Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[vi.si] | ۏيسي

Definisi : tanggapan dan pandangan yg jauh dan men­dalam, terutamanya yg berkaitan dgn perkem­bangan masa depan dsb, wawasan: pemimpin yg mempunyai keperibadian yg utuh serta ~ dlm kepimpinan; Pak Arena menganggap ~ itu penting dlm penulisan sebab tanpa ~ seseorang tidak boleh menjadi penyair, tidak boleh menjadi seniman; bervisi mempunyai visi: pemimpin negara yg ~ tinggi dan jauh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata visi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
anagogic visionvisi anagogikKesusasteraanTiadaPersepsi berlapis yang digunakan oleh pengarang untuk menyatakan fikiran dan perasaannya pada paras yang pelbagai dan serentak. Persepsi atau pentafsiran mendedahkan makna yang tertinggi, iaitu makna rohaniah atau mistik di sebalik teks. Menurut Flannery O�Connor, visi anagogik merupakan suatu visi yang harus dimiliki atau dibina oleh pengarang untuk menambah makna teksnya. Menurut O. Connor, visi inilah yang dapat memperlihatkan pelbagai paras realiti dalam suatu imej atau situasi.
literal visionvisi literalKesusasteraanTiadaParas makna dan mod persepsi yang digunakan oleh pengarang untuk mentafsir dan mengarang karya sastera. Visi literal merujuk kepada paras makna denotatif dalam penggunaan sesuatu perkataan. Contohnya, dalam ayat, �dia makan rambutan�, kata nama rambutan merujuk kepada sejenis buah semata-mata.
visionvisiPentadbiranPentadbiran Awam,

 Lihat wawasan.

tragic visionvisi tragediKesusasteraanTiadaTiada
comic visionvisi komediKesusasteraanTiadaTiada
character�s spinetunjang watakKesusasteraanTiadaVisi dan misi watak yang mendasari tema drama. Salah satu kaedah pengarah dan pelakon menginterpretasi peranan watak.
charismatic leaderpemimpin karismaPentadbiranTiadaPemimpin yang mempunyai ciri-ciri seperti visi, daya usaha, iltizam, peribadi unggul, dan ejen perubahan untuk mempengaruhi.
visioning workshopbengkel wawasanPentadbiranTiadaBengkel yang diadakan dalam fasa perancangan konsep untuk membina visi bersama dengan pihak berkepentingan bagi menggambarkan hala tuju organisasi sebelum perancangan kaedah pelaksanaan.
policy paperkertas dasarKomunikasiKorporatMaklumat bertulis mengenai sesuatu isu atau persoalan yang mewakili falsafah, misi, visi, undang-undang, peraturan, dan catatan keseluruhan aktiviti sesebuah organisasi. Maklumat bertulis ini berfungsi sebagai alat menjelaskan proses perancangan, pergerakan, dan tindakan sesebuah organisasi mengenai isu atau persoalan yang melibatkan kepentingan organisasi berkenaan.
manifestomanifestoSains PolitikPolitik PerbandinganKenyataan bertulis yang dikeluarkan oleh sesebuah organisasi atau parti politik bagi menyatakan visi, hasrat, motif atau pandangan organisasi tersebut. Lazirnnya manifesto dikeluarkan oleh sebuah parti politik ketika menghadapi pilihan raya yang bertujuan untuk meyakinkan orang ramai akan matlamat perjuangannya. Manifesto mencirikan semua matlamat dan program parti secara terperinci dan membayangkan bentuk kerajaan yang akan ditubuhkan sekiranya mereka berkuasa. Contohnya, manifesto Barisan Nasional yang menonjolkan kejayaan pemerintahannya di samping kepentingan pengekalan kestabilan dan menolak cubaan perubahan.
12345

Kembali ke atas