Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[vi.rus] | ۏيروس

Definisi : 1. sj kuman yg lebih halus drpd bakteria yg boleh menyebabkan penyakit pd manusia, haiwan, atau tumbuhan; 2. (Komp) atur cara asing yg menerobosi sesuatu sistem komputer sehingga dapat mengganggu, mengubah, me­rosakkan, atau memusnahkan maklumat yg ter­simpan di dlm sistem berkenaan; 3. ki pengaruh yg buruk, jahat, atau merosakkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[vi.rus] | ۏيروس

Definisi : kehidupan seni yg menyebabkan penyakit dan menularkannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata virus


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
herpes virusvirus herpesAIDSTiadaSekumpulan virus yang terdiri daripada virus herpes simpleks, virus varisela-zoster, virus Epstein-Barr, sitomengalovirus, virus herpes manusia VI, VII, dan VIII.
encrypted virusvirus tersulitTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerVirus komputer yang kodnya disulitkan oleh pencipta virus. Virus jenis ini akan merumitkan pengesanan oleh perisian antivirus dan sistem pengesan pencerobohan kerana pola yang sering berubah serta sukar diramal.
helper virusvirus pembantuBioteknologiTiadaVirus yang menginfeksi sel yang telah di infeksi oleh virus cacat. Virus ini menyumbangkan sesuatu yang membolehkan virus cacat tersebut berganda.
self-garbling virusvirus swaherotTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerVirus yang tersembunyi daripada perisian antivirus dengan mengherotkan susunan atur caranya supaya berlainan dengan tandatangan virus yang digunakan untuk mengecami virus berkenaan. Virus ini mempunyai atur cara khas yang mengandungi algoritma penyusunan bit untuk proses herotan. Algoritma penyusunan bit ini juga akan digunakan untuk mengembalikan virus ke bentuk asal sebelum proses jangkitan.
respiratory syncytial virusvirus sinsitium pernafasanPerubatanTiadaParamiksovirus yang menyerupai virus influenza. Virus ini mengakibatkan epidermis penyakit pernafasan akut yang berlaku lebih teruk pada kanak-kanak; kanak-kanak itu seterusnya mengalami bronkopneumonia dan bronkiolitis. Virus ini diberi nama demikian kerana ia mengakibatkan pembentukan sinsitium, iaitu sel gergasi berbilang nukleus pada kultur sel.
self-encrypting virusvirus swasulitTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerVirus swaherot yang menggunakan algoritma penyulitan bersama kekunci yang berubah pada setiap kali jangkitan. Virus ini mengubah kandungannya agar berlainan dengan tandatangan virus yang dikenali. Virus ini akan menggunakan kekunci penyulitan yang sentiasa berubah supaya bentuk virus yang tersulit sentiasa berlainan dan seterusnya menggagalkan usaha perisian antivirus yang mengumpul tandatangan virus yang baru.
virusVirusTeknologi MaklumatTiadaAtur cara hasad yang mampu membiak dan berpindah dari satu komputer ke komputer lain. Atur cara yang dijangkiti virus tersebar ke komputer lain melalui peranti storan, rangkaian dan lampiran emel. Virus boleh dibenam dalam perisian atur cara, skrip atau makro yang direka bentuk untuk infeksi, membuat kerosakan, mengubahsuai atau menyebabkan pelbagai masalah kepada sistem komputer. Jangkitan virus ke dalam komputer boleh dicegah melalui pemasangan perisian anti virus. Contoh virus adalah seperti virus Concept yang menjangkiti fail Microsoft Word dan virus Laroux yang menjangkiti fail Microsoft Excel. Sinonim virus komputer.
virusvirusTeknologi MaklumatPerisianSejenis kod hasad yang menjangkiti fail atau atur cara dalam sistem komputer apabila komputer dijalankan. Virus biasanya mempunyai muat beban yang boleh mengganggu kestabilan sistem komputer seperti memadam fail, menggunakan kuasa CPU komputer dan mencuri maklumat pengguna. Pengatur cara virus biasanya menyebarkan virus melalui mel elektronik. Aplikasi antivirus sangat penting untuk melenyapkan atau mengasingkan virus yang telah menjangkiti sistem komputer. Virus pertama yang ditemui ialah virus sektor but yang disebut Brain. Virus lain yang berbahaya ialah virus CIH atau Chernobyl.
virus checkerpenyemak virusTeknologi MaklumatPerisianAplikasi yang digunakan untuk mengesan dan menghapuskan virus dari sistem komputer. Penyemak virus biasanya memeriksa fail, atur cara dan storan mudah alih seperti pemacu jari. Proses penyemakan ini berasaskan tandatangan unik setiap virus yang telah dikesan sebelum ini. Oleh yang demikian, pengguna perlu selalu mengemas kini tandatangan penyemak virus supaya dapat mengesan virus terkini. Selain menghapuskan virus, penyemak ini juga boleh mengasingkan virus supaya virus tersebut tidak merebak ke tempat lain. Contohnya, AVG, Norton Antivirus, Karspersky dan ClamAV.
zoo viruszoo virusTeknologi MaklumatTiadaTapak web yang menyimpan koleksi virus Internet. Virus dikurung dalam persekitaran terasing untuk tujuan latihan dan penyelidikan antivirus. Zoo virus tidak boleh didapati di luar daripada makmal syarikat antivirus. Laman ini diharamkan oleh sesetengah negara.
12345678910...

Kembali ke atas