Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[vé.te.ri.nar] | ۏيترينر

Definisi : (véterinar) bkn dgn rawatan penyakit atau kecederaan pd haiwan: daging lembu Australia disediakan di bawah pengawasan kesihatan dan ~ yg bertaraf tinggi; pakar ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[vé.te.ri.nar] | ۏيترينر

Definisi : /véterinar/ ist mengenai kesihatan dan penyakit haiwan serta cara-cara merawat penyakit dan kecederaannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata veterinar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon untuk semakan nama-nama kursus berikut untuk program Sijil Veterinar Malaysia: 1. Asas Anatomi dan Fisiologi Veterinar 2. Makanan dan Pemakanan Ruminan 3. Asas Sains Klinikal 4. Aplikasi Teknologi Maklumat 5. Pengurusan Ternakan Pedaging 6. Communicative English 7. Pendidikan Islam 8. Pendidikan Moral 9. Asas Farmakologi Veterinar 10. Kenegaraan Malaysia 11. Pengembangan Veterinar 12. Pengurusan Ternakan Tenusu 13. Pengurusan Penternakan Unggas 14. Mekanisasi dan Automasi Ladang 15. Pengurusan Pastura dan Foder 16. Pengurusan Modal Insan 17. Kesihatan Ternakan 18. Keusahawanan Penternakan Ruminan 19. Pengurusan Aneka Haiwan 20. Sains Pembiakan Ruminan 21. Pengurusan Haiwan Kesayangan 22. Kejururawatan Veterinar 23. Perundangan dan Regulatori Veterinar 24. Kesihatan Awam Veterinar 25. Asas Patologi Veterinar 26. Produk Hiliran Ternakan 27. Latihan IndustriEjaan yang betul dan terjemahan yang sesuai bagi perkataan berikiut ialah:
1. Asas Anatomi dan Fisiologi Veterinar
2. Makanan dan Pemakanan Ruminan
3. Asas Sains Klinikal
4. Aplikasi Teknologi Maklumat
5. Pengurusan Ternakan Pedaging
6. Communicative English - Komunikasi Bahasa Inggeris
7. Pendidikan Islam
8. Pendidikan Moral
9. Asas Farmakologi Veterinar
10. Kenegaraan Malaysia
11. Pengembangan Veterinar
12. Pengurusan Ternakan Tenusu
13. Pengurusan Penternakan Unggas
14. Mekanisasi dan Automasi Ladang
15. Pengurusan Pastura dan Foder
16. Pengurusan Modal Insan
17. Kesihatan Ternakan
18. Keusahawanan Penternakan Ruminan
19. Pengurusan Aneka Haiwan
20. Sains Pembiakan Ruminan
21. Pengurusan Haiwan Kesayangan
22. Kejururawatan Veterinar
23. Perundangan dan Regulatori Veterinar
24. Kesihatan Awam Veterinar
25. Asas Patologi Veterinar
26. Produk Hiliran Ternakan
27. Latihan Industri
Tatabahasa28.10.2020
Apakah kata paling sesuai dan tepat untuk perkataan zoonotik dalam penggunaan sebagai Kata Nama? Seksyen Zoonotik & Kesihatan Awam Veterinar atau Seksyen Zoonosis & Kesihatan Awam Veterinar. Saya memohon penjelasan pihak tuan mengenai kata zoonosis dan zoonotik; kata nama atau kata adjektif atau selainnya. Sekian, terima kasih. Dr. Muhammad Nazri bin Khairuddin Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Pembentukan kata atau istilah yang betul ialah Zoonosis yang bermaksud penyakit haiwan yang boleh menular kepada manusia seperti penyakit anjing gila.

Istilah05.02.2010
salam tuan/puan, saya mewakili jabatan perkhidmatan veterinar ingin merujuk dbp tentang ejaan sebenar bagi "burung walit". atau ejaan sebenar adalah "burung walet"? Segala kerjasama pihak dbp diucapkan ribuan terima kasih.Ejaan yang tepat ialah "walet", iaitu sejenis burung layang-layang.Ejaan16.02.2022
Apakah padanan yang sesuai bagi 'drug residue'? Carian dalam Istilah MABBIM adalah 'sidu ubat veterinar' bagi 'veterinary drug residue'.Kami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut:

drug residue - sisa ubat; sisa drug

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.

