Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[vol.tan] | ۏولتن

Definisi : (Fiz) beza keupayaan elektrik atau daya gerak elektrik (diukur dlm unit volt); ~ rendah voltan yg tidak melebihi 250 volt, digunakan utk membekalkan kuasa elektrik ke bangunan (kilang, rumah dsb); ~ tinggi voltan yg melebihi 650 volt, digunakan utk membekalkan kuasa elektrik dr pencawang ke pencawang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[vol.tan] | ۏولتن

Definisi : ist daya gerak elektrik atau beza keupayaan yg disebut dlm unit volt. ~ rendah voltan yg tidak melebihi 250 volt, digunakan utk membekalkan kuasa elektrik ke bangunan, kilang, rumah dsb. ~ tinggi voltan yg melebihi 650 volt, digunakan utk membekalkan kuasa elektrik dr pencawang ke pencawang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata voltan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
phase sequencejujukan fasaKejuruteraanTiadaTertib voltan-voltan fasa bagi sistem berbilang fasa mencapai nilai-nilai maksimumnya.
terminal voltagevoltan pangkalanTeknikElektrikVoltan atau beza upaya pada pangkalan sesebuah mesin, peralatan atau pemasangan setelah diambil kira susut voltan. Bagi penjana, voltan ini lebih kecil daripada voltan yang terjana pada angker mesin tersebut, sementara bagi motor, voltan ini lebih besar daripada voltan yang teraruh dalam angker mesin tersebut. Perbezaan voltan ini disebabkan susut voltan.
overvoltagevoltan lebihTeknikElektrikVoltan yang melebihi had voltan normal atau voltan biasa sesuatu litar atau beban. Voltan ini mungkin terjadi disebabkan pertambahan bekalan secara siri dengan litar, atau pertambahan volt dari sistem penghantaran atau penjanaan.
phase voltagevoltan fasaKejuruteraanTiadaVoltan di antara mana-mana talian dengan neutral bagi sistem tiga atau enam fasa. Sinonim: voltan ke neutral; voltan bintang; voltan Y.
Kirchoff’s lawhukum KirchoffFizikElektromagnet, Keelektrikan dan KemagnetanHukum asas tentang hubungan arus pada satu simpangan dengan voltan-voltan sekitar gelung tertutup dalam rangkaian elektrik.
breakdown voltagevoltan pecah tebatTeknikElektrik1., Nilai voltan yang melepasi penebatan atau voltan paling tinggi yang mampu ditahan oleh penebat sebelum voltan melepasinya. 2. Voltan yang diukur pada arus tertentu pada ketika diod separuh pengalir mengalami pecah elektrik. 3. Nilai voltan yang menyebabkan berlakunya pecah elektrik di dalam gas.
Johnson noisehingar JohnsonKejuruteraanTiada

1. Hingar yang dijana oleh perintang pada suhu di atas sifar mutlak. Sin hingar terma.

,2. Bunyi gorengan yang dihasilkan oleh voltan-voltan pengadukan terma yang dijana pada litar-litar penguat
stabilizationpenstabilanFizikElektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan1. Suap titik yang berlaku di dalam tiub vakum atau dalam tahap amplifier transistor untuk mengurangkan herotan dengan cara amplifikasi tidak bersandar kepada voltan-voltan elektrod dan pemalar tiub. 2. Perlakuan bahan magnet untuk memperbaik kestabilan sifat-sifat magnetnya.
double-current generatorpenjana arus kembarTeknikElektrikPenjana yang berupaya mengeluarkan kedua-dua jenis voltan, iaitu voltan arus terus dan voltan arus ulang-alik.
magnetic amplifierpenguat bermagnetTeknikElektrikPeranti yang mengawal voltan keluaran dengan menggunakan pengubah kawalan voltan arus terus. Apabila voltan arus terus ini diubah, kekuatan arus litar yang terkawal itu meningkat atau mengurang. Dengan itu, voltan keluaran juga turut terkawal. Penguat bermagnet digunakan, contohnya, di dalam litar penstabil voltan.
12345678910...

Kembali ke atas