Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
waktu (kata nama)
1. Bersinonim dengan masa: jangka masa, saat, ketika, kala, sangkala, tempoh, zaman, tenggak,

2. Bersinonim dengan kesempatan: peluang, tempoh, kelapangan,

Kata Terbitan : sewaktu, sewaktu-waktu,

Puisi
 

Malam ini malam Jumaat,
     Pasang lilin depan pintu;
Kalaulah kita umat Muhammad,
     Kena sembahyang lima waktu.


Lihat selanjutnya...(38)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
perkataan sekarang dan kini adakah ia mempunyai maksud yang sama?Sekarang bermakna waktu bukan yg telah lalu dan bukan yg akan datang; waktu ini: ~ juga kita pergi. Kini pula ialah sekarang ini, waktu ini: ~ segala-galanya yg selama ini dirahsiakan telah diketahui umum; hingga ~ ke atas dr sekarang (ketika ini) dan selanjutnya; kekinian 1. keadaan terbaru atau mutakhir: ~ padanan dlm bahasa sasaran; 2. keadaan masa kini: seorang penulis menyedari kehadirannya dlm ruang waktu ~nya; terkini yg paling kini, terbaru: penyelidikan yg ~ dlm ilmu bahasa.Makna16.08.2010
Cikgu, frasa "di peringkat" atau "pada peringkat" adalah betul? "Peringkat" ialah masa atau waktu, ini menandakan bahawa "peringkat" menerima kata sendi nama "pada"?Pada peringkat.Tatabahasa27.05.2014
Assalamualaikum...... saya Maizura Binti Abd Aris ingin mengemukakan soalan mengenai peluang pekerjaan yang ada di Dewan Bahasa dan Pustaka. Adakah pada waktu ini DBP ada membuka peluang pekerjaan? Saya merupakan pelajar Bacelor Bahasa dan Linguistik Melayu dari UPM dana akan bergraduat pada tahun ini. saya mengharapkan kepada pihak DBP untuk memberi maklumat kepada saya sekiranya ada peluang pekerjaan di sana. sekian terima kasih.TErima kasih di atas minat yang sdr tunjukkan untuk berkhidmat bersama-sama kami. Sebagai makluman sdr, kami akan mengiklankan pelawaan untuk mengisi jawatan kosong melalui laman web DBP dan juga melalui akhbar tempatan berbahasa Melayu khususnya terbitan hujung minggu. Sila pastikan sdr tidak terlepas daripada membaca iklan tersebut.Lain-lain09.06.2008
Salam sejahtera. Adakah penggunaan 'masa' dalam ayat "Pada masa petang, saya beratur di dewan sekolah" betul?Penggunaan masa dalam konteks ayat tersebut tidak tepat. Perkataan yang lebih sesuai bagi menggantikan perkataan masa ialah waktu. Ini disebabkan perkataan waktu digunakan untuk menunjukkan keadaan hari. Contoh: Tubuhnya panas tiap-tiap petang dan berpeluh pada waktu malam.Tatabahasa01.03.2018
Assalamualaikum, adakah pihak DBP boleh cetak semula atau terbit semula buku-buku yang pernah DBP keluarkan sebelum ini? terbitan semula tersebut untuk peribadi. Terdapat beberapa buah buku yang saya ingin DBP cetak semula kerana buku-buku tersebut sukar didapati pada waktu ini. Saya berharap pihak DBP dapat berbuat demikian kerana saya sangat berminat untuk membaca penulisan buku-buku tersebut. Dan berapakah kos cetak semula itu?Salam tuan, Permohonan Cetak Ulang Buku Terbitan DBP Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. Berikut merupakan perkara yang perlu dilakukan sekiranya pihak tuan ingin memohon cetak ulang buku terbitan DBP: 1. Surat rasmi permohonan judul buku yang ingin dicetak ulang perlu dikemukakan kepada: Pengarah, Jabatan Penerbitan, Aras 10, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460 Kuala Lumpur. 2. Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP akan menyemak baki stok dan pasaran buku tersebut jika dicetak ulang. Sekian, terima kasih.Lain-lain14.02.2021
Apa beza bahasa kuno dengan bahasa sanskrit?

Bahasa kuno merupakan sejenis bahasa lama atau tua (berasal dr zaman dahulu), dahulukala. Bahasa ini digunakan pada zaman prasejarah, zaman batu dan sebagainya. Kebanyakan bahasa yg digunakan pada waktu ini lebih terfokus kepada bentuk simbol, lukisan pada dinding gua, kulit haiwan dan sebagainya. Bahasa Sanskrit pula ialah bahasa agama Hindu dan bahasa kelas atasan yang digunakan dengan meluas. Dalam Kamus Dewan Perdana, bahasa Sanskrit ialah bahasa yang direkodkan sebagai bahasa tertua dalam keluarga Indo-Eropah, digunakan dalam agama, falsafah dan kesusateraan Hindu di India, dituturkan pada sekitar 1500 – 600 Sebelum Masihi.

