Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[vot] | ۏول ت

Definisi : (Fiz) unit tenaga elektrik yg diperlukan utk mengalirkan satu ampere arus elektrik melalui rintangan satu ohm. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[vot] | ۏول ت

Definisi : ist satuan tenaga elektrik yg diperlukan utk mengalirkan satu ampere arus elektrik melalui rintangan satu ohm. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata volt


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SINAR GAMA

Sinar gama ialah satu bentuk sinaran

elektromagnet yang sama dengan sinar-x. Sinar

gama mempunyai tenaga yang lebih tinggi dan

jarak gelombang yang lebih pendek daripada

sinar-x. Walau bagaimanapun, garis pemisah antara

kedua-dua bentuk sinaran ini tidak tertakrif dengan

jelas. Ahli sains biasanya menggunakan istilah sinar

gama bagi sinaran elektromagnet yang mempunyai

tenaga beberapa ratus ribu elektronvolt. Satu

elektronvolt ialah amaun tenaga yang diperlukan

untuk menggerakkan elektron di antara dua titik

beza keupayaan 1 volt (lihat Volt).

UMUM 
OHM

Ohm ialah unit yang digunakan untuk mengukur

rintangan terhadap laluan arus elektrik. Semua

bahan merintang aliran arus elektrik. Tetapi

sesetengah bahan merintang lebih kuat daripada

bahan-bahan lain. Bahan yang tidak banyak

merintang dinamakan pengalir . Bahan yang

banyak merintang dinamakan penebat. Rintangan

elektrik ( R ), diukur dalam ohm, bersamaan

dengan daya elektromotif ( E ) yang menghasilkan

arus elektrik, diukur dalam volt , dibahagi dengan

arus ( I ), diukur dalam ampere .

Ohm = volt atau R = E

ampere I

UMUM 
SIKLOTRON

Siklotron ialah mesin yang memecut zarah

atom bercas elektrik kepada tenaga tinggi. Ia

adalah sejenis pemecut zarah yang menjadikan

zarah bergerak berkeliling. Siklotron memecut

zarah yang berbeza-beza jisimnya daripada

proton hingga kepada nukleus berat. Kebanyakan

zarah mencapai tenaga dari 10 juta hingga 50 juta

elektron volt. Malah, beberapa zarah mencapai

tenaga yang lebih tinggi.

UMUM 

Kembali ke atas