Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.ca.na] | وچان

Definisi : 1. keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan; 2. perbincangan atau pertukaran idea secara lisan: mereka mengadakan ~ ilmu; 3. kesatu­an fikiran yg utuh, sama ada dlm bentuk lisan (spt pidato, khutbah) atau tulisan (spt surat, artikel, novel, cerpen): kita merindui dunia subur kritikan sastera yg dibajai oleh pengetahuan tentang teori dan ~ sastera yg mendalam dan pembacaan karya sastera yg banyak; mewacanakan menjadikan sesuatu sbg wacana: para ilmuan cuba berbincang dan membuat analisis terhadap tajuk-tajuk yg dipilih utk diwacanakan secara objektif. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.ca.na] | وچان

Definisi : 1 sekumpulan ayat yg memperlihatkan satu kesatuan buah fikiran, fakta atau cerita. 2 perbincangan atau pertukaran idea secara lisan: Mereka mengadakan ~ ilmu. mewacanakan menjadikan sesuatu sbg wacana: Mereka berbincang ttg perkara yg akan diwacanakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wacana (kata nama)
1. Bersinonim dengan ucapan: perkataan, pertuturan, percakapan,

2. Dalam konteks pemikiran
bersinonim dengan pidato, khutbah, ceramah, syarahan surat, artikel, novel, cerpen.,



Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Siri Dialog Korporat dan Siri Wacana Tokoh - Wacana Ibnu Khaldun dalam Pemerkasaan Budaya dan Tamadun oleh Ustaz Uthman El-MuhammadyDewan Bahasa dan PustakaTiada2002 
Wacana Peradaban: Menjana modal insan Tiada2011978-983-44351-6-5
Wacana warisan, pelancongan dan seni dalam kearifan tempatanPenerbit Universiti Sains MalaysiaTiada2015978-983-861-926-4
Wacana penyelidikan bahasaKarisma PublicationsTiada2015 
Wacana Fikrah Ummah Ke 6/2015Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2015 
Wacana Lenggong dan Majlis Pelancaran Buku Terbitan DBP (2 Buku)Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2015 
Wacana Keputeraan Sultan KelantanDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2013 
Wacana Laga CendekiaDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2016 
Wacana Sastera Bicara Tokoh Ismail KassanDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2013 
Wacana Bahasa Melayu Wasiat Keenam Raja-Raja MelayuDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2017 
12345678910...

Kembali ke atas