Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[vé.na] | ۏينا

Definisi : (véna) (Bio) salur darah yg membawa darah (terutamanya darah yg rendah kandungan oksigennya) dr pelbagai tisu dan organ badan ke jantung; ~ kava satu drpd dua vena yg membawa darah (yg rendah kandungan oksigennya) ke jantung; ~ portal vena yg menghubungkan dua rangkai­an salur kapilari (terutama dlm hati); ~ pulmonari vena yg membawa darah (yg kaya dgn oksigen) dr paru-paru ke jantung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[vé.na] | ۏينا

Definisi : /véna/ ist salur darah yg membawa darah dr pelbagai tisu dan organ badan ke jantung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata vena


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
arculusarkulusBiologiEntomologiVena berbentuk lengkok yang membentuk hubungan silang antara vena-vena lain pada sayap serangga tertentu, misalnya vena yang menghubungkan vena radial dengan vena median pada pepatung.
saphenous veinvena safenaVeterinarPraklinikalVena superfisial pada kaki. Terdapat tiga jenis vena safena; iaitu vena safena aksesori; vena safena panjang dan vena safena pendek. Vena safena merupakan vena superfisial utama yang menyalirkan darah daripada kaki.
diploic veinvena diploikPerubatanTiadaVena-vena diploe yang dikelaskan mengikut tapak penyaliran utama masing-masing.
haemofiltrationhemofiltrasiPerubatanTiadaTerapi penggantian fungsi ginjal sama ada hemofiltrasi arteri-vena berterusan atau hemofiltrasi vena-vena berterusan.
haemorrhoidshemoroid/buasirGerontologiTiadaPerdarahan pada vena-vena rektum yang bengkak dan mengeras. Hemoroid biasanya disebabkan oleh peneranan yang kuat akibat sembelit yang berpanjangan.
posterior facial veinvena fasial posteriorPerubatanTiadaVena yang terbentuk oleh vena maksila dan vena temporal superfisial di belakang leher mandibel, melalui kelenjar parotid ke arah vena fasial. Sinonim: vena retro mandibel.
humeral cross-veinvena silang humerusBiologiEntomologiVena silang yang menghubungkan vena kosta dengan vena subkosta pada pangkal sayap, misalnya pada pangkal sayap nyamuk.
cross-veinvena silangBiologiEntomologiVena lintang yang menghubungkan vena bujur utama pada sayap serangga. Pada sayap maifli dan sesibur, bilangan vena ini amat banyak dan kedudukannya tidak tetap, tetapi pada serangga tertentu, bilangannya sedikit dan mempunyai kedudukan tetap. Dengan yang demikian, vena ini dapat digunakan sebagai asas untuk pengecaman genus, malah kadang-kadang untuk pengecaman spesies serangga. vena interkalari.
central venous cannulationkanulasi vena pusatPerubatanTiadaProsedur memasukkan kanula atau kateter ke dalam vena pusat, iaitu vena kava superior dan atrium kanan melalui vena antekubital, jugular atau subklavian. Prosedur ini untuk mengukur tekanan vena pusat sebagai salah satu cara pemberian cecair, darah, antibiotik dan pemakanan parenteral total kepada pesakit.
adventitious veinvena adventitiousBiologiEntomologiVena sekunder yang terdapat pada sesetengah serangga. Vena ini bukan vena silang.
12345678910...

Kembali ke atas