Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[vi.sa] | ۏيسا

Definisi : kebenaran yg berupa cap pengesahan rasmi pd pasport seseorang yg membolehkannya me­masuki atau melalui negara asing yg memberi­kan kebenaran itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[vi.sa] | ۏيسا

Definisi : 1 kebenaran utk keluar dr atau masuk ke sesebuah negara. 2 tandatangan yg menyatakan mengetahui atau menyetujui. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata visa


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
visa ketibaan, visa arrivalvisa ketibaanLain-lain04.06.2008
Salam. Apakah terjemahan yang sesuai untuk Working Holiday Visa? Terima kasihWorking Holiday Visa boleh diterjemahkan kepada Visa Percutian Bekerja, iaitu permit kediaman yang membolehkan pelancong melakukan pekerjaan (dan kadang-kadang belajar) di negara yang mengeluarkan visa untuk menambah dana perjalanan mereka. Walau bagaimanapun dalam konteks negara kita, sila rujuk Jabatan Imigresen untuk mendapatkan maklumat terperinci.Penyemakan dan penterjemahan26.12.2017
Miliki Kad Debit-i Bank Islam Visa Konfederasi Hoki Malaysia hari iniUntuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui laman web kami www.dbpsahbahasa.my.Lain-lain26.07.2017
Saya memerlukan pertolongan penterjemah (Bhs Melayu-Bhs Inggeris). Dokumen yang perlu diterjemah adalah Sijil Perkahwinan. Ini adalah untuk aplikasi visa ke New Zealand. Adakah orang yang boleh tolong saya? Saya perlu tahu berapa lama and berapa kos untuk perkhidmatan ini. Terima Kasih/Coco

Khidmat Nasihat Bahasa tidak menangani Khidmat terjemahan seperti yang diperlukan. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia di talian 03-21424381 (Suzana) atau e-mel www.terjemah@tm.net.my. Urusan tentang terjemahan termasuklah jumlah bayaran yang dikenakan boleh berbincang dengan Puan Suzana atau Puan Saodah.

 

Lain-lain06.07.2011
I have an enquiry on translation services for 2 Malaysian Birth Certificates. The translation is required in relation to an application for a spouse visa and must be certified. Generally, the birth certicates have both English and Bahasa Malaysia headers/title. However, there are words provided below which require a translation and certification:- Words with no English translation on the birth certificate:- Perempuan, Maklumat tidak diperolehi, warganegara, Tiada, maklumat tidak berkenaan, tahun, Belum ditentukan, Tiada 1. Does DBP offer translation service with a certification? 2. How long will it take to translate the documents? 3. What is the fee fpr translation? Thank you.Untuk mendapatkan terjemahan daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris yang disahkan dengan sijil, tuan bolehlah hubungi Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) di talian 03-41451800 atau Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) di talian 03 - 21442506/21424381Lain-lain19.08.2014
Saya ingin tahu di mana kah saya harus membuat penterjemahan dokumen perjalanan ( Paspot ) Antarabangsa dari Bahasa Malayu/Inggeris ke Bahasa Arab? Pada masa sekarang saya sedang bekerja di Libya dan untuk mendapatkan visa, saya harus memperjemahkan dokumen perjalanan ke bahasa arab. Boleh ke pihak tuan memberi arahan ataupun panduan untuk mendapatkan penterjemahan. Sekian terima kasihSila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia, nombor telefon 03-21424381 atau Institut Terjemahan  Negara Malaysia, nombor telefon 03-41497210 untuk mendapatkan khidmat yang diperlukan.Lain-lain30.09.2009

Kembali ke atas