Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[vi.ta.min] | ۏيتامين

Definisi : bahan organik yg sangat penting yg diperlukan oleh badan dgn jumlah yg kecil dan berperanan dlm pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit; jenis-jenisnya: A, B kompleks, B1, B2, C, dll; ~ A sj vitamin larut lemak yg diperlukan utk pertumbuhan normal, pencegahan penyakit rabun malam, dll (banyak terdapat dlm minyak ikan, hati, telur, susu, dll); ~ B1 salah satu vitamin B kompleks yg kekurangannya menye­babkan penyakit beriberi; ~ B2 salah satu vitamin B kompleks yg kekurangannya me­nyebabkan penyakit pelagra; ~ B12 salah satu vitamin B kompleks yg kekurangannya menyebabkan sj penyakit anemia; ~ B kompleks sekumpulan vitamin larut air yg terdiri drpd vitamin B1, B2, B6, B12, dll (banyak terdapat dlm bijirin, yis, hati, dll); ~ C sj vitamin larut air yg kekurangannya boleh menyebabkan penyakit skurvi (banyak ter­dapat dlm buah-buahan sitrus spt oren dan sesetengah sayuran); ~ D sj vitamin larut lemak yg kekurangannya boleh menyebabkan penyakit riket pd kanak-kanak dan kelembutan tulang pd orang dewasa (banyak terdapat dlm minyak ikan, mentega, kuning telur, dll); ~ K sj vitamin larut lemak yg diperlukan utk mening­katkan daya penggumpalan pembekuan) darah semasa berlakunya perdarahan (terdapat dlm kubis, bayam, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[vi.ta.min] | ۏيتامين

Definisi : zat yg terdapat dlm bahan-bahan makanan dan sangat penting utk tubuh: Limau kaya dgn ~ C, manakala betik kaya dgn ~ A. ~ A vitamin larut lemak yg banyak terdapat dlm minyak ikan, telur, susu, hati, dll, yg diperlukan dlm tubuh utk pertumbuhan normal, mencegah penyakit rabun malam dll. ~ B kompleks sekumpulan vitamin larut air yg terdiri drpd vitamin B1, B2, B6, B12, dll, yg banyak terdapat dlm bijirin, yis, hati, dll. ~ C vitamin larut air yg banyak terdapat dlm buah-buahan sitrus spt oren, limau, dan sesetengah sayuran (kekurangan vitamin ini boleh mengakibatkan penyakit skurvi). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata vitamin