Lain-lain24.08.2021
Ada tak ejaan dalam bahasa malaysia bagi perkataan 'prominence'Istilah "prominens" digunakan dalam bidang tertentu seperti Veterinar, Perubatan, Fizisk, Biologi dan Linguistik. Dalam konteks umum, padanan bahasa Melayu untuk "prominence" ialah terkenal, penting dan menonjol.Istilah03.11.2016
Selamat Pagi, Apa beza antara kera dengan monyet? Terima KasihDalam data kami, kera dan monyet mempunyai makna yang hampir sama. Tuan boleh merujuk Jabatan Veterinar untuk perbezaan dari segi fizikal kera dan monyet.Tatabahasa12.02.2014
Melalui semakan kami, “formula dietary food” dipadankan dengan “rumusan diet”. Kenapakah perkataan “food” tidak disebut atau dipadankan dengan apa-apa padanan? Sebagai perbandingan istilah “customer formula feed” dalam istilah Veterinar PRPM dipadankan dengan “makanan rumusan pelanggan”.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat,

Definisi "diet":
1. makanan dan minuman yg biasanya diambil oleh sesuatu kumpulan, seseorang individu, atau seseekor binatang;
2. jenis dan banyaknya makanan yg ditetapkan utk se­seorang atau seseekor binatang utk tujuan tertentu.

Berdasarkan istilah bahasa Inggeris, dietary bertindak sebagai kata sifat yang menjadi penerang kepada sesuatu kata seperti dietary food. Walau bagaimanapun, pembentukan dalam bahasa Melayu akan menjadi lewah sekiranya formula dietary food dipadankan dengan "rumusan makanan diet". Padanan yang tepat bagi formula dietary food ialah rumusan diet.

Lain-lain27.07.2021
Adakah perkataan "mengisar gigi" bersesuaian dengan perkataan "teeth grinding"Hasil carian dalam data PRPM kami, istilah yang wujud dalam bidang biologi dan perikanan ialah grinding teeth yang bermaksud gigi kisar manakala dalam bidang veterinar pula ialah teeth grinding yang bermaksud pengertakan gigi.Makna25.10.2018
saya ingin menyemak bahasa dan ejaan untuk nama perniagaan dan papan tanda bagi memperolehi lesen perniagaan. "Klinik Haiwan & Surgeri Bandar Tun Razak, Jengka"Sila tambah keterangan aktiviti perniagaan seperti KLINIK HAIWAN atau KLINIK VETERINAR (pilih salah satu) di sebelah atas kiri papan iklan perniagaan. Kemudian letakkan Klinik Haiwan & Surgeri Bandar Tun Razak, Jengka atau di tengah-tegah visual iklan anda. Lain-lain14.08.2018
Apakah terjemahan yang sesuai bagi perkataan 'ANTIOXIDANT'? Adakah pengantioksida atau antioksidan? ANTIOXIDANT (Berfungsi memperlahankan pengoksidaan makanan berlemak dan mencegah warna sayuran bertukar menjadi perang)Perkataan "antioxidant" boleh dipadankan sebagai pengaktioksida dan antioksidan bergantung pada konteks penggunaan ayat.

Pengaktioksida digunakan dalam bidang kimia yang merujuk kepada sebatian, biasanya sebatian organik yang lebih mudah dioksidakan jika dibandingkan dengan satu bahan yang lain. Oleh itu, sebatian organik ini dapat merencatkan pengantioksidaan bahan kedua apabila kedua-dua bahan itu dicampurkan.

Antioksidan pula digunakan dalam bidang herba dan veterinar. Dalam bidang veterinar, antioksidan merujuk kepada sebatian kimia yang berupaya merencat kerosakan pada bahan-bahan makanan yang sensitif seperti lemak tak tepu dan vitamin larut lemak. Sebatian ini digunakan untuk memanjangkan tempoh penyimpanan lemak dan juga menghalang pengoksidaan dalam bahan makanan supaya tidak berbau tengik. Contohnya, etoksikuin, fenol, kuinon, vitamin E dan asid galik.


Untuk maklumat lanjut, sila rujuk https://prpm.dbp.gov.my/
Istilah22.09.2020
12

Kembali ke atas