Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata vvip


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. VIP & VVIP dalam Bahasa Malaysia 2. Apa perbezaan VIP & VVIP?1. VIP dalam bahasa Melayu ialah orang penting atau orang kenamaan. VVIP pula ialah tetamu kehormat utama.
2. VIP terdiri daripada golongan yang lebih penting daripada orang kebanyakan, manakala VVIP pula terdiri daripada golongan yang amat berpengaruh seperti kerabat diraja, ahli politik dan sebagainya.
Istilah15.12.2020
kehormat/ VVIPKetibaan Tetamu KehormatLain-lain28.07.2008
Apakah perkataan dalam Bahasa Melayu yang paling sesuai digunakan bagi mengantikan perkataan 'VVIP','VIP', dan 'Portluck?. Selain itu, apakah perbezaan ketara antara 'VVIP' dengan 'VIP'.?1. Istilah bahasa Melayu untuk "potluck" ialah juadah bawaan.
2. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=vip dan vvip">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=vvip .
Penyemakan dan penterjemahan01.03.2017
Sekiranya kami menjemput seorang sahaja tamu (VVIP) untuk menjadi orang yang berucap dalam satu Program Bual Bicara, apakah kata nama yang sesuai untuk beliau? adakah kata nama Pembual Bicara itu tidak sesuai? atau Panel? atau Tamu Bual Bicara? Pengucap Utama ? Terima kasihTetamu dalam program bual bicara masih digelar tetamu dan jika seorang VVIP yang diundang lazimnya yang diuar-uarkan sebagai tetamu istimewa.Istilah12.04.2013
Penggunaan "salutation" YBhg,, Yg Berhormat dan sebagainya didalam surat menyurat atau ucapan adalah diwajibkan. Bagaimana pula didalam aturcara program (brochure)? Terutamanya apabila senarai nama didalam program semuanya adalah VVIP (menteri, ahli korporat - Tan Sri, Dato, dll). Adakah wajib meletakkan "salutation" di setiap senarai nama individu?Dalam penulisan rasmi, bagi menunjukkan kesantunan berbahasa, kata sapaan wajib dimasukkan dengan gelaran kehormat individu. Untuk rujukan berkaitan kata sapaan, sila rujuk buku Protokol di Malaysia: Tradisi & Amalan (tulisan Moktar Haji Mohd. Tohar dan Ahmad Fawzi M. Basri, terbitan DBP).Tatabahasa12.11.2013
Penggunaan perkataan Dato' dan Datuk?.Untuk makluman tuan,sblum ini saya pernah berkhidmat di Pej Sultan Kelantan.Sememangnya kami amat mengutamaan Protokol dlm penggunaan perkataan/bahasa bg urusan surat menyurat dgn VVIP.Saya difahamkn,Darjah Kebesaran yg d'anugerahkan olh Sultan gelaranya adlah Dato' manakala anugerah dr Ketua Menteri spt Melaka & P/Pinang gelaranya adlah Datuk.Klu blh pihak tuan dpt membuat penyelarasan dengan pihak berkaitan dlm pengunaan gelaran/perkataan tersebut,memandangkan sumbangan/jasa perkhidmatan drpd penerima darjah adlah berbeza.Seseorang yg memberi sumbangan dgn sangup berkorban untuk negeri,rakyat dan negara perlu diangkat darjatnya berbanding dgn seseorg peniaga yg berjya dlm perniagaanya.Sekian,terima kasihUntuk makluman saudara kami maklum bahawa Dato' ialah gelaran kebesaran yang dianugerahkan oleh Sultan/Yang di-Pertuan Besar negeri-negeri Melayu. Manakala Datuk ialah gelaran kebesaran yang dianugerah oleh Yang di-Pertuan Agong (kerajaan Persekutuan) dan negeri-negeri yang tidak mempunyai sultan seperti Pulau Pinang dan Sabah. Pihak kami amat mengambil berat penggunaan gelaran ini dalam semua urusan yang berkaitan dengan gelaran ini. Walau bagaimanapun pihak media menyelaraskan penggunaan kedua-dua gelaran ini kepada Datuk sahaja bagi mengelakkan kekeliruan/kesilapan dalam penggunaan gelaran tersebut bagi mengatasi keperluan kerja mereka yang mendesak dan segera. Penyelarasan penggunaan gelaran ini dalam kalangan media adalah di luar bidang kuasa DBP.Karya10.12.2010
Nurfatihah Syalwiah Aug 29th, 11:27pm assalamualaikum saya fatihah wakil dari UTP Writing Group kami akan mengadakan karnival penulisan di Universiti Teknologi PETRONAS pada 28-29 September 2015 kami ingin menjemput Tuan Ketua Pengarah, YB Datuk Dr. Haji Awang sebagai VVIP program kami boleh saya tahu prosedurnya?Rujuk jawapan sebelumnya.Lain-lain29.08.2015
Nurfatihah Syalwiah Aug 29th, 11:27pm assalamualaikum Nurfatihah Syalwiah Aug 29th, 11:28pm saya fatihah wakil dari UTP Writing Group kami akan mengadakan karnival penulisan di Universiti Teknologi PETRONAS pada 28-29 September 2015 kami ingin menjemput Tuan Ketua Pengarah, YB Datuk Dr. Haji Awang sebagai VVIP program kami boleh saya tahu prosedurnya?Undangan boleh dikemukakan terus kepada Ketua Pengarah di alamat: Pejabat Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 KUALA LUMPUR. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pejabat Ketua Pengarah, melalui pembantu beliau Puan Norazlina Sakri, 03-21479011/azlina@dbp.gov.my.Lain-lain29.08.2015

Kembali ke atas