Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa/.tu] | وقتو

Definisi : 1. rangkaian atau rentetan saat (yg telah berlalu dan yg akan datang), masa: secara rohaniah manusia itu bebas, bebas utk bergerak, baik dlm ruang mahupun dlm ~; 2. ukuran masa yg tertentu, jangka masa: dlm ~ dua jam lagi, dia akan sampai; 3. saat (masa) tertentu utk melakukan sesuatu atau sesuatu yg telah ditetapkan, spt sembah­yang dll: ~ tidur hendaklah berkelambu; jangan kau tinggalkan sembahyang lima ~; 4. saat, kala, ketika: pd ~ itu dia tiada di rumah; 5. masa yg memberikan kesempatan utk (berbuat sesuatu, berehat, dll), kesempatan, peluang, tempoh: ~ lapangnya dihabiskannya dgn menulis; 6. keadaan hari dll, suasana: tubuhnya panas tiap-tiap petang dan berpeluh pd ~ malam; W ~ Min Greenwich waktu piawai di Great Britain yg digunakan sbg asas pengiraan waktu di tempat-tempat lain di dunia; ~ pejabat waktu urusan sesebuah organisasi (kementerian, jabatan atau pejabat) dijalankan, biasanya antara 8.00 pagi hingga 5.00 petang; ~ perdana waktu penyiaran yg mempunyai jumlah penonton yg paling ramai, yg dikesan melalui penyelidikan khalayak dan biasanya antara pukul 8.00 hingga 10.30 malam; ~ puncak waktu lalu lintas yg paling sibuk, penggunaan tenaga elektrik yg paling tinggi, dll; ~ tempatan waktu di sesebuah wilayah atau negara dibandingkan dgn waktu di tempat lain; ~ utama waktu perdana; habis ~ kerana bang prb terlalu lanjut membicarakan sesuatu yg tidak perlu sehingga yg perlu tertinggal; sewaktu dlm waktu yg sama, pd masa (ketika), semasa: nelayan itu telah dirompak ~ menangkap ikan; sewaktu-waktu bila-bila sahaja, sebarang waktu: ~ kami dapat ditangkap; berwaktu mempunyai waktu yg tertentu, memakai waktu; sembahyang diberi ~, janji diberi berketika prb sesuatu pekerjaan hen­daklah ditetapkan waktunya supaya selamat dan sempurna. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa/.tu] | وقتو

Definisi : 1 rangkaian saat atau ketika yg telah lampau, sekarang dan yg akan datang; masa; tempoh: Tidak ada sesiapa pun yg mengetahui apa-apa yg akan berlaku pd ~ yg akan datang. 2 saat yg tertentu utk melakukan sesuatu (spt utk bersembahyang): ~ subuh; ~ makan; ~ tidur. 3 ukuran masa yg tertentu; jangka masa: Dlm ~ yg singkat saja, ia dpt menyiapkan kerja itu. 4 masa melakukan atau masa berlakunya sesuatu; ketika; saat: Kebetulan pula pd ~ itu, ia sedang mandi. ~ hujan; ~ malam. 5 masa yg terluang; kesempatan; peluang: Tidak ada ~ sama sekali utk berehat kerana kerja banyak. ~ (Min) Greenwich waktu piawai di Great Britain yg digunakan sbg asas pengiraan atau penentuan waktu di tempat lain di dunia. ~ perdana (utama) waktu yg paling ramai orang menonton televisyen atau mendengar radio. ~ puncak waktu berlakunya sesuatau, mis ketika lalu lintas paling sibuk, penggunaan tenaga elektrik paling tinggi. ~ tempatan waktu di sesebuah wilayah atau negara dibandingkan dgn waktu di tempat lain. berwaktu mengikut waktu; ada waktunya: Ia makan ~. sewaktu sama waktu dgn; pd waktu; semasa: ~ pencuri masuk, ia sedang tidur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
waktu (kata nama)
1. Bersinonim dengan masa: jangka masa, saat, ketika, kala, sangkala, tempoh, zaman, tenggak,

2. Bersinonim dengan kesempatan: peluang, tempoh, kelapangan,

Kata Terbitan : sewaktu, sewaktu-waktu,

Puisi
 

Waktu senja tanak pulut,
     Untuk bekal turun ke padang;
Di mulut naga lagi kurebut,
     Inikan pula di tangan orang.


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Lang pungguk lang berikan,
     tidur siang berjaga malam.

Bermaksud :

Pencuri yang tidur waktu siang, dan berjaga waktu malam.

 

Lihat selanjutnya...(48)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
subuh1. = waktu ~ waktu terbit fajar hingga terbit matahari; bada ~ waktu sesudah waktu subuh (pukul tujuh hingga pukul tujuh setengah pagi); 2. = sembahyang ~ sembahyang fardu pd waktu subuh; ~ buta = ~ sepei = ~ syafii pagi-pagi benar; ~ gajah waktu sesudah subuh.Kamus Dewan Edisi Keempat
subuh, = waktu ~ waktu antara terbit fajar sehingga naik matahari (lebih kurang antara pukul 6.00 hingga pukul 7.00 pagi): sembahyang ~ sembahyang yg dilakukan dlm waktu subuh. ~ buta pagi-pagi benar. ~ gajah waktu selepas waktu subuh.Kamus Pelajar Edisi Kedua
isyak, = waktu ~ waktu malam hari yg bermula dr selepas hilang cahaya merah di langit sehingga terbit fajar: fardu (sembahyang) ~ sembahyang pd waktu isyak.Kamus Pelajar Edisi Kedua
duhaAr = waktu ~ waktu pagi sehingga menjelang tengah hari; sembahyang ~ sembahyang sunat dlm waktu duha.Kamus Dewan Edisi Keempat
zuhur, = waktu ~ waktu tergelincir matahari sehingga awal petang (lebih kurang antara pukul 1.15 hingga pukul 4.00 petang). sembahyang ~ sembahyang fardu pd waktu zuhur.Kamus Pelajar Edisi Kedua
isyakAr 1. = waktu ~ waktu setelah hilang cahaya merah di ufuk barat hingga terbit fajar; 2. = fardu ~ = sembahyang ~ sembahyang fardu pd waktu isyak.Kamus Dewan Edisi Keempat
zuhurAr 1. = waktu ~ waktu tergelincir matahari ke arah barat hingga bayang-bayang kayu dsb sama panjang dgn kayu dsb yg menjadi pengukurnya; 2. = sembahyang ~ sembahyang fardu pd waktu zuhur.Kamus Dewan Edisi Keempat
pertangguhanjanji (utk mengundurkan waktu), ~ waktu bayaran;Kamus Dewan Edisi Keempat
caruman tetapcaruman yg dibuat pd waktu-waktu tertentu (mis pd hujung setiap bulan) dan secara berterusan;Kamus Dewan Edisi Keempat
maghrib1 tempat arah matahari masuk; barat. 2 = waktu ~ waktu yg bermula sejurus selepas matahari terbenam sehingga hilang cahaya merah di kaki langit (± dr pukul 7.15 hingga pukul 8.15 malam): sembahyang ~ sembahyang ketika maghrib.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas