Vektor ini digunakan untuk memerihalkan hala sebarang vektor lain. misalnya, jika vektor V mempunyai magnitud V, maka vektor unit uv yang sama halanya dengan V ialah uv = V/V, dan vektor V boleh disebut sebagai Vuv (dengan V memberikan magnitudnya dan uv memberikan halanya). Ada bermacam-macam simbol yang digunakan untuk vektor unit yang umum. Simbol ini termasuklah u dan n. Lihat juga vektor unit Cartesan.
resultant-force diagramgambar rajah daya paduanMekanikGunaanGambar rajah yang menunjukkan daya paduan dan pasangan paduan yang bertindak pada sesuatu jasad, dengan vektor-vektor daya dan pasangan ditulis dalam sebutan pecutan pusat graviti G jasad itu aG dan pecutan sudutnya a. Daya paduan itu ditulis sebagai maG dan pasangan paduan sebagai IG, dengan IG sebagai momen sifatekun jisim jasad di sekitar titik G. Vektor maG melalui titik G dan digambarkan menerusi komponen-komponen tepatnya di titik itu; IGa ialah suatu vektor bebas. Dalam analisis kinetik, gambar rajah daya paduan ini ‘disamakan’ dengan gambar rajah jasad bebas untuk memudahkan penulisan persamaan gerakan yang berpadanan. (Perhatikan bahawa gambar rajah daya paduan adalam sama untuk semua masalah, dan ditunjukkan dalam Rajah G1 untuk kes gerakan satah jasad tegar. Bagi jasad rencam, vektor maG dan vektor IGa biasanya ditunjukkan secara berasingan untuk jasad komponen masing-masing. Gambar rajah daya tindakan juga dinamai gambar rajah kinetik. Lihat juga daya tindakan. Rajah G1 (rujuk mss. 35)
Umklapp processproses UmklappFizikModenSaling tindakan antara tiga gelombang atau lebih di dalam pepejal, seperti gelombang kekisi atau gelombang elektron, yang jumlah vektor-vektor gelombangnya tidak bersamaan dengan sifar tetapi sama dengan vektor di dalam kekisi salingan.
paduan vectorvektor paduanMekanikGunaanVektor yang boleh menggantikan sistem vektor yang terbentuk daripada dua, atau lebih, vektor lain yang sejenis tanpa mengubah kesan tindakan sistem asal. Pemaduan vektor untuk menghasilkan vektor paduan ini biasanya dilakukan dengan menggunakan hukum segi empat selari, peraturan segi tiga atau dengan menggunakan poligon vektor. Lihat juga hukum segi empat selari, peraturan segi tiga, poligon vektor.
polygon ruleperaturan poligonMekanikGunaanPeraturan penambahan vektor yang melibatkan penyambungan setiap anak panah vektor yang berkenaan satu demi satu, kepala ke ekor, dan kemudiannya menyambungkan ekor vektor pertama pada kepala vektor terakhir untuk mendapatkan vektor paduan. Proses tersebut akan menghasilkan sebuah poligon vektor. Jika bilangan vektor yang terlibat hanya tiga, peraturan ini sama dengan peraturan segi tiga. Lihat juga peraturan segi tiga.
12345678910...

Kembali ke atas