Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.lau.pun] | والاوڤون

Definisi : biar(pun), kendati(pun), meski(pun): ~ sudah lewat tengah malam, ia akan pergi juga memanggil doktor; lau I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.lau.pun] | والاوڤون

Definisi : biarpun; meskipun: ~ hari sudah jauh malam, ia belum juga tidur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata walaupun

Puisi
 

Laksamana Bentan datang menyembah,
     Merendah diri walaupun gagah;
Raja adil raja disembah,
     Raja zalim raja disanggah.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Hitam-hitam gajah,
     putih-putih udang kepai.

Bermaksud :

Yang hina tetap hina walaupun elok rupanya, yang mulia itu tetap mulia walaupun hodoh rupanya. udang kepai = udang kecil untuk dibuat belacan.

 

Lihat selanjutnya...(28)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaApa gunanya kuning langsat, Walaupun putih terlalu pucat; Sekali dijeling terloncat-loncat, Tak usah macam si ikan sepat.
Kurik Kundi Merah SagaLaksamana Bentan datang menyembah, Merendah diri walaupun gagah; Raja adil raja disembah, Raja zalim raja disanggah.
Kurik Kundi Merah SagaEncik Andak menjual kain, Kain sutera dari seberang; Walaupun banyak sahabat yang lain, Manakan sama tuan seorang.
Kurik Kundi Merah SagaTinggallah bukit besi hangit, Tidaklah jauh dari pekan; Walaupun tinggi terbang melangit, Ke bumilah juga cari makan.
Kurik Kundi Merah SagaEncik Andak menjual kain, Kain sutera dari seberang; Walaupun banyak sahabat yang lain, Manakan sama tuan seorang.
Kurik Kundi Merah SagaKapal belayar kemudi dipaut, Angin datang dari hutan; Walaupun datang ajal dan maut, Hati kakanda tidak lupakan.
Kurik Kundi Merah SagaHutan lipur tempat bermalam, Sungai Pahang airnya tenang; Walaupun jauh rindu mengidam, Tapi bimbang masuk meminang.
Kurik Kundi Merah SagaPergi ke perigi mengambil timba, Timba terletak tepi halaman; Walaupun banyak kembang di rimba, Mawar di jambangan jadi idaman.

Kembali ke atas