Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[via] | ۏيا

Definisi : bp melalui, menerusi: berbicara ~ telefon; ke Johor Baharu ~ Melaka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[via] | ۏيا

Definisi : pos; pergi ke Kuala Lumpur ~ Damansara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[via] | ۏيا

Definisi : melalui; menerusi: mengutus surat ~ (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata via


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
via sordini (It)via sordiniKesenianTiadaTanpa peredam.
via air maildengan mel udaraPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
chalcogenkalkogenKimiaTiadaUnsur dalam kumpulan VIa jadual berkala, termasuk oksigen, sulfur, selenium, telurium dan polonium.
oxygenoksigenKimiaTiadaUnsur bukan logam dalam kumpulan VIA (atau 16) jadual berkala, simbol O, nombor atom 8, berat atom 16, nombor pengoksidaan -1 dan -2, takat beku -218°C, takat didih -183°C, berbentuk gas dwiatom (O2) atau gas triatom (ozon, O3), tidak terbakar, tetapi membantu pembakaran, dan terdapat tiga isotop yang stabil, iaitu O-16, O-18 dan O-17. Oksigen terdapat semula jadi dalam udara dan memainkan peranan penting dalam respirasi. Gas ini diperoleh secara pemeringkatan udara cecair atau secara elektrolisis air. Oksigen digunakan dalam peleburan kuprum, pengimpalan, dan penghasilan keluli.
poloniumpoloniumKimiaTiadaUnsur logam radioaktif dalam kumpulan VIA (atau 16) jadual berkala, simbol Po, nombor atom 84, berat atom 210, nombor pengoksidaan +4, takat lebur 254°C, takat didih 962°C, dan isotop radioaktifnya yang paling stabil, iaitu Po-209, mempunyai setengah hayat 103 tahun. Logam ini diperoleh secara semula jadi daripada bijih uranium atau pembedilan bismut dengan neutron. Polonium digunakan sebagai sumber sinar alfa dan neutron serta sumber tenaga.
seleniumseleniumKimiaTiadaUnsur bukan logam dalam kumpulan VIA (atau 16) jadual berkala, simbol Se, nombor atom 34, berat atom 78.96, nombor pengoksidaan +4, takat lebur 217°C, takat didih 685°C, berbentuk serbuk amorfus merah, larut di dalam asid nitrik pekat dan alkali, dan terdapat enam isotop yang stabil. selenium terdapat semula jadi sebagai selenida logam berat, dan diperoleh sebagai hasil sampingan dalam pemprosesan bijih sulfida dan kuprum. Unsur ini digunakan untuk membuat peranti elektronik seperti fotosel, bateri suria, dan sebagai mangkin dan pewarna kaca.
sulphursulfurKimiaTiadaUnsur bukan logam dalam kumpulan VIA (atau 16) jadual berkala, simbol S, nombor atom 16, berat atom 32.06, r ombor pengoksidaan ‒2, +2, +4 dan +6, takat lebur 199°C (hablur monoklinik) dan 112.8°C (hablur rombus), takat didih 444°C (hablur rombus), bentuk alotrop berhablur (monoklinik dan rombus) atau alotrop serbuk amorfus berwarna kuning, larut di dalam karbon disulfida, karbon tetraklorida dan benzena tetapi tidak larut di dalam air dan terdapat empat isotop yang stabil. sulfur terdapat semula jadi dalam batu sulfur, atau bijih seperti galena, zink blend, pirit besi, pirit tembaga dan sinabar. Sulfur tulen diperoleh secara peleburan dan pemejalwapan batu sulfur. Unsur ini digunakan untuk membuat racun kulat, serbuk letupan, asid sulfurik, karbon disulfida, baja dan digunakan juga dalam pemvulkanan getah dan dalam perusahaan kertas. Nama umumnya ialah batu belerang.
telluriumteluriumKimiaTiadaUnsur bukan logam dalam kumpulan VIA (atau 16) jadual berkala, simbol Te, nombor atom 52, berat atom 127.6, nombor pengoksidaan +2 dan +4, takat lebur 450°C, takat didih 990°C, berbentuk pepejal relap, berwarna putih, mempunyai ciri-ciri logam, beracun, larut di dalam asid sulfurik, asid nitrik, larutan kalium hidroksida dan larutan kalium sianida tetapi tidak larut di dalam air, dan terdapat lapan isotop yang stabil. Telurium diperoleh secara penurunan telurik oksida dengan sulfur dioksida. Unsur ini digunakan sebagai mangkin, agen pewarna kaca dan seramik dan digunakan dalam peranti termoelektrik dan aloi.

Kembali ke atas