Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.lau.pun] | والاوڤون

Definisi : biar(pun), kendati(pun), meski(pun): ~ sudah lewat tengah malam, ia akan pergi juga memanggil doktor; lau I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.lau.pun] | والاوڤون

Definisi : biarpun; meskipun: ~ hari sudah jauh malam, ia belum juga tidur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata walaupun

Puisi
 

Laksamana Bentan datang menyembah,
     Merendah diri walaupun gagah;
Raja adil raja disembah,
     Raja zalim raja disanggah.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Hitam-hitam gajah,
     putih-putih udang kepai.

Bermaksud :

Yang hina tetap hina walaupun elok rupanya, yang mulia itu tetap mulia walaupun hodoh rupanya. udang kepai = udang kecil untuk dibuat belacan.

 

Lihat selanjutnya...(28)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Kalaulah kata hubung pasangan walaupun.... namun tidak terdapat dapat Tatabahasa Dewan, apakah penggantinya? Bolehkah saya menggunakan walaupun....tetapi.... Misalnya, Walaupun dia pandai tetapi malas belajar. Ayat ini gramatis? Sekian, terima kasih.

Dalam ayat contoh yang diberikan, saudara hanya perlu menggunakan perkataan walaupun, kemudian diletakkan tanda koma (,) sahaja, tidak diikuti oleh tetapi. Contoh ayat: Walaupun pandai, dia malas belajar. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 253.

