Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
waktu (kata nama)
1. Bersinonim dengan masa: jangka masa, saat, ketika, kala, sangkala, tempoh, zaman, tenggak,

2. Bersinonim dengan kesempatan: peluang, tempoh, kelapangan,

Kata Terbitan : sewaktu, sewaktu-waktu,

Puisi
 

Malam ini malam Jumaat,
     Pasang lilin depan pintu;
Kalaulah kita umat Muhammad,
     Kena sembahyang lima waktu.


Lihat selanjutnya...(38)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
late fringepinggiran akhirKomunikasiKorporatRuang waktu penyiaran program televisyen atau radio selepas masa perdana. Pada waktu ini, kadar bayaran iklan dan publisiti berbayar biasanya lebih rendah berbanding masa perdana. Pada waktu ini juga, jumlah lebih sedikit berbanding masa perdana. Demografi khalayak juga berbeza dari masa lain kerana khalayak lebih bersifat khusus, maka penyiaran maklumat atau rancangan juga lebih bersifat khusus atau terpilih. Penentuan masa pinggiran akhir banyak dipengaruhi oleh kedudukan masa perdana. Penentuan masa perdana pula banyak dipengaruhi oleh latar belakang budaya dan keadaan di sesuatu tempat atau negara. Di Malaysia masa perdana biasanya antara pukul 8.00 malam hingga 11.00 malam.
estrusestrusPerubatanTiadaTempoh berlakunya pengovuman bagi haiwan betina, dan pada waktu ini haiwan itu bersedia untuk mengawan.
estruationestrusPerubatanTiadaTempoh berlakunya pengovuman bagi haiwan betina, dan pada waktu ini haiwan itu bersedia untuk mengawan.
caenozoicsenozoikBiologiEkologiEra geologi yang mencakupi zaman eosen, oligosen, miosen, dan pleosen. Pada jangka waktu ini terdapat pertambahan mamalia, dan burung serta pengurangan reptilia.
new moonanak bulanPerikananAkuakulturBulan baru muncul, iaitu fasa pertama lunar. Kebiasaannya ikan akan memulakan proses pembiakan pada waktu ini. Gonad akan berada dalam fasa matang untuk membiak.
full moonbulan purnamaPerikananAkuakulturBulan penuh, iaitu pada pertengahan bulan antara 14 – 15 hari bulan dalam kalendar lunar. Pada waktu ini, keseluruhan bulan dapat dilihat dari bumi.
access period/prime timewaktu utamaKomunikasiTiadaWaktu penyiaran sesebuah rancangan televisyen atau radio yang mempunyai jumlah khalayak yang paling ramai. Waktu ini selalunya dikesan melalui penyelidikan khalayak dan biasanya antara pukul 8.00 hingga 10.30 malam.
eclipse seasonsmusim gerhanaAeroangkasaTiadaDua kali setahun, apabila matahari berada hampir dengan salah satu nod orbit bulan, dan menyebabkan gerhana. Oleh sebab nod bulan berundur ke barat, waktu ini berubah dari setahun ke setahun.
eclipse seasonsmusim gerhanaMatematikTiadaDua kali setahun, apabila matahari berada hampir dengan salah satu nod orbit bulan, dan menyebabkan gerhana. Oleh sebab nod bulan berundur ke barat, waktu ini berubah dari setahun ke setahun.
market hourswaktu pasaranPentadbiran PerniagaanTiadaWaktu operasi sesuatu pasaran sekuriti, kontrak hadapan atau opsyen bagi sesuatu hari dagangan. Pembelian dan penjualan sekuriti hanya boleh dibuat dalam waktu ini.
12345678910...

Kembali ke atas