Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : vi bersaing: the two teams are vying for the championship, kedua-dua pasukan itu bersaing utk merebut kejuaraan; politicians vying with one another to gain popularity, ahli-ahli politik yg bersaing antara satu sama lain utk mendapatkan kepopularan. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata vie


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PIAF, EDITH

Piaf, Edith (1915–1963), penyanyi dan penari

kabaret Perancis, yang terkenal dengan lagu cinta

kecewa seperti ‘La Vie En Rose’ dan ‘Non, Je Ne

Regrette Rien’.

Dia lahir di Paris dengan nama asal Edith

Gassion, anak perempuan seorang ahli akrobat

yang terkemuka. Setelah ditinggalkan oleh ibunya

ketika masih kecil, dia menjadi penyanyi jalanan

ketika berusia 15 tahun. Pada tahun 1935, wanita

muda tersebut mendapat nama baru iaitu Piaf

(yang bermaksud ’burung ciak’), yang diberikan

oleh seorang pemilik kelab malam. Pada lewat

tahun 1930-an, dia muncul di pentas dalam filem

arahan Jean Cocteau berjudul Le Bel Indifferent

dan beberapa filem lain, termasuklah French-

Cancan yang diterbitkan oleh Jean Renoir.

UMUM 
WING KARDJOWING KARDJO (1937-    ), penyair Indonesia. Dia lahir pada 23 April 1937 di Garut, Jawa Barat, Indonesia.  Dia pernah menggunakan nama Kardjo Wangsaatmadja dalam karyanya. Dia mempunyai pendidikan B-1 Bahasa Perancis di Jakarta (1959), Diploma  de Litterature Francaise dari Universiti Sorbonne, Paris (1965), dan tamat Jurusan Sastera Perancis Fakultas Sastera Universitas Panjadjaran, Bandung (1973).  Pada tahun 1981, dia meraih gelaran Doktor dari Universiti Paris VII, Perancis, dengan  disertai yang berjudul Sitor Situmorang: a vie et I’oeuvre d’un poete Indonesien (Sitor Stumorang: Kehidupan dan Karya Seorang Penyair Indonesia).SASTERATokoh

Kembali ke atas