Lain-lain24.08.2023
1. Apakah ejean yang tepat untuk Yang Berbahagia, Yang Berusaha, YBhg atau YBhg.,YBrs atau Y.Brs. atau YBrs. 2. Jika ejaan bagi screw ialah skru, bukan skrew. Dengan demikian crew harus dieja kru bukan krew. Ejaan tidak seragam antara TV3, RTM dan akhbar. Sila beri penjelasan. 3. Saya masih keliru tentang penentuan waktu. Saya pernah merujuk dgn BDP pada awal tahun 2000. Petang bermula pada pukul 2.00 hingga 6.59 petang. Malam bermula dari pukul 7.00 hingga 11.59 malam. Penentuan waktu ini tidak seragam. TV3 menggunakan petang dari pukul 1.00 hingga 7.00 petang. Ada ketikanya 7.30 pun masih petang. Boleh tuan jelaskan tentang penentuan waktu ini. Terima kasih.

YBhg. Datuk,

i. Ejaan yang tepat ialah YBhg. dan YBrs.  ii. Sehingga kini tiada pembentukan kata kru atau krew. Padanan yang digunakan ialah petugas, pekerja atau anak kapal. 3. Pukul 12.00 hingga 1.59 ialah tengah hari; 2.00 hingga 6.59 ialah petang; 7.00 hingga 11.59 ialah malam; 12.00 hingga 12.59 ialah tengah malam; 1.00 hingga 11.59 ialah pagi.

Dicadangkan semua stesen penyiaran di bawah Kementerian berkenaan bertemu dan membuat satu keputusan tentang penyeragaman penggunaan bahasa di semua stesen penyiaran.

Tatabahasa13.05.2010
DEFINISI BAHASA MELAYU KUNO DAN BAHASA MELAYU KLASIK,Bahasa Melayu kuno merupakan sejenis bahasa lama atau tua (berasal dr zaman dahulu), dahulukala. Bahasa ini digunakan di zaman prasejarah, zaman batu dan sebagainya. Kebanyakan bahasa yg digunakan pada waktu ini lebih terfokus kepada bentuk simbol, lukisan pada dinding gua, kulit haiwan dsbnya. Manakala bahasa Melayu klasik pula merupakan bahasa yg serius dan abadi nilainya,  tertinggi mutunya dan menjadi standard kpd yg lain. Contoh-contoh bahasa Melayu klasik ini banyak digunakan misalnya dalam karya-karya Melayu lama seperti Tuhfat Al-Nafis, Hikayat Inderaputera, Hikayat Kalilah Wal-Daminah, Sejarah Melayu, Undang-undang Laut Melaka, Hukum Kanun Melaka dan banyak lagi. Terima kasih.Makna13.09.2008
Lanjutan pertanyaan saya tentang frasa "masa kini" dahulu. Dalam ayat ini, misalnya, "Remaja masa kini kurang menghormati orang tua", ada pendapat mengatakan bahawa 'masa kini' tidak tepat kerana 'kini' sudah terangkum makna 'masa'. Benarkah pendapat itu? Jika benar, apakah pilihan lain yang tidak jauh bezanya untuk menggantikan frasa tersebut?Perkataan masa dan kini membawa maksud yang berbeza, masa bermaksud waktu atau ketika, manakala kini bermaksud sekarang ini, waktu ini. Justeru, frasa "masa kini" adalah betul dan tidak mempunyai unsur lewah dari segi maksudnya.Tatabahasa09.10.2007
Saya ingin kepastian berkaitan penggalan waktu bagi tengah hari 12.00-1.59 ; manakala tengah malam pula 12.00- 12.59 . Mengapakah julat waktu tidak sama ? Apakah alasan pihak tuan? Sepatutnya waktu tengah hari 12.00 hingga 12.59. Ini pandangan saya sahajaPenetapan ini telah diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Istilah Semasa pada suatu ketika dahulu dengan mengambil kira pelbagai aspek. Sehingga kini tidak ada usaha untuk meminda penetapan yang telah dibuat. Pihak media juga telah menerima pakai pemenggalan waktu ini dan kita berharap perkara ini dapat diuar-uarkan kepada orang ramai bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.Tatabahasa23.08.2015
12345678910...

Kembali ke atas