Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata wahid;


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ali meminta maaf daripada Wahid atau Ali meminta maaf kepada Wahid. Yang mana satukah yang betul dan tepat penggunaannya? Mohon penjelasan daripada pihak DBP untuk menjawab pertanyaan saya. Sekian, terima kasih.Ayat yang tepat ialah Ali meminta maaf daripada Wahid kerana perkataan daripada membawa maksud sendi kata yg menyatakan (menunjukkan) sumber atau punca sesuatu itu diperoleh.Tatabahasa23.07.2020
Fatimahwati Wahid Jul 11th, 1:59am As salam...ingin bertanya lagi. Yang mana satu betul.... pisang goreng atau goreng pisang? Adakah cara penggunaanya berbeza?Pisang goreng ialah pisang yang telah digoreng,iaitu sejenis makanan dan tergolong dalam kategori kata nama, contoh lain seperti ayam goreng, mi goreng, nasi goreng. Manakala goreng pisang merupakan perbuatan menggoreng pisang, iaitu memasak pisang dengan minyak.Tatabahasa11.07.2014
Fatimahwati Wahid Jul 7th, 1:50pm As Salam...ingin bertaya jika yg tertera di bawah ini adalah tepat. Adakah betul kupu-kupu itu butterfly dan rama-rama itu adalah moth dalam istilah Inggeris?Dalam data istilah, kupu-kupu ialah butterfly dan rama-rama ialah moth.Istilah07.07.2014
Zulhisam Wahid SAT 10:28AM Zulhisam Wahid Zulhisam Salam. Sy merupakan peminat tegar buku2 terbitan DBP. Sehingga kini, sy telah memiliki buku2 DBP lebih daripada seribu tajuk. Pernah menjadi rakan dewan & kini juga telah menjadi rakan DBP. Dengan menjadi Raman DBP pelbagai keistimewaan di war-warkan. Dukacita dalam terdekat ini, dalam mempromosi buku oleh Kedai Buku DBP mungkin terlepas pandang. Diskaun 20% hingga 30% diberi kepada pembeli buku DBP samarata dengan rakan DBP. Apa istimewa rakan DBP? Jika begitu tidak perlu war-warkan keistimewaan kalau kesamarataan ini. Ada penjual bukan DBP memberikan keistimewaan khusus buat kepada ahli kad sahaja. Pihak berkenaan di DBP tolong lihat-lihat perkara ini. Hargai sokongan orang-orang seperti saya. Jangan sejarah lama berulang atau ada penerbit telah gulung tikar. Moga pihak DBP terus maju dan jays.Kami ambil maklum pandangan tuan dan amat menghargai sokongan tuan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ketua Bahagian Komunikasi Korporat DBP, iaitu Tuan Haji Razali bin Che Mat melalui talian 03-2147 9464 atau e-mel razali3@dbp.gov.my.Lain-lain24.09.2016
Sumang Wahid MON 4:17PM Sumang Wahid Sumang Hi. Saya cuma ingin beritahu ada sedikit ralat dalam Activity Book English Year 3 SK. Unit 13, muka surat 82. Lajur 7 baris 2 (ke bawah) TWENTYSIX. Terima kasih.Selamat pagi. Terima kasih atas maklum balas yang diberikan. Pihak kami akan membuat pembetulan. Sekian, terima kasih.Lain-lain01.08.2016
Assalamualaikum, saya wahid.. Mahasiswa USIM.. Boleh ke saya nak dapatkan perkhidmatan.. Saya nak dapatkan senarai kata berkaitan FALAK..Waalaikumussalam. En. Wahid boleh melayari Pusat Rujukan Persuratan Melayu di http://prpm.dbp.gov.my/. Taip perkataan Falak di ruangan yang disediakan dan klik cari. Perkataan Falak ada tersenarai dalam Kamus Bahasa Melayu, kamus Bahasa Inggeris, Istilah Malaysia, Bahasa Sukuan dan Ensiklopedia. Sekian. Terima kasih.Lain-lain11.05.2017
perbezaan bahasa melayu: - bahasa kebangsaan - bahasa rasmi - bahasa perpaduan

Sila rujuk bahan ini:

Bahasa Melayu, pendidikan dan perpaduan kebangsaan | Zainal Abidin Abdul Wahid | Dewan Bahasa

Bahasa: satu cara mengukur perpaduan kebangsaan | Khemlani-David, Maya | Jurnal Dewan Bahasa

Lain-lain01.06.2008
Perkembangan arus globalisasi telah menyebabkan peranan Bahasa Melayu tersisish dalam pendidikan. Ramalkan masa depan pembentukan istilah Bahasa Melayu dalam negara ini.

Soalan sdr ini berkaitan dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarah/guru. Oleh hal yang demikian, soalan sdr tidak berkaitan dengan perkhidmatan KNDBP. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan supaya sdr membaca buku-buku seperti yang berikut:

30 tahun perancangan Bahasa Malaysia | Abdullah Hassan | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 1987 | 499.23 Abd | Terperinci

Bahasa Melayu baku dan perancangan bahasa | Awang Sariyan | Dewan Bahasa dan Pustaka | 1990

Warna dan suasana: perancangan bahasa Melayu di Malaysia | Awang Sariyan | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 2000

Bahasa dan globalisasi: cabaran terhadap perancangan bahasa Melayu | Puteri Roslina Abdul Wahid | Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu

Perancangan Bahasa Melayu dan Dasar Pendidikan Negara | Puteri Roslina Abdul Wahid | Dewan Masyarakat | 01/04/2005

 Sdr juga turut dipelawa menjadi Rakan Dewan yang menyediakan kemudahan seperti pinjaman dan rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP.

Lain-lain01.05.2008
salam...apa telah terjadi dengan peraduan HADIAH KARYA ILMIAH DBP 2009? Sampai sekarang saya masih menunggu..bagaimana dengan manuskrip yang saya hantar?terima kasih.Untuk makluman tuan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Hadiah Karya Ilmia 2009 telah disempurnakan pada 24 November 2011 di Dewan Dato' Hassan Ahmad, Menara DBP. Pemenang utama pertandingan ialah Puan Dr. Puteri Roslina binti Megat Abdul Wahid dan Encik Muhammad Fitri bin Sutriee.Lain-lain06.12.2012
Assalamualaikum. Harap tuan dapat membantu saya dalam persoalan tentang kata penguat. 1) kata penguat bebas - sangat amat sungguh. Teramat, tersangat sememangnyq betul, tetapi wujudkah tersungguh? 2)Bolehkah tersangat, teramat ini diletakkan di belakang kata adjektif berdasarkan sifat kata penguat bebas ini? 3)Tatabahasa Dewan. Edisi ketiga.Ms 411 berkenaan 2 unsur penguat boleh hadir berderetan. Justeru, adakah soalan ini betul? Anak-anak Pak Wahid semuanya sungguh sangat comel. Terima kasih tuan.1. Tidak wujud kata penguat bebas tersungguh.
2. Pola darjah penghabisan yang betul: ter- + amat/sangat + kata adjektif; amat/sangat/sungguh + kata adjektif + sekali. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 245.
3. Betul, dua unsur penguat boleh hadir berderetan sebelum kata adjektif.
Tatabahasa12.05.2015
12

Kembali ke atas