Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.jar] | واجر

Definisi : 1. memang begitu (tidak dibuat-buat, ditambah-tambah, dll); nasi ~ nasi biasa (nasi putih, tidak bersantan, dll); 2. sebagaimana yg sepatutnya (bersesuaian, kena pd tempat­nya, dsb), dapat diterima atau dipertahankan sbg munasabah, seharusnya, semestinya, sepatutnya: kaum wanita harus mendapat tempat yg ~ dlm masyarakat; tuntutan rakyat yg ~ utk keperluan hidup; sewajar; ~ dgn sama halnya dgn, selaras dgn, setimbal dgn, sesuai dgn; sewajarnya 1. memang begitu halnya (ke­adaannya dll), sebenarnya (demikian), se­memangnya: sbg seorang yg dilahirkan di Negeri Sembilan, maka sudah ~ pula saya sentiasa bersimpati dgn perjalanan adat Perpatih di Negeri Sembilan; 2. memang begitu sifatnya (kudratnya, tabiatnya), sudah semestinya begitu: pertengkaran antara puak pembangkang dgn puak kerajaan yg berlaku dlm parlimen itu sudah ~; 3. dgn begitu sahaja, tidak dibuat-buat (dipaksa-paksa), dgn sendirinya: jangan dihalang fikiran kanakkanak yg tumbuh dgn ~; 4. sesuai dgn yg seharusnya, sebagaimana mestinya, sebagai­mana patut: kandungan Quran itu harus difahami dgn ~; mewajarkan menjadikan dapat diterima atau dianggap sbg sepatutnya atau seharusnya demikian, menjadikan (memperlihatkan dsb) wajar: filem ini tidak berusaha utk ~ kekuasaan kolonial bangsa kulit putih; saya tidak nampak sebarang alasan atau hujah yg kuat yg dapat ~ kita bertindak menghapuskan tulisan Jawi; kewajaran perihal wajar: perbincangan di atas telah menunjukkan ~ pendirian ini; apakah ada ~ atau tidak utk bertindak sedemikian? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.jar] | واجر

Definisi : 1 sebagaimana biasa; tidak ditambah-tambah; tidak dibuat-buat: nasi ~ nasi biasa; nasi putih. 2 sebagaimana semestinya; mengikut keadaan biasa: Mereka menuntut supaya diberi tempat yg ~ dlm masyarakat. mewajarkan menjadikan wajar; menjadikan dpt diterima sbg yg biasa: Kita tidak harus ~ perlakuan yg kurang sopan itu. kewajaran keadaan atau perihal wajar: Dia memberikan ~ terhadap tindakannya itu. pewajaran perihal atau perbuatan mewajarkan: ~ hendaklah dilakukan terhadap tindakan itu. sewajar; ~ dgn setimbal dgn; sesuai dgn. sewajarnya 1 memang demikian halnya atau keadaannya; sememangnya: Sudah ~ seseorang isteri menolong suaminya. 2 sudah demikian sifatnya atau kudratnya; semestinya begitu: Sikap bermusuh-musuhan antara dua golongan itu memang ~. 3 dgn sendirinya; tidak dipaksa-paksa: Fikiran kanak-kanak itu tumbuh dgn ~. 4 sebagaimana seharusnya; sebagaimana semestinya: Ayat-ayat suci itu harus ditafsirkan ~ dan jangan dipinda-pinda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wajar (adjektif)
1. Bersinonim dengan sepatutnya: seharusnya, munasabah, semestinya, bersesuaian, selayaknya,

2. Bersinonim dengan biasa: bersahaja, tidak dibuat-buat, memang begitu, norma,

Kata Terbitan : sewajar, sewajarnya,

Peribahasa

Penghulu disanjung dengan adatnya,
     orang alim disanjung dengan hajinya,
orang muda disanjung dengan manjanya.

Bermaksud :

Memuji orang hendaklah dengan pujian yang wajar, mengambil hati orang hendaklah dengan perkara-perkara yang disukainya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ambil maklum yang istilah "due diligence" diterjemahkan sebagai "usaha wajar". Lanjutan daripada itu, saya ingin mohon pencerahan, adakah "customer due diligence" diterjemahkan sebagai "usaha wajar atas pelanggan" atau "usaha wajar pelanggan"? Bagaimana pula dengan "enhanced due diligence" dan "ongoing due diligence"? Adakah terjemahan yang betul ialah "usaha wajar dipertingkat atas pelanggan" dan "usaha wajar berterusan atas pelanggan"? Saya ada menemui penggunaan "uji tundas" sebagai terjemahan istilah "due diligence"; adakah terjemahan ini wujud dan betul? Terima kasih.Kami mencadangkan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

customer due diligence - kaedah penilaian pelanggan
enhanced due diligence - kaedah penilaian dipertingkat
ongoing due diligence - kaedah penilaian berterusan

