Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.jib] | واجب

Definisi : Ar 1. hukum suruhan (dlm Islam) yg apabila dilaksanakan mendapat pahala dan apabila ditinggalkan berdosa, mis sembahyang lima waktu dan menunaikan zakat: ada lima rukun Islam yg ~ ditunaikan oleh tiap-tiap orang Islam; 2. tidak boleh tidak (diamalkan, dilakukan, dsb), mesti, perlu: orang tua ~ memberikan asuhan yg cukup kpd anak mereka; 3. sudah seharusnya (sepantasnya, sepatutnya): kita ~ mengucapkan syukur dan berterima kasih kpd orang yg telah menolong kita; ~ belajar kemestian menuntut ilmu (belajar); ~ pajak Id orang yg wajib membayar cukai; sewajibnya semestinya, sewajarnya, seharus­nya: ~lah mereka bersatu padu dan bekerjasama utk mencapai kemajuan; berwajib bertanggungjawab mengelolakan atau mengurus sesuatu (bkn orang, institusi, dll): bantahan itu sudah disampaikan kpd yg ~; bidang ini juga melibatkan DBP, pihakpihak yg ~, dan orang ramai dlm menentukan taraf bahasa Melayu di negara ini; mewajibkan 1. menjadikan wajib (dilaku­kan, diamalkan, dll), menjadikan kemestian, memestikan, mengharuskan: Islamkah engkau kalau engkau tidak mengikut syarat dan undang yg diwajibkan ke atas seorang Islam? 2. menyerahkan tugas (kerja dll) kpd, memestikan sesuatu kpd: kerajaan ~ suntikan cacar; kewajiban, kewajipan 1. sesuatu yg diwajib­kan, kemestian, keharusan: ia setia kpd suaminya, dan suaminya itu pun tidak melupakan ~nya; 2. tugas (tanggungjawab) yg harus dilakukan atas perintah: kami datang ini kerana ~, bukan untuk mengugut; berkewajiban, berkewajipan mempunyai kewajiban (tanggungjawab), bertanggung­jawab: suamilah yg ~ mencari sara hidup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.jib] | واجب

Definisi : 1 mesti diamalkan (menurut agama Islam); tidak boleh tidak: Umat Islam ~ melakukan sembahyang lima waktu sehari semalam. 2 sudah sepatutnya; mesti; perlu: Sbg ibu bapa, kita ~ mengasuh anak kita. ~ haji perkara-perkara yg mesti dilaksanakan sewaktu mengerjakan haji dan jika tertinggal dikehendaki membayar dam atau denda. berwajib bertanggungjawab melaksanakan sesuatu: Pihak ~ mesti mengambil tindakan. mewajibkan 1 menjadikan wajib; memestikan: Islam ~ penganutnya menunaikan rukun Islam yg lima. 2 memestikan sesuatu kpd: Kerajaan ~ kita memiliki kad pengenalan. kewajipan 1 sesuatu yg diwajibkan: ~nya terhadap orang tuanya tidak pernah dilalaikan. 2 tugas (perintah dll) yg mesti dilakukan: Mereka berjanji akan menjalankan ~ mereka dgn sebaik-baiknya. berkewajipan mempunyai kewajipan; bertanggungjawab: Ibu bapa ~ mendidik anak-anak. sewajibnya sepatutnya; semestinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wajib (adverba,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan mesti, fardu, tidak boleh tidak, patut, hendaklah, kena patuhi;,
Kata Terbitan : sewajibnya, berwajib, mewajibkan, kewajipan, berkewajipan,

Puisi
 

Encik Esah pergi Merlong,
     Sampai Merlong masak petola;
Orang susah wajib ditolong,
     Baru kita dapat pahala.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Sawah luas tahan tua,
     rumah gedang tahan tonggak.

Bermaksud :

Orang yang meminjam wang, wajib ada orang yang menjaminnya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
obligatory sceneadegan wajibKesusasteraanTiadaKonvensi dramatik yang merupakan satu babak yang perlu disediakan oleh pengarang dalam perkembangan plot drama atau teater. Konvensi ini amat diharapkan oleh khalayak. Adegan wajib memberi kesan emosi yang memuncak dalam drama. Contohnya, dalam drama Hamlet karya Shakespeare, babak pertembungan antara Hamlet dengan ibunya ialah adegan wajib yang dijangkakan oleh khalayak dan memberikan kesan emosi yang mendalam. Dalam filem Hang tuah, adegan wajib yang meruntun perasaan khalayak ialah pertarungan maut antara Hang Tuah dan Hang Jebat.
mandatory offertawaran wajibPentadbiran PerniagaanTiadaTawaran wajib untuk membeli saham bagi seseorang yang mempunyai 33.3% kepentingan dalam sesuatu syarikat.
compulsory purchasepembelian wajibSosiologiTiadaPembelian tanah secara wajib oleh kerajaan daripada tuan punya tanah untuk maksud merancang menurut kuasa undang-undang perancangan bandar dan pengambilan balik tanah.
notifiable diseasepenyakit wajib laporPentadbiran PerniagaanTiadaPenyakit yang wajib dilaporkan kepada pihak berkuasa kesihatan supaya pengawalan segara dan tindakan pencegahan dapat diambil jika perlu.
compulsorywajibSukanTiadaBeberapa syarat yang ditetapkan oleh F.I.G. yang wajib dilakukan oleh atlet gimrama dalam sesuatu rutin persembahan.
obligatory sceneadegan wajibKesusasteraanTiada

Konvensi dramatik yang merupakan satu babak yang perlu disediakan oleh pengarang dalam perkembangan plot drama atau teater. Konvensi ini amat diharapkan oleh khalayak. Adegan wajib memberi kesan emosi yang memuncak dalam drama. Contohnya, dalam drama Hamlet karya Shakespeare, babak pertembungan antara Hamlet dengan ibunya ialah adegan wajib yang dijangkakan oleh khalayak dan memberikan kesan emosi yang mendalam. Dalam filem Hang Tuah, adegan wajib yang meruntun perasaan khalayak ialah pertarungan maut antara Hang Tuah dengan Hang Jebat.

mandatory bargaining issuesisu tawar-menawar wajibPentadbiranTiadaIsu yang menjadi agenda wajib dalam proses tawar-menawar iaitu bayaran upah, masa bekerja, syarat dan keadaan kerja.
compulsory age of retirementumur bersara wajibPentadbiran PerniagaanTiadaSeseorang pekerja yang mencapai umur wajib bersara di bawah undang-undang bertulis.
burden of taxesbeban cukaiPentadbiranPentadbiran Awam

Tanggungan wajib individu atau organisasi ke atas segala bentuk cukai yang dikenakan oleh pihak kerajaan kepadanya. Cukai ialah sumbangan wajib kepada kerajaan tanpa dapat dikaitkan dengan sebarang faedah khusus yang diperolehi oleh pembayar cukai. Oleh sebab tiadanya faedah langsung ini, maka ia dianggap membebankan, walaupun kerajaan menyediakan pelbagai perkhidmatan dan barangan yang berfaedah untuk masyarakat. Antara bentuk beban cukai yang dikenakan ialah cukai pendapatan, import, eksport, perniagaan dan cukai tanah.

compulsorywajibKejuruteraanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas