Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ver.si] | ۏرسي

Definisi : 1. buku dll yg diterjemahkan ke dlm bahasa lain, terjemahan: buku Sebelum Dan Selepas 13 Mei ~ bahasa Inggeris; 2. corak atau bentuk tertentu (sesuatu karya, cerita, dll): hikayat Inderaputera juga terdapat dlm satu ~ lain yg lebih pendek. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ver.si] | ۏرسي

Definisi : 1 buku dll yg diterjemahkan ke dlm bahasa lain; terjemahan: Kitab ini terdapat juga dlm ~ Melayu. 2 corak cerita; bentuk cerita: Cerita itu terdapat dlm dua ~ yg berlainan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata versi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon pencerahan dari segi sturuktur bina ayat: BKKD telah mengemukakan fungsi Bahagian versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggerish. atau BKKD telah mengemukakan fungsi Bahagian versi Bahasa Melayu dan versi Bahasa Inggerish.Ayat yang betul ialah: BKKD telah mengemukakan fungsi Bahagian dalan versi bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.Tatabahasa23.01.2017
versi penuh peribahasa biar mati anak jangan mati adat

Saudara Muhammad Ali Sobri,

Makna peribahasa tersebut ialah adat yang tidak boleh dilanggar.

Makna10.03.2010
Adakah "ver." boleh digunakan dalam bahasa melayu, sebagai singkatan untuk "versi"? Jika tidak, apakah singkatan untuk "versi"?Untuk makluman,  tidak ada singkatan untuk perkataaan "versi" dalam bahasa Melayu. Oleh itu, perkataan tersebut perlu dieja sepenuhnya, iaitu "versi".Ejaan23.01.2014
Assalamualaikum. Saya ingin mengetahui terjemahan yang mana adalah lebih tepat untuk frasa ini. "newer version of application" 1. aplikasi versi lebih baru 2. versi aplikasi yang lebih baruBerdasarkan frasa yang diberikan, pihak kami mencadangkan supaya "newer version of application" diterjemahkan kepada "aplikasi versi terbaharu".Penyemakan dan penterjemahan31.10.2017
Kenapa pihak berwibawa tidak membuat audit terhadap buku-buku terbitan Kementerian Kesihatan kerana pihak tersebut tidak menerbitkan buku-buku dalam versi bahasa Melayu (hanya versi bahasa Inggeris).Usaha memartabatkan bahasa kebangsaan khususnya dalam sektor awam terus dimantapkan dari semasa ke semasa. Audit penggunaan bahasa kebangsaan yang baik dan betul dalam sektor awam yang sedang dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan antara langkah yang dilaksanakan dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan ini. Teguran hasil daripada dapatan audit ini kepada pihak yang berkenaan merupakan agenda kesinambungan usaha pemartabatan bahasa kebangsaan. Pandangan tuan dalam hal ini amat kami hargai dalam mengisi ruang yang boleh ditambah baik dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan.Lain-lain17.11.2014
Kami hendak mendapatkan pengesahan dari pihak DBP untuk penterjemahan berikut (versi Bahasa Inggeris sebulem Bahasa Melayu). Ini adalah untuk iklan pelanggan kami. Sila ambil perhatian bahawa VERSI 1 menggunakan perkataan 'tap' merujuk kepada tarian 'tap'. Kami memerlukan pengesahan secepat mungkin. Harap dapat maklum balas tuan/puan supaya iklan kami boleh kami bentangkan kepada pelanggan kami (pagi Isnin depan). Terima Kasih. VERSI 1: Just tap & save! It’s time to groove to more savings at the pump. ‘Tap’ aje & jimat! Kini tiba masanya untuk lebih penjimatan di pam petrol. VERSI 2: FAST CARD. BIG SAVINGS. It only takes a tap to save you 10% in petrol rebates! Kad pantas. Penjimatan besar. Hanya sentuh untuk mendapatkan penjimatan 10% dalam rebat petrol!Kami tidak jelas dengan pertanyaan tuan, terutamanya kaitan antara tarian tap dengan petrol, berkemungkinan jika dilampirkan visual lebih mudah untuk kami memahaminya. Sila kemukakan terus iklan tuan dalam domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", iaitu domain yang dibangunkan khusus untuk pengesahan iklan.Penyemakan dan penterjemahan10.07.2015
Dalam konsep qazaf, ada beberapa pendapat bercanggah dalam memberi makna qazaf tersebut. Versi pertama, qazaf bermaksud menuduh perempuan suci berzina (berdasarkan buku teks pendidikan islam kssm tingkatan 5). Versi kedua, menuduh perempuan solehah/baik berzina(melalui enjin carian Google). Adakah kedua-dua versi ini membawa kepada makna yang sama?Khidmat Nasihat DBP tidak dapat menentukan takrif yang paling tepat antara kedua-dua sumber yang diberikan. Walau bagaimanapun, berdasarkan himpunan fatwa yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, qazaf dari segi istilah ialah tuduhan berzina pada tempat celaan dan mengaibkan (Mukhtar al-Sihah), dan sebahagian ulama lagi mendefinisikan qazaf sebagai menuduh seseorang melakukan zina, liwat atau menafikan nasab.


Tatabahasa16.04.2022
Ada beberapa versi Tatabahasa Dewan. Boleh nyatakan tahun terbitan bagi semua versi yang telah dikeluarkan? Saya agar keliru dengan kemunculan edisi baharu dan seterusnya edisi ketiga. Bolehkah saya tahu no.telefon kedai buku D&B cawangan temerloh?Buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga ialah terbitan terbaharu setakat ini. Saudara boleh mendapatkannya di kedai buku yang berhampiran (tidak ada cawangan Kedai Buku DBP di bandar Temerloh).Lain-lain13.03.2012
Berhubung dengan penggunaan perkataan 'hazard' dalam mana-mana teks versi bahasa kebangsaan. Saya mendapati perkataan 'hazard' telah digunakan secara meluas dalam teks bahasa kebangsaan sekiranya ianya melibatkan isu-isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Malah rujukan saya terhadap laman sesawang Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan atau lebih dikenali dengan DOSH juga menggunakan terma 'hazard' dalam apa-apa sumber rujukannya. Persoalan saya adakah menjadi suatu kesalahan sekiranya mana-mana dokumen atau manual keselamatan dan kesihatan pekerjaan versi bahasa kebangsaanmenggunakan perkataan' hazard' tanpa diterjemahkan ke dalam versi bahasa kebangsaan. Rujukan saya terhadap khidmat nasihat dalam laman web dbp mendapati bahawa perkataan ini hendaklah diterjemahkan ke bahasa kebangsaan. Persoalah saya juga adakah relevan sekiranya perkataan 'hazard' dikekalkan penggunaannya tanpa perlu diterjemahkan memandangkan ianya telah dipakai secara meluas. Sekiranya DBP tidak bersetuju, adakah pihak di luar sana maklum bahawa pengunaan perkataan ini dalam mana-mana dokumen versi bahasa kebangsaan adalah tidak dibenarkan. Pohon jawapan segera. Kerjasama didahului dengan ribuan terima kasih. Sekian.Perkataan "hazard" tidak diterima sebagai kata pinjaman dalam bahasa Melayu. Perkataan "hazard" perlu diterjemahkan dan mempunyai beberapa padanan bahasa Melayu seperti bahaya, mudarat, risiko, ancaman, halangan, bencana, mala petaka dan nahas.Istilah14.05.2014
Ammar Zulkiflli Salam sejahtera, saya Ammar Zulkiflli pelajar tahun 3, Universiti Teknologi Petronas. Disini saya ingin membincangkan isu yang hangat, iaitu berkenaan pengunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa melayu. Hasil dari penyelidikan saya, saya dapati bahawa, ada pencampuran bahasa dalam bible versi bahasa melayu. Pengunaan Allah adalah bahasa melayu sendiri adalah salah, kerana 'allah' adalah perkataan arab yang bermaksud Tuhan. Sekiranya mereka berjaya menerbitkan Bible dalam versi bahasa melayu atas alasan bahasa kebangsaan, pihak DBP hendaklah melarang mana-mana buku terbitan yang mempunyai pelanggaran dalam segi tatabahasa dan memastikan pengunaan allah diganti dengan perkataan Tuhan. Ini adalah tidak menghormati bahasa melayu itu sendiri . Saya harap pihak tuan dapat menjalankan tugas demi bahasa kebangsaan, bahasa melayu. Bahasa Jiwa Bangsa!Salam Encik Ammar Zulkifli, Perkara ini masih dibincangkan di peringkat kerajaan. Pihak kami hanya dapat memberikan maklum balas berdasarkan data dalam Kamus Dewan, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Dalam Kamus Dewan, perkataan Allah ditakrifkan sebagai perkataan bahasa Arab yang bermaksud Tuhan Yang Esa. Tuhan Yang Esa ialah konsep ketuhanan dalam agama Islam, dan contoh yang diberikan berdasarkan konteks penggunaannya dalam agama Islam (bahasa Arab), Allah Azzawajalla yang bermaksud Allah Yang Maha Agung dan Allah Subhanahuwataala yang bermaksud Allah Yang Maha Suci dan Maha Tinggi. Wallahua’lam. Terima kasih diucapkan atas keprihatinan tuan. Semoga tuan juga terus bersama-sama Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menyemarakkan rasa kasih dan megah kepada bahasa kebangsaan. Bahasa Jiwa Bangsa. Salam hormat-DBP.Lain-lain06.01.2014
12345678910...

Kembali ke atas