Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.hai] | واهاي

Definisi : sr kata utk menyatakan rasa sedih (menarik perhatian, memperingatkan, dll): ~, tidak ada pertolongan lagi, tidak ada harapan lagi!; ~ kawan, berhati-hatilah sedikit! (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.hai] | واهاي

Definisi : kata seru utk menarik perhatian, menyatakan rasa sedih dll: ~ anak-anak muda, berhati-hatilah ketika memandu kereta! (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata wahai

Puisi
 

Sayang selasih pohonnya tinggi,
     Berdaun sehelai dimakan kuda;
Wahai kekasih hamba pergi,
     Ada umur berjumpa juga.


Lihat selanjutnya...(16)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Wahai,anakku sayang,jangan menangis lagi! Ayat ini betul tak?Jika tidak betul, Wahai menjadi apa?Ayat “Wahai anakku sayang, jangan menangis lagi!” betul. Perkataan “wahai” merupakan kata seru untuk menarik perhatian, menyatakan rasa sedih dan lain-lain.  Tatabahasa03.08.2022
Wahai ahli kitab!, "Mengapa..." Atau "Wahai ahli kitab, "Mengapa...' Tanda baca yang mana lebih tepat?Jawapan yang betul ialah "Wahai ahli kitab! Mengapa...?"Lain-lain18.11.2020
Assalamualaikum, Saya ingin bertanyakan penggunaan tanda baca yang sesuai bagi ayat terjemahan al-Quran. Soalan 1 Wahai hamba-hamba-Ku yang beriman, sesungguhnya bumi-Ku adalah luas, maka ikhlaskanlah ibadatmu kepada-Ku! Atau Wahai hamba-hamba-Ku yang beriman, sesungguhnya bumi-Ku adalah luas! Maka, ikhlaskanlah ibadatmu kepada-Ku. Soalan 2 Wahai sekalian manusia, tidakkah kalian bersyukur dengan kurniaan daripada Tuhan kalian? Atau Wahai sekalian manusia, tidakkah kalian bersyukur dengan kurniaan daripada Tuhan kalian! Soalan 3 Biasanya, ayat terjemahan al-Quran sangat panjang dan isi ayat agak meleret sehingga peletakan tanda baca menjadi sangat mengelirukan. Bolehkan pihak DBP ulaskan perkara ini dan berikan contoh bagaimana kami dapat menyelaraskan penggunaan tanda baca dalam kitab terjemahan al-Quran kami? Terima kasih.Penggunaan tanda baca yang tepat bagi ayat terjemahan al-Quran tersebut ialah:
1. Wahai hamba-hamba-Ku yang beriman, sesungguhnya bumi-Ku adalah luas, maka ikhlaskanlah ibadatmu kepada-Ku!
2. Wahai sekalian manusia, tidakkah kalian bersyukur dengan kurniaan daripada Tuhan kalian?

Manakala untuk soalan ketiga, penerbitan bahan yang mengandungi terjemahan ayat al-Quran, pihak kami akan merujuk kepada terjemahan al-Quran Pimpinan al-Rahman. Walau bagaimanapun, pihak puan boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada Yayasan Restu berkaitan hal ini. Sekian, terima kasih.
Lain-lain02.10.2020
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya tentang penggunaan tanda baca. Ayat dengan tanda baca yang manakah paling tepat? Jika salah, apakah alasannya? Wahai nabi Allah, berdoalah kepada Tuhanmu agar menurunkan hujan. Wahai Nabi Allah! Berdoalah kepada Tuhanmu agar menurunkan hujan. Wahai nabi Allah, berdoalah kepada Tuhanmu agar menurunkan hujan! P/s: Nabi yang dimaksudkan ialah Nabi Musa Terima kasih.Penggunaan tanda baca yang betul ialah: Wahai nabi Allah, berdoalah kepada Tuhanmu agar menurunkan hujan!Tatabahasa20.02.2020
{wahai / Hoi }anak-anakku,marilah kita makan bersama-sama! terima kasih.Wahai anak-anakku, marilah kita makan bersama-sama!Tatabahasa09.11.2012
"Wahai, Tuah! Pada pendapat (hamba / patik), eloklah kita berangkat sekarang,"kata Hang Jebat. Apakah jawapan yang paling sesuai? Tolong buat penerangan, terima kasihJawapan yang sesuai ialah: "Wahai, Tuah! Pada pendapat hamba, eloklah kita berangkat sekarang,"kata Hang Jebat.Tatabahasa01.04.2015
adakah tanda baca koma (,) atau titik bertindih (:) yang harus digunakan apabila ada dialaog. contohnya; Allah berfirman: “Wahai Iblis! Mengapakah engkau tidak bersama-sama mengikut malaikat yang sujud?!”. ATAU Allah berfirman, “Wahai Iblis! Mengapakah engkau tidak bersama-sama mengikut malaikat yang sujud?!”. Merujuk semakan tanda koma harus digunakan sebelum adanya dialog. sebelum tanda pembuka kata (") dan penutup kata (") dalam cakap ajukAllah berfirman, “wahai Iblis! Mengapakah engkau tidak bersama-sama mengikut malaikat bersujud?" Tatabahasa28.08.2020
Assalammualaikum 1.Apakah ada terdapat kesalahan dalam ayat berikut .....wahai anak-anak muridku semua... Terima kasihWaalaikumsalam WM WBT