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
water-soluble vitaminvitamin larut-airKimiaBiokimiaVitamin yang larut di dalam air, dan terdiri daripada kumpulan vitamin B, iaitu vitamin B1, vitamin B2 dan vitamin B12.
vitamin Bvitamin BVeterinarTiadaVitamin yang terdiri daripada pelbagai jenis sebatian dan lazimnya disebut sebagai vitamin B kompleks. Vitamin ini larut dalam air dan banyak terdapat di dalam yis, hati, susu serta sayur-sayuran. Vitamin B yang utama ialah tiamina (vitamin B1), riboflavin (vitamin B2), piridoksina (vitamin B6), dan kobalamina (vitamin B12). Sebatian lain yang tergolong dalam vitamin B ialah asid nikotinik, asid pantotenik, biotin dan asid lipoik.
vitamin Kvitamin KPerubatanTiadaVitamin larut lemak yang terbit daripada naftokuinon dan terdiri daripada dua bentuk utama, iaitu vitamin K dan vitamin K2. Vitamin K1 banyak terdapat di dalam rumput alfalfa, kubis dan bayam, manakala vitamin K2 pula banyak terdapat di dalam ikan. Vitamin K diperlukan untuk sintesis trombin, dan kekurangannya menghindar sintesis protrombin oleh hati, dan dengan itu menjejaskan daya penggumpalan darah; kekurangan daya penggumpalan darah ini mengakibatkan perdarahan, terutamanya pada bayi pramatang, dan pada pesakit yang mengalami penyakit hati.
vitamin Kvitamin KMakanan dan PemakananPemakananVitamin larut lemak yang terhasil daripada naftokuinon dan terdiri daripada dua bentuk utama, iaitu vitamin K1, dan vitamin K2. Vitamin K1 banyak terdapat dalam hati, sayur berdaun hijau, kubis, dan bakteria sintesis dalam usus. Vitamin K2 pula banyak terdapat dalam ikan. Vitamin K diperlukan untuk sintesis trombin, dan kekurangannya dapat menghindari sintesis protrombin oleh hati, dan seterusnya menjejaskan daya pengumpulan darah. Kekurangan daya pengumpulan darah ini boleh menyebabkan perdarahan, terutamanya pada bayi pramatang.
vitaminvitaminKimiaTiadaSebatian organik yang diperlukan oleh badan pada kadaran yang kecil dan penting untuk pertumbuhan normal, pencegahan penyakit, dan pengawalan kesihatan badan. Vitamin tidak dapat disintesis oleh badan, kecuali vitamin D. Oleh itu, vitamin perlu diperoleh daripada sumber lain, terutama daripada makanan. Vitamin tidak menghasilkan tenaga, sebagaimana yang dihasilkan oleh karbohidrat dan lemak, dan tidak pula membentuk unit binaan untuk pembesaran, sebagaimana yang dilakukan oleh protein. Bagaimanapun, vitamin penting dalam pengubahan bentuk tenaga dan pengawalan metabolisme. Kekurangan vitamin boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Jenis vitamin yang diketahui ialah vitamin A, B, C, d, E, dan K.
vitamin D3vitamin D3Makanan dan PemakananPemakananSalah satu daripada jenis vitamin D. Nama lain vitamin D3 ialah koleskalsiferol. Vitamin ini biasanya disintesis dalam tubuh dengan bantuan cahaya matahari terhadap sejenis kolesterol yang dikenali sebagai 7-dehidrokolesterol. Sumber makanan bagi vitamin D3 ialah susu, marjerin dan bijirin yang diperkaya, kuning telur dan ikan yang berlemak.
vitaminvitaminVeterinarTiadaSebatian organik yang diperlukan oleh organisma hidup dalam kadar yang sangat sedikit untuk menyenggara kesihatan yang normal. Terdapat 14 jenis vitamin utama yang larut air, iaitu yang terdiri daripada sembilan vitamin B kompleks dan vitamin C, manakala yang larut lemak ialah vitamin A, D, E dan K. Kebanyakan vitamin B dan C terdapat pada tumbuhan, haiwan dan mikroorganisma. Vitamin penting dalam sistem fisiologi dan biokimia tubuh seperti enzim dan pengangkutan aktif dalam metabolisme tubuh.
cyanocobalaminesianokobalaminaVeterinarTiadaVitamin larut air yang tergolong dalam kumpulan vitamin B. Vitamin ini mengandungi satu atom kobalt dalam molekulnya dan disintesis oleh mikroorganisma. Sumber asli vitamin ini hanya diperoleh daripada haiwan. Vitamin ini berfungsi sebagai koenzim dalam beberapa tindak balas, termasuklah pengoksidaan asid lemak dan sintesis DNA. Vitamin ini juga bertindak bersama-sama asid folik (sejenis vitamin B) dalam sintesis asid amino meteonina dan diperlukan untuk pertumbuhan sel darah merah yang normal. Kekurangan vitamin boleh menyebabkan anemia, pertumbuhan menjadi sangat terencat dan boleh menyebabkan kematian. Pada ayam, kekurangan vitamin ini menyebabkan bulu menjadi berkurangan dan kadar penetasan yang rendah. Sumber utama vitamin ini diperoleh daripada hepar dan produk fermentasi. Sinonim vitamin B12, kobalamina.
vitamin Avitamin AVeterinarTiadaVitamin larut lemak dan tidak boleh disintesis oleh ternakan. Oleh itu, vitamin ini perlu dibekalkan dalam diet untuk keperluan ternakan. Vitamin ini diperlukan untuk pertumbuhan yang normal, pencegahan penyakit rabun malam dan penjagaan tisu epitelium. Biasanya, dedaun hijau merupakan pelopor vitamin A, terutamanya karoten, yang boleh ditukarkan kepada vitamin A dalam dinding usus dan hepar. Dalam haiwan, vitamin ini banyak terkumpul di dalam hepar. Vitamin ini juga diperoleh daripada sumber lain seperti minyak hati ikan kod dan halibut. Pengambilan vitamin A yang berlebihan boleh menyebabkan toksik yang dikenali sebagai hipervitaminosis A. Sinonim retinol.
vitamin Evitamin EVeterinarTiadaSejenis vitamin larut lemak yang berfungsi sebagai antioksidan yang penting dalam pernafasan sel. Vitamin ini berfungsi sebagai pengawal atur dalam sintesis DNA, vitamin C dan koenzim Q dan mengawal kestabilan asid lemak poli tak tepu. Vitamin ini juga boleh menjadi pengganti selenium. Kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan distrofi otot, merencatkan pembiakan, dan merencatkan kematangan sel pembiakan. Pada anak ayam, kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan ensefalomalasia. Sumber vitamin ini diperoleh daripada germa bijirin seperti gandum, rumput kering dan padi. Sinonim tokoferol.
12345678910...

Kembali ke atas