Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.jar] | واجر

Definisi : 1. memang begitu (tidak dibuat-buat, ditambah-tambah, dll); nasi ~ nasi biasa (nasi putih, tidak bersantan, dll); 2. sebagaimana yg sepatutnya (bersesuaian, kena pd tempat­nya, dsb), dapat diterima atau dipertahankan sbg munasabah, seharusnya, semestinya, sepatutnya: kaum wanita harus mendapat tempat yg ~ dlm masyarakat; tuntutan rakyat yg ~ utk keperluan hidup; sewajar; ~ dgn sama halnya dgn, selaras dgn, setimbal dgn, sesuai dgn; sewajarnya 1. memang begitu halnya (ke­adaannya dll), sebenarnya (demikian), se­memangnya: sbg seorang yg dilahirkan di Negeri Sembilan, maka sudah ~ pula saya sentiasa bersimpati dgn perjalanan adat Perpatih di Negeri Sembilan; 2. memang begitu sifatnya (kudratnya, tabiatnya), sudah semestinya begitu: pertengkaran antara puak pembangkang dgn puak kerajaan yg berlaku dlm parlimen itu sudah ~; 3. dgn begitu sahaja, tidak dibuat-buat (dipaksa-paksa), dgn sendirinya: jangan dihalang fikiran kanakkanak yg tumbuh dgn ~; 4. sesuai dgn yg seharusnya, sebagaimana mestinya, sebagai­mana patut: kandungan Quran itu harus difahami dgn ~; mewajarkan menjadikan dapat diterima atau dianggap sbg sepatutnya atau seharusnya demikian, menjadikan (memperlihatkan dsb) wajar: filem ini tidak berusaha utk ~ kekuasaan kolonial bangsa kulit putih; saya tidak nampak sebarang alasan atau hujah yg kuat yg dapat ~ kita bertindak menghapuskan tulisan Jawi; kewajaran perihal wajar: perbincangan di atas telah menunjukkan ~ pendirian ini; apakah ada ~ atau tidak utk bertindak sedemikian? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.jar] | واجر

Definisi : 1 sebagaimana biasa; tidak ditambah-tambah; tidak dibuat-buat: nasi ~ nasi biasa; nasi putih. 2 sebagaimana semestinya; mengikut keadaan biasa: Mereka menuntut supaya diberi tempat yg ~ dlm masyarakat. mewajarkan menjadikan wajar; menjadikan dpt diterima sbg yg biasa: Kita tidak harus ~ perlakuan yg kurang sopan itu. kewajaran keadaan atau perihal wajar: Dia memberikan ~ terhadap tindakannya itu. pewajaran perihal atau perbuatan mewajarkan: ~ hendaklah dilakukan terhadap tindakan itu. sewajar; ~ dgn setimbal dgn; sesuai dgn. sewajarnya 1 memang demikian halnya atau keadaannya; sememangnya: Sudah ~ seseorang isteri menolong suaminya. 2 sudah demikian sifatnya atau kudratnya; semestinya begitu: Sikap bermusuh-musuhan antara dua golongan itu memang ~. 3 dgn sendirinya; tidak dipaksa-paksa: Fikiran kanak-kanak itu tumbuh dgn ~. 4 sebagaimana seharusnya; sebagaimana semestinya: Ayat-ayat suci itu harus ditafsirkan ~ dan jangan dipinda-pinda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wajar (adjektif)
1. Bersinonim dengan sepatutnya: seharusnya, munasabah, semestinya, bersesuaian, selayaknya,

2. Bersinonim dengan biasa: bersahaja, tidak dibuat-buat, memang begitu, norma,

Kata Terbitan : sewajar, sewajarnya,

Peribahasa

Penghulu disanjung dengan adatnya,
     orang alim disanjung dengan hajinya,
orang muda disanjung dengan manjanya.

Bermaksud :

Memuji orang hendaklah dengan pujian yang wajar, mengambil hati orang hendaklah dengan perkara-perkara yang disukainya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
partial constraintkekangan separaKejuruteraanTiadaSistem kekangan yang tidak dapat mewujudkan keseimbangan yang sepenuhnya walaupun bilangan pengekang memadai disebabkan ditempatkan dengan cara yang tak wajar. Sinonim: kekangan tak wajar.
proper subsetsubset wajarMatematikTiadaSet yang semua unsurnya merupakan unsur satu set tertentu, tetapi bukan keseluruhan set tertentu itu. P ialah subset wajar bagi set Q jika terdapat unsur Q yang bukan unsur P sedangkan P ialah subset bagi Q. Katalah P = {1, 2, 3} dan Q = {1, 2, 3, 4, 5} maka P ialah satu subset wajar bagi Q.
proper fractionpecahan wajarMatematikTiadaPecahan yang pengangkanya lebih kecil daripada penyebut, misalnya, . Bandingkan pecahan tak wajar.
proper motion parallaxparalaks gerakan wajarMatematikTiadaJarak purata bagi sekumpulan bintang yang diperoleh daripada gerakan wajar masing-masing.
improper fractionpecahan tak wajarMatematikTiadaPecahan yang pengangkanya bersamaan dengan atau lebih besar daripada penyebut, misalnya . Bandingkan pecahan wajar.
improper purposemaksud tidak wajarUndang-undangTiadaPerihal tindakan badan pentadbiran yang menggunakan kuasanyadi sisi undang-undang untuk tujuan yang tidak wajar.
improper constraintkekangan tak wajarMekanikGunaanSistem kekangan yang tidak dapat mewujudkan keseimbangan yang sepenuhnya walaupun bilangan pengekang memadai. Keseimbangan penuh tidak wujud kerana kekangan tidak ditempatkan dengan wajar (biasanya secara sengaja untuk membenarkan gerkan pada arah tertentu). Ia juga dinamai kekangan separa.
right sizingpensaizan wajarPengurusanPerancanganTindakan yang diambil oleh pihak pengurusan untuk menentukan bilangan tenaga kerja yang sesuai mengikut keperluan dan matlamat organisasi. Pertimbangan yang menentukan saiz tenaga kerja yang wajar berdasarkan kapasiti tenaga kerja dan tahap produktiviti yang diharapkan. Sekiranya pihak pengurusan melaksanakan langkah pengecilan saiz, jumlah pekerja akan dikurangkan bagi memastikan prestasi organisasi mampu meningkat. Namun demikian, pihak pengurusan organisasi perlu mengambil kira faktor moral dan semangat pekerja bagi memastikan kelancaran operasi organisasi. Lihat juga pengecilan saiz.
properwajarMatematikTiadaTiada
right justifywajar kananKejuruteraanTiada1. Menganjakkan kandungan daftar supaya digit kanan atau paling tidak signifikan berada pada kedudukan tertentu.,2. Melaraskan teks dan aksara ruang dalam sesuatu baris cetakan supaya jidar kanan menjadi lurus.
12345678910...

Kembali ke atas