Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[vi.si] | ۏيسي

Definisi : tanggapan dan pandangan yg jauh dan men­dalam, terutamanya yg berkaitan dgn perkem­bangan masa depan dsb, wawasan: pemimpin yg mempunyai keperibadian yg utuh serta ~ dlm kepimpinan; Pak Arena menganggap ~ itu penting dlm penulisan sebab tanpa ~ seseorang tidak boleh menjadi penyair, tidak boleh menjadi seniman; bervisi mempunyai visi: pemimpin negara yg ~ tinggi dan jauh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata visi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SITTING BULL

Sitting Bull (1834?–1890) ialah dukun dan

pemimpin Orang Asli Amerika Hunkpapa Sioux

yang terkenal. Banyak orang yang menyangka

bahawa dialah yang mengetuai Orang Asli dalam

pertempuran Little Bighorn di Montana pada

25 Jun 1876. Dalam pertempuran ini, Leftenan

Kolonel George Custer meninggal dunia.

Sebenarnya, Sitting Bull bertindak hanya sebagai

dukun utama dalam persediaan menghadapi

pertempuran tersebut. Pada tahun sebelumnya,

dia menerima visi bahawa semua musuh akan

jatuh ke tangannya. Pada musim bunga tahun 1876,

Sitting Bull mengetuai tarian matahari sambil

memberitahu Orang Asli supaya mengubah cara

mereka berperang. Daripada menunjuk-nunjuk

untuk membuktikan keberanian mereka hendaklah

berlawan untuk, membunuh, atau tanah mereka

akan jatuh ke tangan orang kulit putih. Taktik baru

ini membawa kepada terhapusnya Custer dan

tenteranya.

UMUM 
PLOTINUS

Plotinus (205?–270?) merupakan pengasas ilmu

falsafah Yunani yang dikenali sebagai

Neoplatonisme . Dia mengembangkan

Neoplatonisme berdasarkan falsafah Plato (lihat

Neoplatonisme ). Plotinus menyatakan bahawa

dunia kebendaan adalah tidak benar, politik

merupakan sesuatu yang remeh-temeh, tubuh

adalah penjara sementara bagi rohani dan

kehidupan ini adalah pengembaraan melalui

khayalan. Kebenaran berada jauh sendirian dalam

kesempurnaan. ‘ The One’ merupakan suatu

sumber untuk semua kebenaran, kebaikan dan

keindahan. Plotinus menyatakan bahawa jiwa yang

suci akan dapat kembali ke sana. Kadangkala ia

kembali sebagai suatu yang menakjubkan.

Plotinus percaya dia pernah mengalami visi

tersebut.

UMUM 

Kembali ke atas