Untuk makluman, istilah "uji tundas" tiada dalam pangkalan data kami. Padanan istilah di atas juga bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain07.06.2021
Kejadian itu wajar menjadi peringatan kepada semua orang. Kejadian itu wajar dijadikan peringatan kepada semua orang. adakah "menjadi" dan "dijadikan" juga betul diguna? terima kasih.Ayat yang betul ialah "Kejadian itu wajar menjadi peringatan kepada semua orang".Tatabahasa15.04.2013
Katanya, "Adalah wajar bagi kita sebuah negara "membangun" berhasrat mempunyai bahasa kita sendiri. Sekiranya bahasa kebangsaan tidak diperkenalkan, negara kita tidak akan mempunyai peribadi dan keperibadian dan apa yang boleh saya ungkapan sebagai negara yang tidak berjiwa dan tidak "bernyawa".” membangun dan bernyawa merupakan Kata kerja tak transitif tak berpelengkap? adakah membangun merupakan kata kerja/ kata adjektif?Bernyawa ialah kata kerja tak transitif berpelengkap, manakala membangun ialah kata adjektif yang sama maksudnya dengan maju dan berkembang.Tatabahasa24.03.2012
Assalamualaikum. Adakah struktur ayat di bawah tepat? "Setiap bahagian yang berada di bawah aktiviti Ketekunan Wajar merumuskan pemerhatian dan ulasan ENY jika ada." Saya agak keliru dengan penggunaan istilah 'Ketekunan Wajar' dan perkataan 'jika ada' pada belakang ayat. Ini adalah terjemahan daripada "Each area covered under the due diligence activity summarizes ENY’s observations and remarks if any." Terima kasih.Perkataan "if any" boleh dipadankan dengan perkataan bahasa Melayu jika ada.

Untuk keseluruhan ayat. mohon nyatakan bidang kerana padanan perkataan bergantung pada kesesuaian mengikut laras bahasa atau konsep.

Contoh:

due diligence-usaha wajar (bidang undang-undang)

due diligence-penilaian wajar (bidang audit/perniagaan)



Mohon jelaskan juga maksud atau konsep ENY.
Makna11.11.2021
Salam DBP, (A) Individu yang wajar dipertanggungjawab dan diberi hukuman ialah bapa yang membunuh anak perempuannya. (B) Individu yang wajar dipertanggungjawabkan dan diberikan hukuman ialah bapa yang membunuh anak perempuannya. Rakan saya berkata ayat (A) tepat kerana untuk benda hidup seperti manusia, kita elak gunakan imbuhan "kan". Contoh: cikgu memberi saya buku, dan bukan cikgu memberikan saya buku. Apakah pandangan DBP? Terima kasih.
Perkataan 'memberi' dan 'memberikan' merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan 'memberi' hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala 'memberikan' hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Contoh : Abang memberi adik sebatang pensil; Pengetua memberikan nasihat kepada semua  pelajar.
Tatabahasa18.06.2021
Salam DBP, Ayat yang yang mana gramatis? (A) Individu yang wajar dipertanggungjawab dan diberi hukuman ialah bapa yang membunuh anak perempuannya. (B) Individu yang wajar dipertanggungjawabkan dan diberikan hukuman ialah bapa yang membunuh anak perempuannya. Terima kasih.Perkataan "memberi" dan "memberikan" merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan "memberi" hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala "memberikan" hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Contohnya:

1.  Ali memberikan makanan kepada ikan (memberikan + benda tidak bernyawa (makanan))
2.  Ali memberi ikan makanan ( memberi + benda bernyawa (ikan)

Tatabahasa21.06.2021
Adakah 'Tindakan sewajarnya' betul? Oleh sebab tindakan diambil sepatutnya wajar ataupun wajib?

Frasa "tindakan sewajarnya" adalah betul merujuk kepada tindakan yang dirasakan wajar diambil  berdasarkan situasi dan pertimbangan yang lain.

Tatabahasa23.08.2011
penggunaan perkataan PADAN. Adakah boleh digunakan dalam ayat di bawah ini? Perhiasan di dalam rumah Puan Esah tidak padan dengan keadaan rumahnya yang telah usang.Boleh digunakan kerana padan sinonim dengan sesuai: cocok, layak, patut, wajar">wajar, kena.Tatabahasa21.10.2010
Ayat mana satukah yang wajar? 1) Sultan melantik Hang Tuan sebagai Bendahara Melaka. 2) Sultan melantik Hang Tuan untuk menjadi Bendahara Melaka. Dalam jawapan anda, sila sertakan penjelasan bagi perbezaan antara "sebagai" dan "untuk menjadi" dalam kedua-dua ayat di atas. Terima Kasih.Ayat pertama yang wajar, iaitu Sultan melantik Hang Tuah sebagai Bendahara Melaka. Makna 'sebagai' ialah jadi, menjadi, selaku.Tatabahasa05.06.2008
Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat bersusunan biasa kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya. Bidang keusahawanan wajar diterokai olen golongan remaja.

Golongan remaja wajar menerokai bidang keusahawanan.

Tatabahasa21.09.2021
12345678910...

Kembali ke atas