Tatabahasa31.05.2010
Salam sejahtera, tuan. Ayat: Walaupun dia kaya, tetapi dia kedekut. Adakah walaupun...tetapi boleh digunakan dalam satu ayat? Adakah ayat berikut lebih tepat, walaupun dia kaya, dia kedekut. Terima kasih."walaupun ... tetapi" bukan kata hubung berpasangan. 
Ayat yang tepat: Walaupun dia kaya, dia kedekut.
Lain-lain06.03.2021
Tuan, Ayat berikut adalah gramatis ? 1) Walaupun beliau sangat kaya tetapi beliau sangat kedekut. 2) Walaupun beliau sangat kaya namun beliau sangat kedekut. 3) Bolehkah 'walaupun' berpasangan dengan 'tetapi'? Terima kasihDalam ayat contoh yang diberikan, saudara hanya perlu menggunakan perkataan walaupun, kemudian diletakkan tanda koma (,) sahaja, tidak diikuti oleh tetapi. Contoh ayat: Walaupun beliau sangat kaya, beliau sangat kedekut. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 253.Tatabahasa11.07.2016
walaupun kerap ke laut, ayah dan abang berasa----- ketika perahu mereka berolang-oleng dipukul ombak A resah B gerunDalam konteks ayat tersebut, kedua-dua perkataan boleh digunakan.Lain-lain24.06.2015
Walaupun bentuk seperti "bergantung pada pertolongan ibu" dan "tertumpu pada pelajaran" nampaknya betul, tetapi maksud yang disampaikan oleh kata sendi nama "pada" ialah kata nama abstrak"pertolongan ibu" ialah tempat untuk perbuatan kata kerja "bergantung" dan kata nama mujarad "pelajaran" ialah tempat bagi perbuatan kata kerja "tertumpu". Adakah kata nama yang bersifat mujarad atau abstrak boleh dijadikan tempat untuk melakukan sesuatu kata kerja? Tentulah tidak. Dengan hal demikian, kata sendi nama "kepada" lebih sesuai kerana boleh terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan sasaran kepada perbuatan kata kerja itu. Di dalam Tatabahasa Dewan disenaraikan tiga jenis sasaran, iaitu manusia, haiwan dan unsur mujarad. Jadi boleh dikatakan bahawa frasa "bergantung kepada pertolongan ibu" juga tepat kerana kata nama "pertolongan ibu" bersifat abstrak dan menjadi sasaran kepada perbuatan dalam kata kerja "bergantung". Kata kerja "bergantung" itu dilakukan terhadap sasaran yang bersifat mujarad, iaitu "pertolongan ibu". Demikian halnya dengan "tertumpu kepada pelajaran". Kata kerja "tertumpu" dilakukan terhadap sasaran yang bersifat mujarad, iaitu "pelajaran". Perhatikan bahawa di dalam Tatabahasa Dewan ada perkataan "unsur mujarad" dalam maksud pertama kata sendi nama "kepada", dan unsur mujarad ini boleh dijadikan sebagai sasaran kepada perbuatan dalam kata kerja.Kami maklum akan hal yang berkenaan. Ada pendapat yang menerima kedua-dua frasa "bergantung pada" serta "bergantung kepada" dan kami menerima sebarang perubahan dalam rumus bahasa yang disahkan oleh pihak yang berwenang.Tatabahasa21.07.2014
Walaupun Marlia berasal daripada keluarga yang kaya tetapi dia tidak bersikap sombong kerana kekayaan keluarganya itu. munsyi, apakah perkataan yang sesuai digunakan untuk menggantikan kerana? TKPerkataan kerana boleh digantikan dengan perkataan dek atau oleh dalam ayat tersebut.Tatabahasa16.04.2012
Walaupun penafian telah dibuat bahawa Malaysia tidak pernah “mencuri” tarian itu untuk iklan video klip promosi pelancongan negara yang sebenarnya dibuat sebuah syarikat swasta yang berpejabat di Singapura, namun hakikat itu “jatuh ke telinga yang tuli dan mata yang buta”. – Utusan Msia onlne / 8/9/2009 Apakah maksud ‘jatuh ke telinga yang tuli dan mata yang buta’ ? Terima kasih.Frasa tersebut tiada dalam rujukan kami.Lain-lain05.02.2010
Walaupun umur adik baru 4 tahun, tetapi dia ................ bercakap. a. pandai b. petahKedua-dua jawapan ini betul. Bagaimanapun jawapan yang paling tepat ialah (b) petah.Tatabahasa16.04.2009
Walaupun saya sudah rujuk banyak buku rujukan tetapi tiada buku yang dapat menjelaskan imbuhan meN...i dan meN...kan dengan teliti. Bilakah kita guna imbuhan meN...i dan meN...kan ? Bagaimanakah kita dapat bezakan? Adakah imbuhan -kan mesti diikuti dengan kata nama konkrit? Contoh: "rumah itu berlatarbelakangkan pemandangan sawah padi" -Pemandangan ialah kata nama abstrak tetapi perkataan depan juga menerima -kan. Adakah cara yang paling bagus untuk menentukan imbuhan -kan dan -i?1. Dalam buku Tatabahasa Dewan, hal 207 (d) seakan membenarkan kenyataan saudara, "Pada dasarnya sukar ditentukan makna khusus apitan meN-...-i, selain membentuk kata kerja transitif dan mendukung makna asas yang terkandung dalam kata dasar.Apabila dibandingkan penggunaan apitan meN-...-kan dengan meN-...-i, fungsinya dapata dibahagikan kepada tiga"... untuk maklumat lanjut sila rujuk buku yang berkenaan pada halaman yang dinyatakan, sebelum dan selepasnya juga.  2. Dalam contoh ayat Kamus Dewan kata terbitan dengan imbuhan ...-kan tidak semestinya diikutidengan kata nama konkrit, ... berlatarbelakangkan desa ..., walau bagaimanapun perbincangan lanjut tentang imbuhan ...-kan, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan hal 185 - 191.  3.Panduanuntuk penggunaan kata terbitan imbuhan ...-kan dan ...-i.sila rujuk Tatabahasa Dewan, hal 183 - 190.Tatabahasa04.08.2008
walaupun telah dikawalrapi, pemain penyerang itu masih dapat meluluskan dirinya untuk menjaringkan gol dalam perlawanan. perkataan meluluskan boleh digunakan dalam ayat ini?Perkataan meluluskan tidak boleh digunakan dalam ayat tersebut. Perkataan yang paling tepat ialah meloloskan.T.kasih.Makna06.08.2008
12345678910...

Kembali ke atas