Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.jah] | واجه

Definisi : 1. air muka, muka paras, roman muka: ~ ibunya di rumah mula terbayang; ~nya sungguh-sungguh menyenangkan; 2. keada­an luaran (spt pemandangan dll), rupa atau keadaan (sesuatu) sebagaimana yg dapat dilihat: ~ kampung itu sudah berubah sekarang; sekiranya itu dapat memberikan nafas serta ~ baru, ia pasti menggembirakan; berwajah 1. mempunyai (menampakkan) wajah: ~ sedih (suka, lesu, dsb); 2. mem­punyai atau menampakkan wajah (rupa atau keadaan sebagaimana yg dapat dilihat): sesuai dgn struktur pembinaannya, dekor banglo ~ antik ini turut melahirkan imej sebagaimana yg dikehendaki oleh tuannya; buku lama ~ baru; berwajahkan menggunakan atau mempunyai sesuatu sbg wajah: masyarakat gempar apabila menjumpai ikan yg ~ manusia; mewajahi memberikan keadaan atau rupa luaran kpd: begitulah sastera hipermodenisme yg akan ~ sastera dunia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.jah] | واجه

Definisi : air muka; muka; paras: ~nya berseri-seri. berwajah 1 mempunyai atau menampakkan wajah (paras rupa, air muka dsb): ~ ceria. 2 mempunyai atau menampakkan keadaan luaran atau pemandangan sesuatu: Buku lama ~ baru. berwajahkah menggunakan atau mempunyai sesuatu sbg wajah: “Apakah benar kalian berani kerana benar?” tanya ketua makhluk ~ semut itu. mewajahi memberikan rupa atau keadaan luaran kpd: Pemandangan alam semula jadi yg indah ~ pulau legenda itu. perwajahan perihal atau proses menjadikan sesuatu berwajah: ~ yg menarik telah dirancang utk iklan bagi menarik pelancong. pewajahan perihal atau perbuatan memberikan wajah kpd sesuatu; proses mewajahi sesuatu: ~ merupakan salah satu usaha penting dlm mereka bentuk kulit majalah tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wajah (kata nama)
1. Bersinonim dengan muka: paras, rupa, roman muka, tampang muka, bentuk muka, raut muka, air muka,

2. Bersinonim dengan keadaan luaran: rupa, bentuk.,


Puisi
 

Sampan kolek di Pulau Jemaja,
     Pulau Sibu tempat bayangan;
Wajah yang molek ditatap saja,
     Hati yang satu digadai jangan.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Serupa bulan penuh.

Bermaksud :

Kecantikan wajah seseorang wanita. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai bulan empat belas).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
pathosn kehibaan: faces full of sadness and ~, wajah-wajah yg penuh kesedihan dan kehibaan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
woefuladj 1. very sad, sedih, duka: the ~ faces of the refugees, wajah-wajah sedih orang pelarian; ~ tidings, berita-berita sedih;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
scan2. look at closely, meneliti, mengamati: he ~ned the faces of those passing by, hoping to find the missing girl, dia meneliti wajah-wajah mereka yg lalu, dgn harapan dapat menemui gadis yg hilang itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
transfigurevt (act.) benar-benar mengubah /rupa, wajah/; (pass.) benar-benar berubah (rupa, wajah): spring has ~d the mountain side, musim bunga telah mengubah rupa lereng gunung itu; her face was ~d with happiness, wajahnya benar-benar berubah krn kegembiraan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
favour4. (colloq) resemble, lebih mirip wajah: the child ~s its grandmother, kanak-kanak itu lebih mirip wajah neneknya; 5. treat gently, berhati-hati thdp: the footballer ~ed his injured leg, pemain bola itu berhati-hati thdp kakinya yg cedera itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lookgive st a new ~, memberi sst wajah baru: the old building is to be given a new ~, bangunan lama itu akan diberi wajah baru; have a ~, a. also take a ~, direct o’s eyes towards, melihat, menengok, memandang: she had a ~ at the mess and held up her hands in despair, dia menengok keadaan yg berselerak itu dan mengangkat tangannya sambil mengeluh; he leaned forward to take a closer ~ at the exhibit, dia tunduk utk melihat barang pameran dgn lebih dekat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
impassiveness, impassivityn (want of feeling or emotion), /wajah, air muka/ [sso] yg tdk /menunjukkan, menampakkan/ /sebarang emosi, perasaan/; (calmness), /wajah, air muka/ yg tenang: behind his ~, he was very nervous, di balik wajahnya yg tenang, dia sangat gemuruh.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
face-liftn 1. (cosmetic surgery ) pembedahan utk menegangkan kulit; 2. alteration, restyling, wajah baru: to give the old house a ~, memberikan wajah baru kpd rumah lama itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
anonymousadj 1. of unknown name, tanpa nama, namanya tdk diketahui: an ~ writer, penulis yg namanya tdk diketahui; an ~ caller, pemanggil yg namanya tdk diketahui; /wish, request, etc/ to /be, remain/ ~, /mahu, meminta supaya/ namanya dirahsiakan; 2. of unknown authorship, origin, source, etc, nama + approp n tdk diketahui, tanpa nama: an ~ pamphlet, risalah yg nama penulisnya tdk diketahui; an ~ donation, derma yg nama pendermanya tdk diketahui; an ~ parcel, bungkusan yg nama pengirimnya tdk diketahui; ~ letter, surat /layang, terbang/; 3. without clearly marked individuality, identity, a. (of person) tak bernama, tanpa nama: he looked down on a sea of ~ faces, dia memandang ke bawah pd wajah-wajah tak bernama; b. (of thing) tdk bersifat tersendiri: a row of ~ houses, deretan rumah yg tdk bersifat tersendiri.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
facen 1. front part of head from forehead to chin, muka: a scarred ~, muka yg berparut; 2. facial expression, wajah, air muka, muka: a cheerful ~, wajah yg riang; 3. front, prominent, important part, muka: the ~ of a cliff, muka cenuram; 4. (of land) permukaan: the ~ of the land has been spoilt by mining, permukaan tanah itu telah rosak akibat perlombongan; 5. (in printing ), (muka) taip;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678

Kembali ke atas