Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[vi.rus] | ۏيروس

Definisi : 1. sj kuman yg lebih halus drpd bakteria yg boleh menyebabkan penyakit pd manusia, haiwan, atau tumbuhan; 2. (Komp) atur cara asing yg menerobosi sesuatu sistem komputer sehingga dapat mengganggu, mengubah, me­rosakkan, atau memusnahkan maklumat yg ter­simpan di dlm sistem berkenaan; 3. ki pengaruh yg buruk, jahat, atau merosakkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[vi.rus] | ۏيروس

Definisi : kehidupan seni yg menyebabkan penyakit dan menularkannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata virus


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LEPUH SEJUK

Lepuh sejuk ialah gugusan lepuh kecil yang

disebabkan oleh virus yang dinamakan virus

herpes simpleks . Lepuh sejuk boleh berlaku

di mana-mana sahaja pada badan. Walau

bagaimanapun, kebanyakannya kelihatan pada

muka, terutamanya pada mulut atau berhampiran

mulut. Dalam banyak kes, ia terjadi apabila

seseorang itu mendapat selesema atau demam.

UMUM 
DEMAM KUNING

Demam kuning ialah penyakit virus yang

dibawa oleh nyamuk tertentu. Virus ini

merosakkan banyak tisu badan, khususnya hati dan

ginjal. Akibat kerosakan ini, pembuangan air kencing

berkurangan, hati tidak dapat berfungsi dengan

baik dan pigmen hempedu kuning berkumpul

dalam kulit.

UMUM 
BAKTERIOFAJVirus yang menjangkiti bakteria dan lebih dikenali sebagai faj.KEJURUTERAANProses/Tindak Balas
MIKSOMATOSIS

Miksomatosis ialah virus penyakit yang telah

diperkenalkan di Australia oleh CSIRO (Organanisasi

Penyelidikan Saintifik dan Industri Komanwel) untuk

mengawal bilangan arnab Eropah.

UMUM 
RIKETSIA

Riketsia adalah mana-mana satu daripada

sekumpulan mikroorganisma yang menyebabkan

penyakit berjangkit tertentu pada manusia. Riketsia

pernah dikelaskan sebagai virus tetapi kini

dianggap sebagai sejenis khas bakteria. Ia berbeza

daripada kebanyakan bakteria dengan dua cara. Ia

lebih kecil, dan seperti virus, ia tidak boleh

membiak di luar sel hidup.

UMUM 
PNEUMONIA

Pneumonia ialah sejenis penyakit paru-paru

disebabkan oleh inflamasi (keradangan). Hampir

semua kes pneumonia berpunca dari jangkitan virus,

bakteria, kulat atau lain-lain mikrob. Hanya sedikit

sahaja kes yang disebabkan oleh reaksi alahan atau

tersedut bahan kimia yang merengsa. Rencana ini

akan membincangkan tentang pneumonia yang

disebabkan oleh virus dan bakteria.

UMUM 
AIDS

AIDS ialah peringkat akhir jangkitan yang

mengancam nyawa akibat virus kurang daya tahan

(HIV). AIDS ialah akronim bagi sindrom kurang daya

tahan penyakit. Nama ini merujuk kepada hakikat

bahawa HIV merosakkan dengan teruk sistem imun

melawan penyakit pada pesakit. Kes AIDS pertama

kali dikenal pasti pada tahun 1981 di Amerika

Syarikat, tetapi penyelidik telah mengesan kes ini

seawal tahun 1959. Berjuta-juta kes AIDS telah

didiagnosis di seluruh dunia.

UMUM 
POLIOMIELITIS

Poliomielitis juga dikenali sebagai polio ialah

jangkitan yang serius disebabkan oleh virus.

Penyakit ini kadangkala dikenali sebagai lumpuh

infantil kerana ia boleh menyerang bayi atau

kanak-kanak dan menyebabkan kelumpuhan. Pada

masa dahulu, wabak polio biasa terjadi dan sangat

ditakuti kerana penyakit ini menyebabkan ramai

mangsanya lumpuh seumur hidup. Walau

bagaimanapun, pada tahun 1950-an, vaksin

melawan penyakit ini telah diperkenalkan. Sejak

itu, polio hampir dibasmi di negara maju.

UMUM 
MIELITIS

Mielitis ialah keradangan saraf tunjang atau

sumsum tulang dan selalunya disebabkan oleh

virus atau jangkitan lain. Poliomielitis ialah satu

bentuk mielitis. Bentuk lain termasuk sklerosis

berbilang dan penyakit anjing gila. Gejala

penyakit mielitis selalunya termasuk

sakit belakang dan lumpuh.

UMUM 
SABIN, ALBERT BRUCE

Sabin, Albert Bruce (1906–1993), penyelidik

perubatan Amerika, yang menghasilkan vaksin

polio secara oral. Vaksin Sabin terdiri daripada

virus yang telah dilemahkan yang menyebabkan

polio. Ia melindungi badan daripada polio tanpa

menyebabkan penyakit.

UMUM 
12

Kembali ke atas