Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.jah] | واجه

Definisi : 1. air muka, muka paras, roman muka: ~ ibunya di rumah mula terbayang; ~nya sungguh-sungguh menyenangkan; 2. keada­an luaran (spt pemandangan dll), rupa atau keadaan (sesuatu) sebagaimana yg dapat dilihat: ~ kampung itu sudah berubah sekarang; sekiranya itu dapat memberikan nafas serta ~ baru, ia pasti menggembirakan; berwajah 1. mempunyai (menampakkan) wajah: ~ sedih (suka, lesu, dsb); 2. mem­punyai atau menampakkan wajah (rupa atau keadaan sebagaimana yg dapat dilihat): sesuai dgn struktur pembinaannya, dekor banglo ~ antik ini turut melahirkan imej sebagaimana yg dikehendaki oleh tuannya; buku lama ~ baru; berwajahkan menggunakan atau mempunyai sesuatu sbg wajah: masyarakat gempar apabila menjumpai ikan yg ~ manusia; mewajahi memberikan keadaan atau rupa luaran kpd: begitulah sastera hipermodenisme yg akan ~ sastera dunia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.jah] | واجه

Definisi : air muka; muka; paras: ~nya berseri-seri. berwajah 1 mempunyai atau menampakkan wajah (paras rupa, air muka dsb): ~ ceria. 2 mempunyai atau menampakkan keadaan luaran atau pemandangan sesuatu: Buku lama ~ baru. berwajahkah menggunakan atau mempunyai sesuatu sbg wajah: “Apakah benar kalian berani kerana benar?” tanya ketua makhluk ~ semut itu. mewajahi memberikan rupa atau keadaan luaran kpd: Pemandangan alam semula jadi yg indah ~ pulau legenda itu. perwajahan perihal atau proses menjadikan sesuatu berwajah: ~ yg menarik telah dirancang utk iklan bagi menarik pelancong. pewajahan perihal atau perbuatan memberikan wajah kpd sesuatu; proses mewajahi sesuatu: ~ merupakan salah satu usaha penting dlm mereka bentuk kulit majalah tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wajah (kata nama)
1. Bersinonim dengan muka: paras, rupa, roman muka, tampang muka, bentuk muka, raut muka, air muka,

2. Bersinonim dengan keadaan luaran: rupa, bentuk.,


Puisi
 

Sampan kolek di Pulau Jemaja,
     Pulau Sibu tempat bayangan;
Wajah yang molek ditatap saja,
     Hati yang satu digadai jangan.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Serupa bulan penuh.

Bermaksud :

Kecantikan wajah seseorang wanita. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai bulan empat belas).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
poster boywajah posterUmumTiadaGambar atau wajah individu tertentu dalam sesuatu poster untuk tujuan berkempen sesuatu.
double actionaksi gandaKomunikasiTiadaAksi dalam lakonan yang menggunakan dua watak yang mempunyai wajah seiras atau menggunakan pelakon lain yang disolek seperti wajah pelakon utama bagi melakonkan adegan tertentu.
covergirlwajah penghiasKomunikasi MassaTiadaWanita yang gambarnya diletakkan pada muka surat hadapan media cetak.
townscapewajah bandarLandskapTiadaKeadaan rupa dan suasana persekitaran di sebuah bandar yang meliputi seni bina bangunan, lingkaran jalan raya, bentuk lampu dan sebagainya.
townscapewajah bandarLandskapTiadaKeadaan rupa dan suasana persekitaran di sebuah bandar yang meliputi seni bina bangunan, lingkaran jalan raya, bentuk lampu dan sebagainya.
greenscapewajah hijauanLandskapTiadaPemandangan hijau dan segar yang terhasil daripada pelbagai jenis tumbuhan hijau di suatu kawasan.
greenscapewajah hijauanLandskapTiadaPemandangan hijau dan segar yang terhasil daripada pelbagai jenis tumbuhan hijau di suatu kawasan.
streetscapewajah jalanLandskapTiadaKeadaan rupa dan suasana persekitaran di sebatang jalan yang merangkumi reka bentuk jalan, permukaan lorong pejalan kaki dan perabot jalan seperti bangku, lampu dan papan tanda.
streetscapewajah jalanLandskapTiadaKeadaan rupa dan suasana persekitaran di sebatang jalan yang merangkumi reka bentuk jalan, permukaan lorong pejalan kaki dan perabot jalan seperti bangku, lampu dan papan tanda.
mug shotsyot wajahKomunikasi MassaTiadaTiada
12345

Kembali ke atas