Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.la.kin] | ولکن

Definisi : Ar 1. meskipun, walaupun, sungguh­pun: kehendak yg suci itu diperkenankan oleh kepala kantor itu, ~ dgn hati berat; 2. akan tetapi, namun (demikian). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
walakin (kata tugas,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan meskipun, walaupun, sungguhpun, biarpun, kendatipun, namun, akan tetapi.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud kata walakin? bolehkah walakin digunakan sebagai penanda wacana di hadapan ayat?Walakin berasal daripada kata Arab yang bermaksud malaupun atau sungguhpun. Walakin ialah kata hubung pancangan keterangan.Makna06.04.2011
Salam 1Malaysia, saya memang menyedari bahawa frasa adjektif 'paling baik sekali' memang menyalahi hukum tatabahasa Melayu. Walakin, baru-baru ini anak didik saya menyatakan bahawa frasa tersebut boleh diterima pakai mengikut guru bahasanya. Adakah pernyataannya betul ataupun sebaliknya. Sila berikan penjelasan yang jelas untuk menegakkan kesahihan pernyataannya. Sekian. Munsyi K'SevenTerdapat tiga jenis kata penguat: A. kata penguat hadapan, iaitu yang terletak di hadapan frasa atau kata adjektif. Contoh: terlalu, paling, agak, cukup; contoh ayat: pokok itu terlalu tinggi; masakannya paling enak;pemandangan di tasik itu cukup indah; harga emas makin mahal; jawapannya kurang tepat;B. Kata penguat belakang, iaitu kata yang letaknya di belakang kata adjektif. Contohnya: sekali, benar, betul dan nian. Contoh ayat: kelakuannya baik sekali; lambat benar dia datang; indah nian istana bunian; keputusan peperiksaannya buruk betul; C. Kata penguat bebas, iaitu letaknya boleh di hadapan atau di belakang kata adjektif. Contoh: amat, sangat, dan sungguh.Tatabahasa28.03.2013

Kembali ke atas