Ayat tersebut mengandungi unsur lewah, iaitu perkataan "anak-anak" dan "semua" yang menunjukkan jamak. Ayat yang gramatis ialah "Wahai anak-anak muridku".
Tatabahasa08.04.2014
Golongan pemimpin yang berlagak angkuh daripada kaum Nabi Syuaib berkata, “Wahai Syuaib! Kami pasti mengusirmu dan orang yang beriman bersamamu dari negeri kami, kecuali jika engkau kembali kepada agama kami”. Nabi Syuaib berkata, “Adakah kami hendak mengikut agama kamu walaupun kami membencinya?” bagi petikan tersebut adakah perlukan tanda noktah di luar tanda petik lagi: Golongan pemimpin yang berlagak angkuh daripada kaum Nabi Syuaib berkata, “Wahai Syuaib! Kami pasti mengusirmu dan orang yang beriman bersamamu dari negeri kami, kecuali jika engkau kembali kepada agama kami”. Nabi Syuaib berkata, “Adakah kami hendak mengikut agama kamu walaupun kami membencinya?”.Penggunaan tanda baca yang betul:

Golongan pemimpin yang berlagak angkuh daripada kaum Nabi Syuaib berkata, “Wahai Syuaib! Kami pasti mengusirmu dan orang yang beriman bersamamu dari negeri kami, kecuali jika engkau kembali kepada agama kami." Nabi Syuaib berkata, “Adakah kami hendak mengikut agama kamu walaupun kami membencinya?” 
Ejaan10.09.2020
Maaf, saya masih keliru dengan tanda baca bagi ayat berikut: Ibn Abbas berkata, "Ketika turun ayat itu, nabi memanggil Ali dan Muaz. Katanya, 'Sesungguhnya telah turun ayat ini kepadaku, 'Wahai Nabi, Allah mengutusmu sebagai saksi kepada umatmu.' '' Ada yang kata, ada empat penutup kata pada hujung ayat kerana ada dua dialog dalam dialog, dan satu dialog biasa. Tanda bacanya akan jadi begini: Ibn Abbas berkata, "Ketika turun ayat itu, nabi memanggil Ali dan Muaz. Katanya, 'Sesungguhnya telah turun ayat ini kepadaku, 'Wahai Nabi, Allah mengutusmu sebagai saksi kepada umatmu.'' '' Mohon pencerahan pihak tuan/puan yang bijaksana.Merujuk buku Gaya Dewan (halaman 77), tanda petik tunggal digunakan dalam ungkapan yang telah diapit dengan tanda petik. Contoh: Ibn Abbas berkata, "Ketika turun ayat itu, nabi memanggil Ali dan Muaz. Katanya, 'Sesungguhnya telah turun ayat ini kepadaku, 'Wahai Nabi, Allah mengutusmu sebagai saksi kepada umatmu'."Ejaan20.09.2011
1234

Kembali ke atas